Assalamualaikum VS Annyeong Haseyo

08 February 2012

Assalamualaikum dan Annyeong Haseyo =D

Ehehe.. Suka cari pasal aku ni kan.. Lagi-lagi isu pasal negara orang berwajah cuns lagi hensem ni, korea.. Tak cukup dengan entry haritu "K-pop Itu Bodoh???", kali ni nak sembang santai pulak pasal budaya k-popers.. Annyeong Haseyo!  Ringkasnya A.H

Prasan tak.. Banyak blog k-popers yang memulakan entry dengan Annyeong Haseyo.. Bagus tu.. A warm greeting.. Ekceli sama ja la dengan yang pengguna 'Hai', 'Wassup' dan 'Yo'.. Cuma yang A.H ni baru lagi.. Korean mari.. Weewiit..

So apa masalahnya? Hehe.. Takda pape masalah pun.. Ok ja.. Cuma kan.. kan.. kan.. kan lebih bagus kita mulakan dengan bagi salam.. Tak susah pun.. Taip A.S.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M. Siap! Semudah menyanyi lagu Gee dari SNSD.. Hehe.. <-- Kantoi aku minat gak korea.. kuang3..

Bukan apa.. Alang-alang tulis blog.. Biar sampai dapat pahala.. Takmau pahala? Simple ja nak dapat.. InshaAllah.. Ekceli memberi salam ni sebenarnya merupakan doa dan harapan bagi keselamatan dan kesejahteraan antara satu sama lain.. Bila kita ucap.. Dapat la pahala.. Bila dapat pahala banyak-banyak dapat nikmat syurga.. Tak caya? Tengok ni..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” tanya para sahabat.


“Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa, dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”
Wohoo.. Best tak? Best tak? Best kan.. Tengok la.. Malaikat pun doa wooo..

"Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali" (Hadith riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

 Kadang-kadang benda yang mudah pun boleh bagi kita pahala yang besar.. Yang penting ikhlaskan hati.. Jangan main ikut hujung mulut ja.. Semekom! Semekom! Baik sebut Celcom ja kalau camtu.. Hadoi.. Malas betul ya nak eja..

Hehe.. Ekceli tu ja yang nak kongsi kat sini.. Bukannya ada masalah pun dengan Annyeong Haseyo tu.. Saja kasi gimik sikit.. Tapi kan 'Salam Qabla Kalam'.. Salam sebelum kata-kata.. So.. Buat la camni :

Assalamualaikum dan Annyeong Haseyo Hai Hello Wassup Yo Hola...

Hah.. Kan senang.. Semua sekali boleh.. Tapi salam tu mesti diutamakan.. Hoho, Ok la.. Akhir kata.. Jangan marah-marah ya.. Gurau-gurau ja.. Not that i'm a k-pop hater.. No no no.. Tak caya?

 Neomu neomu meotjyeo nuni nuni pusyeo.. Sumeul mot shigeosseo tteollineun geol.. Gee gee gee gee baby baby baby.. Gee gee gee gee baby baby baby..

Ha amik ko.. Skali masuk SNSD terus.. Tapi versi suara halkum aku.. Muahaha.. Btw, Seohyun comel kan.. Ok shadap! Terover sudah.. Bai..



P/s : Tak tau nak letak gambo apa yang sesuai kat entry ni.. Seohyun seketul boleh tak.. huhu

16 comments:

  1. Ni mesti MD minat tol gn SNSD kan. haha.

    ReplyDelete
  2. salam..betul tu MD..bukan susah pun nak beri salam, tapi kita lebih suka guna hello, hai, hey, anyeong dlln..huhu

    kalau tulis hey! lagi menyakitkan hati..kann

    ReplyDelete
  3. kantoi minat seoh yun!

    kadang2 aku takde pun mende alah intro1 nih..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum MD :)

    ReplyDelete
  5. Assalamuailaikum MD... heee...

    ReplyDelete
  6. wah, bahasa korea pn ada :D siap ada lagu snsd lagi. heheh :D

    ReplyDelete
  7. k-poppers dah macam name eskrem la bro! hehe

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum MD.. btol gak md kata.. buat apa nak ikut budaya agama lain sedangkan agama kita Islam da cukup indah bahasanya..

    ReplyDelete
  9. orait. assalamualaikum.
    gee gee gee gee baby baby, hehe

    ReplyDelete
  10. yup! salam mesti diutamakan..so far mie bagi salam baru tulis anyeong ^_^

    ReplyDelete
  11. ustaz rock ! smpaikan ilmu wlaupon sbaris ayat =)

    pergghhh lagu GEE..

    ReplyDelete
  12. wahh.. lepas ni kena rajin2 bagi salam kat cikgu la ^_^

    ReplyDelete
  13. ahuhuhuhuhuhu
    memang betul pun XD

    ReplyDelete
  14. hahak kantoi minat Korea eh MD.. :D haah betul jugak, bukannya susah sangat nk beri salam, kan? dapat pahala lagi :3

    p/s: K-Pop lovers too (^_^)v

    ReplyDelete
  15. kan toi 'ustaz' minat snsd,hehe

    ReplyDelete