Hutang Emas Boleh Dibayar.. Hutang Doodle?

26 February 2012

Assalamualaikum...

Astaghfirullahala'zim.. Ya Allah.. Rasa bersalah sangat.. Baru teringat ada hutang doodle trade lagi dengan seseorang.. Sedangkan beliau sudah lama menghadiahkan artwork beliau kepada MD.. (11/2/2012)


Perghhh.. **pengsan sekejap**

**tersedar balik**

Once in my whole life, hensemnya aku! Haha.. Selama ni ingatkan cute ja.. Sila tahan muntah anda.. Rasa terharu sangat when she told that she was so excited nak art trade.. Even tu first time.. Please please please... Forgive me.. Jangan pulak lepas ni serik nak doodle trade.. I'm totallay a snail..

Pssstt.. I'm not a popular blogger like you mentioned in your entry.. haha ^_^

Anyway, tadi berusaha keras menyiapkan doodle untuk Wani walaupun sibuk dengan list segmen ni.. Dah siap dah tapi not as good as you.. Gentlemen! I present you, my artwork for Wani (Cewaah.. Ayat klasik gitu)

Wani jangan sedih2 tau... Hepikan diri.. Ni dah ada doodle untuk awak.. 

Semua orang jom terjah blog Wani! (Untuk yang kuat semangat ja).. Yang lemah semangat tak boleh sebab artwork beliau terlalu comel sampai boleh menyebabkan heart attack!


Done! Lega rasa boleh bayar hutang.. Harap terima seadanya ^_____^


P/s : To Wani yang dah amik SPM, MD doakan yang terbaik untuk awak.. Semoga mendapat keputusan cemerlang seperti yang diimpikan =)

Ending Cerita Doraemon

24 February 2012

Assalamualaikum.. 

Sapa kat sini tak pernah tengok Doraemon angkat tangan ! 
**Bunyi cengkerik**
(Sama ada memang semua orang dah pernah tengok ataupun blog ni memang takda readers)

Ekceli kelmarin dekat facebook ada seorang sahabat ni share satu video ni ngan MD.. Tidak lain dan memang bukan.. Video ending Doraemon.. Korang pernah tengok? Seriously, bergenang jugak la air mata ni.. Sedih kot ! Nak tengok? Tapi sebelum tu ketahui dulu bahawa...

Sebenarnya cerita doraemon tiada penamatnya kerana pencipta asal komik doraemon Fujiko Fujio meninggal dunia sebelum sempat menghabiskan episod terakhir cerita Doraemon. Video ni adalah non official daripada fan beliau.. I must say, memang terbaik la! Sangat memberi pengajaran.. Jom layan !

Sila sediakan tisu takut korang menangis.. huahuahua..


Amacam? Feeling tak? Komen la sikit..

Top 5 Carta Dosa Blogger

16 February 2012

Assalamualaikum...

Ramai orang yang jadi blogger hanya sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang sahaja. Tapi ramai yang tidak sedar, seorang blogger juga ada tanggungjawabnya. Menjaga adab supaya sentiasa berlandaskan Islam dan diredhai Allah. Apa gunanya jadi blogger popular kalau kehidupan tidak diredhai Maha Pencipta. Hanya azab dan seksa menanti kelak.



Berikut merupakan carta dosa yang selalu blogger ambil mudah sahaja. Kedudukan carta mengikut tahap kepopularan dosa tersebut. Bermula dari tangga terbawah...


Di tempat kelima, mungkin di tangga terbawah tapi dosanya besar sekali, goes to FITNAH. Ya menabur fitnah dah menjadi perkara biasa sekarang ni. Especially yang obses politik ni. Fitnah ni senang ja tersebar. Bila reader klik tweet dan share, makin tersebarlah dosa itu. Fuh, pasti jackpot punya la akaun dosa penyebar fitnah tu. Itulah tanda akhir zaman, yang nabi telah sebut labih seribu tahun dahulu, di akhir zaman, fitnah berleluasa.


Yang mengungguli carta tempat keempat pulak ialah tiga suara sekawan iaitu mengaib, mengutuk dan mengumpat. Tiga perkara berbeza tapi caranya hampir sama. Tak tahu la kepuasan macam mana yang penulis blog sampah macam ni dapat bila buat camni. Kalau tak puas hati face to face la. Apa blog to blog ni. Cuba kawal sikit perasaan tu. Tak pasal-pasal free ja Allah kasi pahala sabar. Taknak?


Di tempat ketiga, benda common yang blogger suka buat, tentu sekali meletakkan lagu di blog. Kalau sekadar muzik penenang jiwa takpa, ni letak lagu Taylor Swift yang sedap gila tu pulak. Komfem ka yang masuk blog tu semua wanita? Rasanya lelaki pun ada kebebasan blogwalking kan. Masuk blog korang dan terdengar pulak lagu perempuan ajnabi tu, hah, kan ke simpanan dosa korang tu dapat bonus. Ya dok?


Kurang satu anak tangga dari menjuarai carta, jatuh kepada penggunaan template anak-anak muda zaman sekarang (mostly blogskin) yang penuh gambar perempuan korea yang comey lote tu. Dekat sidebar tu saja bersepah gambar korean yang suweet sangat. Ofkos la memang cun, dan memang bukan gambar korang, tapi korang tetap dapat komisen dosa kerana menayang gambar tersebut. 


Di tempat pertama, tak lain dan memang bukan, mestilah isu bajet aurat hot, tak dapat dinafikan lagi. Berdasarkan pemerhatian, zaman sekarang ni orang malaysia islam ni 50-50 ja bertudung dan tak bertudung. Bila seseorang tu upload ja gambar tak tutup aurat tu, fuhhh, berduyun-duyun dosa masuk akaun. Tu pun kalau korang blogger popular la. Boleh ja upload gambar bogel buka aurat sekalipun tapi blog tu privatekan kat korang saja dah la.

So di atas inilah perkara negatif yang blogger selalu buat sama ada sedar mahupun tidak. MD mintak maaf andai cara menegur di atas kurang menyenangkan. Hanya sekadar peringatan untuk kita semua. Ingatlah, pintu taubat sentiasa terbuka sebelum ajal menjelma. Wassalam.


BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

13 February 2012

Assalamualaikum


Bukak dashboard ja tadi ada kot sepuluh entries dengan gambar Ben Ashaari ni.. Klik tengok.. Oh.. Segmen rupanya.. Simple aje.. lima minit pun boleh siap.. So.. Joined! Klik banner dan dengan magicnya blog Ben Ashaari akan terpampang di new tab..

Sebab ringkas kenapa orang patut baca blog ni

I think keistimewaan blog ni terletak kepada kaler dia yang catching, entry hasil tangan sendiri serta menyeluruh tanpa mengetepikan isu agama.. Maybe doodle juga menjadi tarikan utama ke blog ni sebab lelaki yang berdoodle maybe one in a thousand (kot)

Entry menarik sebagai bukti blog ni menarik

Based on the responds, rasanya entry terbaik ialah "PAKAI TUDUNG MERUPAKAN SATU KESALAHAN".. Dilengkapi dengan doodle yang menarik tentang kesalahan perempuan bertudung.. Dengan mak datin pun ada...

Done!  Sapa nak join klik banner kat atas tu.. Tutup pukul 10 malam!



P/s : Entry "K-POP ITU BODOH???" pun dapat banyak sambutan gak... Tambah-tambah anak muda..

Korang Jujur Dengan MD Boleh?

Assalamualaikum...

Hanyalah entry pendek nak survey korang paling suka doodle style mana.. Tolong pilih satu sahaja dan pilih dengan jujur ya...


1. type : normal doodle
software : paint



2. type : doodle with chibi eyes
software : paint


3. type : normal doodle
software : microsoft excel 2010



4. type : doodle wit chibi eyes
software : microsoft excel 2010



P/s : Pilih satu saja tau antara 1,2,3,4... Esok.. i mean harini (dah 12am) akan ada entry lagi pasal jujur.. it's about a doodler yang tak berapa jujur.. Nantikan!

Aku Pun Nak Jadi Budak Nakal Jugak !

12 February 2012

Assalamualaikum...

Bila korang dengar pasal budak nakal, apa korang bayang? Huhu, I would probably thinking, budak jahat yang suka kacau orang la kot. But seriously, this is not that kind of budak nakal. Ini budak nakal daripada blog "Info Terlaris Masakini" yang sememangnya vogue! Baek punya bak kata Dafi. Lagi vogue dengan giveaway super duper awesome yang beliau anjurkan sekarang ni.

Klik banner untuk join jugak giveaway masyuk ni =)

Buat julung-julung kalinya, giveaway ni turut menampilkan sebuah video promo yang masyuk habis.




Hah dak tengok video promo tu? Nak maklumat lanjut terjah ke blog beliau ya. Peringatan! Bawa sapu tangan siap-siap. Sebab hadiahnya terlalu pergh sampai korang akan ternganga dan tersembur air hidung korang (ewwww). Kalau tak salah jumlah hadiah semua sekali (pergi ambik kalkulator jap)

Ehem ehem, diumumkan bahawa jumlah hadiahnya bernilai RM410! (pengsan sekejap)

Ok siapakah budak nakal yang kacak hensem lagi bergaya tu? (membodek itu perlu ^_^) Haha. Yang MD tahu cuma beliau merupakan seorang designer. Mungkinkah sehensem dan setampan MD ni? Atau kurang hensem daripada MD dan hanya setampan Aaron Aziz? Who knows? (Ya, saya lebih tampan dari Aaron Aziz. Sila tersedak sekarang)

Ekceli budak nakal ni memang cool habis. Walaupun nama saja budak nakal, tapi artwork beliau teramat sangat sungguh begitu nian cantiknya. (amboi melampau-lampau) Tak percaya? Korang tengok dulu koleksi header beliau. Maaf, kualiti slideshow ni kurang memuaskan. =_____=




Hah! Tak cantikkan. (Ayat orang jelez) Fine! Diperakui, memang keterlaluan cantiknya. But wait! Ada lagi. Sekarang kita tengok artwork dia pulak.



All i can say is WOW! So talented.. Bila la MD boleh jadi seperti beliau. Seorang designer yang sangat success. Oh did i mention yang korang boleh tempah header, banner, dll kat beliau? Terpikat sungguh dengan design header beliau. Tambah-tambah yang kalerful tu. Lagi cool dengan animatednya. Fuh! Mengancam tak hengat dunia!

Bukan sekadar blog designer sahaja, kalau tidak takkan lah namanya "Info Terlaris Masakini". Let see what we can find here :

Woohooo. Hot gossips. Yup, pasal artist pun ada tau. Kalau korang tengok berita tv3 jam 8 tentang artist ni, di blog Info Terlaris Masakini dah ada sehari sebelum tu. Best kan! Sesuai untuk MD yang sememangnya gila glamour ni.

Sizzling news! Semua berita skarang ni boleh ditemui di hujung jari. Korang klik ja kozumiro.com dan walah! All latest news ada di sini. Info semasa dari dalam dan luar negara. Memang terbaik la.

Well gentlemen, don't be sad. Sport pun ada tau! Kalau tak berkesempatan nak tengok bola ka apa datang ja sini. Terus boleh tau keputusannya serta ulasan sekali. Hah happy?

Film and drama pun ada tau. Jangan main-main. Daripada sinopsis cerita, sampai la ke cara nak download cerita, semuanya ada la. No need to worry kalau tak berkesempatan nak tengok di tv. Dunia skarang, download aje.

But what I love the most, tentulah tips, tutorial dan gadget-gadget yang budak nakal tak kekok nak share dengan kita. Cara nak cantikkan blog, naikkan traffic, nak dapat buffet earning, lengkap! Tak payah cari blog lain dah. Sini la tempatnya untuk dapatkan informasi terlaris!

Bagi MD la, budak nakal sememangnya dah mencapai cita cita beliau nak menjadi seorang yang terkenal dalam dunia blogger ni.  Kalau macam ni la, jom kita jadi budak nakal jugak. Haha. Pelik kan, seorang budak nakal, tapi suka sharing info yang berguna kepada semua orang. Perhaps budak comel kot. Hahaha. Memang best kunjung ke blog ni. MD dah join. Korang bila lagi? Remember,

< http://www.kozumiro.com/ > "INFO TERLARIS MASAKINI"

Bersimpuh serani tepian kali,
Kasih dijunjung indah setanggi,
Info Terlaris Masakini hebat sekali,
Sekali berkunjung pasti datang lagi.




Happy Anniversary To Me!

Assalamualaikum..

Good morning! Well, a day before yesterday was my first anniversary.. It has been a year since I was taken.. I love you so damn much.. And never gonna leave you..

Poooraahhh.. Jiwang katak apa ni.. I am perfectly single mingle lagi ya.. Cuma terlampau excited sebab 10/2/2012 adalah ulangtahun perkahwinan pertama aku dan blog ni.. Erk.. Maybe tak kawen kot.. Hanya bercinta.. Haha.. Yup.. Cuma sebuah blog..

Masa first time buat blog.. Mestilah target nak followers ramai.. At least 1000 dalam setahun.. Well.. Yes.. I failed.. Tapi bersyukur sangat dengan 980+ followers yang ada skarang ni.. Love you all.. Jangan tipu korang tak suka followers yang ramai.. Ceittt..

Anyway.. From the previous entry.. I asked you to guess what is the important day on 10/2 tu.. Looks like hanya ada sorang ja yang betul.. Weewiiit.. Give a loud clap to........


Camna bleh tau ni? Check my first entry ya? So macam yang dijanjikan.. Seketul doodle akan dihadiahkan untuk anda.. But this time lain sikit..

You will get my experimental doodle which for the first time.. I made a doodle using Microsoft Excel 2010.. Dan inilah hasilnya..


COMELNYA!!! 

Oi ni apa kes angkat bakul sendiri ni.. Ngokk kau MD.. Hehe.. Ekceli nak mention mata dia tu yang comel.. Dibuat sendiri kot.. ~lalala
 =______________=

Ok tipu! Mata yang gojes tu merupakan freebies daripada MEG, pembuat chibi yang sememangnya kawaii.. So this doodle not 100% my artwork.. Sayangnya mata tu dah cun tapi doodle pulak erkkk..

Harap Cik Pensil terima dengan hati terbuka.. This is just for you.. Ok done! Babai..




P/s : Jangan tanya doodle tu pakai costume natang apa.. Aku pun taktau.. Btw, tolong doakan agar blog ni terus maju jaya bersama tuannya... ^___^

Scya Lollita | Si Berudu Gendut

10 February 2012

Assalamualaikum

Hehe.. Tersenyum ja tengok nama berudu gendut tu.. Macam comel ja bila terbayang seekor berudu yang bulat.. gemuk.. dan pink.. erk.. Apsal pink? Saja.. Comel ape..

Jangan melalut lagi.. Scya Lollita ni salah satu doodler vogue yang MD baru kenal.. Tadi terima doodle trade dari beliau.. Ni ha..


Ahaha.. Comel ja bersongkok.. Jeles? Nak pegi mintak seniri.. Before bagi MD punya.. Nak mintak maaf siap-siap.. Awak punya super cute.. MD punya biasa-biasa ja.. So doodle ni dibuat muka senyum sinis sikit.. Haha.. Tadpole? Alamak.. Susah la.. So MD buat hentam saja la.. Terimala seadanya ya.. ^_____^


Topi hijau baju pink? Haha.. I'm not good in colouring.. Lagipun blog Scya pun kaler pink.. Suweet ja.. Adore gila her doodle header dan doodle bersila kat sidebar tu.. Korang gi la tengok.. Klik SINI.. 

Done!



P/s :  Kelmarin MD tanya harini (10/2/2012) adalah hari yang agak penting buat MD.. Agak-agak ada apa pada harini? Rasanya ada dah yang bagi jawapan betul.. Tapi tak publish lagi.. Ada sapa-sapa nak teka lagi? A doodle is waiting for you..
**Ada ka yang nak doodle MD?**
=___________=

Darwish

09 February 2012

Assalamualaikum..

Baiklah entry terakhir sebelum masuk tidur.. Just nak bagi doodle for Darwish yang ajak berdoodle trade haritu.. Memandangkan Darwish ni masih skolah lagi.. So dibuat uniform ala uniform skolah gak la.. 


Nah.. Hope Darwish suka.. Sori.. Mula-mula ingat Darwish lelaki.. Hehe.. Gurl rupanya.. Terpaksa padam seluar tu dan lukis skirt.. Sori ya dik..

Ok mengantuk sudah.. Fuhh.. Entry pendek lagi.. Anyway.. Kalau nak terjah blog Darwish kat SINI..


Babai..



P/s : Esok (10/2/2012) adalah hari yang agak penting.. Agak-agak apa ya? Cer teka.. Kalau betul seketul doodle untuk anda..

Contest "Wish Us Luck"

Assalamualaikum...

Ok tadi godek-godek dashboard tengok entry lama-lama dan terjumpa pulak satu contest ni. Cambest.. Join!


Hehe.. Adik-adik ni nak ber-exam.. So MD pun nak story mory sikit kisah MD zaman skolah dulu untuk kasi semangat kat diorang ni.. Mood exam.. Demm! I love it.. Eh.. Knapa suka exam? Hehe.. Sebab NO HOMEWORK! Yippie...

Wehee.. Adik-adik ni form 4 kan.. Honeymoon year! Oh don't deny that.. Seriously time form four ni la nak enjoy school years.. Huhu.. Tapi ingat!

Buku record exam tu la yang nak diusung sampai besaq nanti.. So tak boleh biarkan nombor yang tak cantek tertulis dalam tu.. Walaupun MD tak pernah dapat no 1, tapi no 2-3 tu kira ok la kan.. Jangan kasi can untuk dua angka.. No way! So.. Kesimpulannya.. Form 4 kena struggle jugak =(
Kalau nak success.. Tak boleh buat sendiri.. Mesti kena ada insan yang membantu.. Baru sampai success!

So.. First thing you should do.. Mula mula mestilah jaga hubungan dengan Allah.. Ramai yang niat belajar untuk success ja.. Cuba niat ikhlas hanya kerana ALLAH.. Kalau korang betul-betul ikhlas.. InshaAllah.. Kejayaan tu Allah kasi free ja.. FREE.. Haha.. Dan ramai gak yang dah nak exam baru nak cari Tuhan.. Tak boleh la camtu.. At least.. Seminggu skali tu solat la hajat.. mintak kat Allah apa kita nak.. Allah suka kita meminta darinya.. So apa lagi.. Mintak la jangan tak mintak.. Jangan pulak mintak nak boypren macam orang korea.. Adehh.. Salah konsep ni.. Kalo hasben takpe.. huhu

Next.. Mak ngan abah.. Slalunya yang buat MD sebak and semangat nak blajar bila terbayang mak pakai telekung duduk atas sejadah doa untuk kita.. Haha.. Bayangan ja.. Cuba la bayang camtu time blajar.. InshaAllah kekuatan tu akan datang.. Ingat! Time exam mintak mak ngan abah baca yasiin untuk kita.. Banyak barakah dia.. Satu lagi yang MD suruh mak ngan abah buat.. Letak tangan diorang atas kepala MD.. Pastu doa.. Memang sebak wooo.. Malu pun ada gak.. huhu.. Cuba la.. Gi cari mak abah cepat..

Tau tak camna MD nak kasi semangat study time nak exam.. Huhu.. Time ni la MD bawak kertas A4 edar dekat cikgu-cikgu semua subjek.. Paksa diorang tulis kata-kata hikmat dan doa untuk MD.. Oh miss that moment.. Tawaf satu skolah cari cikgu.. Hehe.. Sampai mashem berpeluh-peluh.. Pastu koleksi doa tu tempek kat tempat kita study.. Fuhh.. Kalau nak lagi best letak gambar diorang skali.. Komfem terus blajar bersungguh-sungguh!

Satu lagi yang menghalang MD blajar ialah ngantuk.. Alamak.. Kurang ajar kau setan.. Sampai hati ko letak celak ko kat mata aku.. Slalunya terjadi kat budak asrama ja.. So apa yang korang kena buat.. Tidur je la.. Haha.. Gurau.. Walaupun MD slalu jugak tertidur.. Apa yang korang kena buat gi toilet.. Tengok cermin.. Buat muka beruk, jelir lidah, korek hidung, lompat-lompat sambil tengok cermin.. hehe.. Kompem hilang ngantuk.. Tak pun buat ja depan kelas.. Lagi meriah!

Walaupun MD bukan budak baik.. **Ketua geng antuprefect skolah**.. MD tetap jaga hubungan dengan cikgu.. Slalunya MD buat muka tak malu offer nak angkat buku or handbag cikgu yang vogue tu.. Haha.. Bukan bodek.. Saja cari pahala lebih ngan keberkatan dari cikgu.. **Padahal saja nak culas kelas lepas tu**.. Hehe gurau.. 

Lagi kan.. Korang takleh abaikan kawan-kawan.. First cari orang paling pandai lam kelas korang.. Dapatkan gambar beliau.. Pastu gunting kertas merah buat signboard cam dilarang masuk tu dan tempek atas gambar kawan korang tu.. Huhu.. Seriously.. Rasa jeles terhadap orang tu akan kasi kita lebih bersemangat nak study.. **Sambil study jelir lidah kat gambar tu** haha..


Maybe tu ja kot nak story kasi korang semangat sikit.. Yang korang rasa elok bolehla ikut.. MD ingat lagi MD suruh my bestie tulis jadual peksa for me.. **Sebab malas nak tulis sendiri**.. Nasib baik dia tulis jugak dan ada nota kecik kat bawah tu bila MD cakap dekat dia tulis ucapan "wish me luck" skali.. Tau apa dia tulis?

YOU ARE THE BEST.. YOU DON'T NEED LUCK!

Paham tak? Maksudnya.. Kalau kita memang terbaek.. Kita dah tak perlukan luck tu.. Dan untuk jadi terbaik.. kenala buat yang terbaik.. InshaAllah.. Pasti ada kejayaan untuk korang berdua..

**Tadah tangan semua**

Ya Allah.. Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Kurniakanlah kejayaan buat Wan Nor Hanifah Hidayah dan Nur Aisyah di dunia dan di akhirat.. Ameen..


Ok.. That's all from me.. Sorry la kalau boring.. Just nak kongsi pengalaman hidup sikit.. BTW, jangan OVERCONFIDENT! Nanti jadi cam PMR MD.. awal taun, pertengahan taun, trial.. Semua 9A.. Tapi bila terlalu yakin dalam peperiksaan sebenar.. Ambik kau.. 8A 1B.. B subjek Arab yang masa trial dulu dapat highest dalam kelas.. Enough la.. Okbai..


P/s : Buat entry cepat2 takut tak sempat hantar.. Tak tau nak letak gambar apa.. Bercadang nak buat doodle tapi masa ni takmau kasi peluang.. Aduhh..

Wordless Wednesday : Photos of My Babies

08 February 2012

Assalamualaikum...










P/s : Dikidnap dari ibunya yang tak tau mana satu sebab semua skali rabbit dah berjumlah 19 ekor.. And.. Semuanya kaler putih mata pink =__________=

**Dan itu curik bakul hantaran my sis.. Sorry**

Assalamualaikum VS Annyeong Haseyo

Assalamualaikum dan Annyeong Haseyo =D

Ehehe.. Suka cari pasal aku ni kan.. Lagi-lagi isu pasal negara orang berwajah cuns lagi hensem ni, korea.. Tak cukup dengan entry haritu "K-pop Itu Bodoh???", kali ni nak sembang santai pulak pasal budaya k-popers.. Annyeong Haseyo!  Ringkasnya A.H

Prasan tak.. Banyak blog k-popers yang memulakan entry dengan Annyeong Haseyo.. Bagus tu.. A warm greeting.. Ekceli sama ja la dengan yang pengguna 'Hai', 'Wassup' dan 'Yo'.. Cuma yang A.H ni baru lagi.. Korean mari.. Weewiit..

So apa masalahnya? Hehe.. Takda pape masalah pun.. Ok ja.. Cuma kan.. kan.. kan.. kan lebih bagus kita mulakan dengan bagi salam.. Tak susah pun.. Taip A.S.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M. Siap! Semudah menyanyi lagu Gee dari SNSD.. Hehe.. <-- Kantoi aku minat gak korea.. kuang3..

Bukan apa.. Alang-alang tulis blog.. Biar sampai dapat pahala.. Takmau pahala? Simple ja nak dapat.. InshaAllah.. Ekceli memberi salam ni sebenarnya merupakan doa dan harapan bagi keselamatan dan kesejahteraan antara satu sama lain.. Bila kita ucap.. Dapat la pahala.. Bila dapat pahala banyak-banyak dapat nikmat syurga.. Tak caya? Tengok ni..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” tanya para sahabat.


“Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa, dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”
Wohoo.. Best tak? Best tak? Best kan.. Tengok la.. Malaikat pun doa wooo..

"Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali" (Hadith riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

 Kadang-kadang benda yang mudah pun boleh bagi kita pahala yang besar.. Yang penting ikhlaskan hati.. Jangan main ikut hujung mulut ja.. Semekom! Semekom! Baik sebut Celcom ja kalau camtu.. Hadoi.. Malas betul ya nak eja..

Hehe.. Ekceli tu ja yang nak kongsi kat sini.. Bukannya ada masalah pun dengan Annyeong Haseyo tu.. Saja kasi gimik sikit.. Tapi kan 'Salam Qabla Kalam'.. Salam sebelum kata-kata.. So.. Buat la camni :

Assalamualaikum dan Annyeong Haseyo Hai Hello Wassup Yo Hola...

Hah.. Kan senang.. Semua sekali boleh.. Tapi salam tu mesti diutamakan.. Hoho, Ok la.. Akhir kata.. Jangan marah-marah ya.. Gurau-gurau ja.. Not that i'm a k-pop hater.. No no no.. Tak caya?

 Neomu neomu meotjyeo nuni nuni pusyeo.. Sumeul mot shigeosseo tteollineun geol.. Gee gee gee gee baby baby baby.. Gee gee gee gee baby baby baby..

Ha amik ko.. Skali masuk SNSD terus.. Tapi versi suara halkum aku.. Muahaha.. Btw, Seohyun comel kan.. Ok shadap! Terover sudah.. Bai..



P/s : Tak tau nak letak gambo apa yang sesuai kat entry ni.. Seohyun seketul boleh tak.. huhu

Jom Promote Blog Korang Di Blog Saya! Free Aje..

07 February 2012

Assalamualaikum..

Woowooot.. Nampak tak kat atas tu ada widget baru? Nampak tak? Tak nampak? Scroll atas balik.. Widget blog promoter tu la.. Tapi ni free punya tau.. Bukannya yang RM10 sebulan tu.. No no no! Tapi yang ni lapan jam aje.. Ekceli admin boleh set sampai 1 hari pun boleh.. Tapi MD saja letak 8 jam so korang boleh gilir-gilir promote blog.. Kan kan kan!

Hehe.. Alang-alang dah masuk sini.. Apa salahnya promote blog korang skali kan.. Bolehla up traffic sikit.. So I put this widget as an appreciation for my followers.. Ekceli kalau tak follow pun boleh letak iklan.. Terpulangla~~

Kat sini MD nak ajar cara nak letak iklan korang.. Jom tengok.. =)

1. Klik mana-mana iklan kosong.. *pop-up akan keluar*


2. Masukkan url blog dan url banner korang.. Kalau takda banner letak gambar yang bersesuaian..


3. Klik simpan dan wallahh.. Dengan magicnya terpromotelah blog korang..



Haaaa.. Mudah ja kan.. Apa lagi, promote la blog korang skarang.. InshaAllah kalau iklan menarik maka bertambahlah traffic korang.. Sekarang mesti dah sedar kepentingan banner blog yang menarik kan.. Hehe.. Ok.. Titik..


**Bagi yang nak belajar cara nak pasang widget ni boleh rujuk SINI**


P/s : Sila letakkan banner yang sopan dan menutup aurat sahaja.. TQ

Cik Kucing

06 February 2012

Assalamualaikum..

Di pagi yang hening.. Tatkala burung berkicau.. Ewahh.. Berfalsafah pulak pagi-pagi camni.. Masih lagi daydreaming skarang kot.. Ekceli saja update pagi ni nak kasi doodle kat Cik Kucing setelah berjanji untuk doodle trade dengan beliau.. *Alhamdulillah.. Selesai satu hutang ^______^


Harap Cik kucing suka ya.. Semua orang boleh terjah blog CK di SINI.. CK? Haha.. Nama yang sangat mahal.. Got it? No? Just pretend that you're understand ok.. FYI, she is one new doodler.. But more kinda anime.. Ada potensi tu.. InsyaAllah boleh kembangkan.. Thats all lah pagi ni.. Mau sambung tidur balik boleh? Haha..


P/s : Woh.. Ringkasnya entry ni.. Slalunya suka berceloteh panjang.. Sebab mengantuk kot.. =__=
zZzZzZzZ

**oh.. CK is actually Calvin Klein.. Branded you.. But here is Cik Kucing tau**

Ibu Yang Pelik...

05 February 2012

Assalamualaikum...

Ok diakui tajuk itu memang takleh blah.. Ini bukan kisah supermom yang boleh terbang tu.. Or bukan juga kisah ibu pelik yang melahirkan bayi kembar lapan secara normal.. Tak.. Ini cuma kisah tentang ibu aku.. Lebih vogue lagi dengan panggilan MAK..


There she is.. Cuns kan? *Baik korang hangguk*.. Tetap vogue walaupun taun ni dah nak pencen dah.. Hehe..
Ok back to the topic.. Apa yang pelik itu ialah..

She hates ikan keli padahal satu family yang lain suka gila sampai kepala ikan tu pun turut dikunyah sampai hancuss.. Ok pelik tak?

*tak pelik*

She loves chicken breast kfc padahal orang lain semua nak mintak paha ja.. Pelik tak?

*tak pelik*

Wadehel aku meroyan ni? Aduh.. Sebenarnya motif entry ni cuma nak tunjuk benda ni kat korang.. Inilah yang benar-benar pelik.. My MAK..


Ayarkk.. Nampak pelik kan.. Ekceli ni la first time aku buat vector.. Jeles tengok orang lain pakat boleh buat.. So kelmarin try la godek-godek Microsoft Excel 2007 tu.. Alhamdulillah.. Walaupun peliks sikit but rasanya ok la kot for freshie like me.. My mom pun suka.. Proud~~ Hehe

Done!

P/s : Biasa la.. anak bongsu yang manja serta takde aweks mestila lukis gambar inspired by mak dia.. huhu

Tutorial Melukis Doodle Muslimah Menggunakan Software Paint

04 February 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Tercapai gak hajat nak buat tutorial doodle ni memandangkan ramai yang request.. So kat sini MD ajar basic ja la ya.. Lepas tu korang boleh la explore..

IMPORTANT NOTICE!
Tutorial ni hanya untuk pengguna Paint Window 7.. Kalau korang guna Window XP or Vesta dont worry.. Caranya ialah pergi curik pinjam notebook memember or parents korang yang ada Window 7.. Senang kan.. ^_^
Dalam tutorial ni MD guna garisan saiz 4.. Ni cuma nak bagi korang nampak.. Kalau korang nak lukis nanti guna saiz 2 dah cukup.. Tak perlu la besar gedabak camni..

Start > All Programs > Accessories > Paint

AMARAN.. Tiada huraian lain melainkan gambar2 ini sahaja  dan sedikit caption yang ada.. Perhatikan betul-betul shape apa yang MD guna! Ekceli tak susah pun.. Simple pimple ja.. Haha.. Ready?


















Fuhh.. Siap jugak.. Amacam? Tak susah sangat pun kan.. Lepas ni lukis la badan dia pulak.. Alaaa.. Sama ja teknik dia.. Guna garis lengkung-lengkung tu.. Takkan nak buat tutor lagi.. Korang explore la sendiri ya.. Hehe

So lepas ni kalau dah siap artwork korang tunjukla dekat MD k.. I'm waiting.. I'm waiting..
*Eh ter-Greyson Chance pulak.. hehe*

Nanti MD buat tutorial cara nak warnakan doodle pulak.. Guna photoshop.. Kalau dekat paint boleh warnakan dengan kaler basic ja.. Tapi kalau nak yang polka dots or kotak kotak kena la guna Photoshop.. Tak susah pun.. Tunggu ya.. Okbai..

P/s : Kalau rasa tutorial ni berguna klik la churpchurp sekali.. Please~~

Meg

02 February 2012

Assalamualaikum...

Alamak.. 4.15 pagi sudah.. Perlu cepat-cepat hapdet entry ni.. Need my beauty sleep.. Haha.. Mengada ko.. Orang laen waktu camni sudah bangun berqiamullail.. Ko pulak asyik mengadap netbook burok ko tu.. =___=

Janji tetap janji.. Sooo.. Sorry sangat sangat sangat sangat dekat saudari Meg yang baek hati lagi comel <--*bodek beliau supaya tak tawar hati**

Ekceli dah cakap nak doodle trade dengan Meg awal bulan Jan lagi kot.. Tapi disebabkan sebab-sebab yang sebenarnya boleh dielakkan **malas lettew**.. Doodle ni hanya boleh siap  malam pagi ni ja.. Tu pun tak cantik sangat.. Sekadar yang termampu oleh kudrat orang tua ni.. u
huk uhuk.. <--sejak bila aku 50?

Inspired from her header.. I've made a cat princess for her.. Mesti she would feel like "Alamak.. Dah la lambat.. Buruk pulak tu".. =(

Sorry ya.. Lukis pakai paint ja.. Photoshop pun tak reti.. Nak buat camna .. Dah memang dasar diri celik IT.. Tu yang guna Paint ja tu.. =P

BTW, korang haruslah wajiblah ke blog beliau tengok sendiri hasil lukisan beliau yang 
umpphh <-- macam teh boh ja.. Aiittt.. Sebagai bukti.. Nah gambar ni seketul..


Haaa.. Nampak tak beliau tulis apa tu.. Nak freebies camni? Beliau lukiskan mengikut apa yang korang request.. TETAPI! Beliau offer request ni lebih 2 minggu yang lalu.. Taktau la valid ka tak lagi.. Skarang ni beliau ada exam kot.. Mesti korang macam "Arghhhh!!! Kenapa la aku tak pergi request haritu? Baik aku gi terjun masuk perigi jelah!"..

Ok itu over..

Apapun.. Korang cuba TERJAH dulu dan bodek bodek la beliau.. Ekceli kalau korang nak beli pun memang berbaloi coz cuteeee sangat.. Haish jadi promoter plak aku ni.. Dah 4.40pagi kot.. 

Aikk.. Aku cakap sorang-sorang ka.. Semua orang sudah berpusu-pusu ke blog Meg nak rebut masterpiece beliau.. Ok fine.. See you soon then.. Babai.. Assalamualaikum..