Genting Dream Cruise: 4 Days 3 Nights Sail to Phuket

28 November 2018

Assalamualaikum

Blue hour / Maghrib atas Dream Cruise. 

Ada makcik-makcik bawang cakap, untungla menganggur pon still boleh travel oversiaq. Ok first, memang ceq loser ya masih menganggur. Jangan tak perasan gambar konvo dekat Instagram sebelah tu. Penat posing kalau hampa tak tengok hahahaha PANG! And secondly, heyyy kita travel ni sponsored hokay. But but but! Bukanlah level-level retis nak disponsor travel free untuk review bagai. Ni hasil kegigihan join contest-contest social media (again, ceq menganggur banyak free time) and Alhamdulillah rejeki menang dapat naik Cruise! *Pakai topi besaq dengan spec hitam.


Disebabkan makhluk depan tu sebesar raksasa, cruise ni nampak kecik.

Kepada yang tak tahu, Genting Dream Cruise ni bawah Genting Hong Kong. Kena naik dekat Singapore. Mula beroperasi tahun 2017 so bau kilang lagi yalls. Ada 19 decks/tingkat and almost 350m panjang. Jangan tak tahu ni besaq lagi dari Titanic ya. Hahaha lepas dah naik ni boleh la nak compare dengan Titanic. Sebelum naik haritu nak pikiaq pon takut kot karam ka apa. Manala tau seketul iceberg hanyut dari Antartika ke Selat Melaka kan. Anyway, sepanjang 4 hari tiga malam atas ni, meh nak bawak hampa tour kapai ni.


Outdoor Area

Surprisingly, walaupun kapasiti full kapal ni almost 3500 passengers, tak rasa crowded pon! Kadang-kadang tu siap rasa macam mana semua orang pergi eh? Hampa pakat tidoq siang habeh ka weh? Sunyi pulak kita hahaha. Tapi mudahla nak bergambaq. Tak ada orang nak photobomb dekat belakang. Pose lah puas-puas atas kapal tu.

Port paling terfavourite atas kapai ni. View dia mengundang ratusan likes di Instagram. Hahahahaha

Kot la fefeeling Mat Saleh rasa kulit putih sangat boleh la berjemoq kat sini.

Waterslides ni macam highlight la kat sini selain makanan dia. Ada 6 semuanya.

ZOUK Beach Club. Yes ni tempat berparty hoyeh hoyeh. Tapi siang-siang kosong ja boleh lepak tidoq ternganga kat sini.

Nampak kosong kan. Ya la tengah hari rembang ni gigih la dok berjalan.

Boleh tahan insta-worthy port-port atas kapal ni. Tapi kalau dah rupa seperti seekor gajah hmmm.

Ada golf, rope course, wall climbing. Maximum weight nak main 120kg. Kuanghajo!

Marina bay dari kejauhan.

Kapal selam / lifeboat. Ceq pi kira ya satu-satu tengok cukup ka tak. Siap bukak kalkulator kira jumlah lifeboat x capacity per boat. Sebaik cukup. Nampak dak betapa paranoidnya haku.


Indoor Area

One of the instant regret lepas turun kapai ni is tak ambik gambaq banyak-banyak especially indoors.  Bila lagi weh nak ada duit nak naik cruise. Punya la banyak restaurants dia, gym, arcade, glow in the dark bowling, theater, spa, karaoke. Haih jenuh aih nak list semua facilities tapi gambaqnya nan hadooo. Tapi satu benda yang hampa kena tau, ni "Genting" Cruise. Genting popular dengan apa paham-paham la noh. Sampai berapa deck penuh dengan mesin-mesin judi ni. Nyonya-nyonya main mahjong pon banyak. Area receptionist pon sama. Tak elok pulak area center budak-budak tengok kan. Terpikiaq gak kalau karam ni kira dapat pengakhiran yang baik ke idokkk eh? Hahahaha. Yang penting kita tau halal haram kan.

Tempat depa main slot. Ceq tak main okay sumpah!

Tempat relax-relax santai. Acah-acah ja pegang buku tu hakikatnya tulisan Cina. Paham pulak?

One of the restaurant dalam kapai tu. Macam Hong Kong?

Ada shopping area. Free duty shop. Depa discount 95 percent pon belum tentu ceq mampu.

360 bar. Area tengah ni selalu ada live band and acrobatic performance. Abaikan bekas arak tu bukan ceq punya.

Big screen area. Kadang dia bukak movie. Kadang ada games macam bingo.


The Room

Jenuh bersilat hampa tau dak nak solat dalam ni hahaha. Kiblat selalu tukaq-tukaq arah. Subuh kot lain satgi Zohor kot lain pulak. Siap pi solat kat balcony pon pernah sebab sempit sangat lol. Ha gambaq bilik pon tak banyak. Bilik cruise memang selalunya tak besaq. So nak ambik gambaq pon payah. Tapi ok la ada beranda semua. Benda free oi lagi mau complain ka?

My parents stay on the bed. Ceq dekat bawah sana. Kalau stay 2 orang luas la.

The million dollar view dari our balcony. Tu pulau belakang tu is Phuket.

Kalau hampa nak tau, kelajuan maksimum kapal ni dalam 40km per jam ja. So kalau hampa sidai spender ka kat balcony ni tak melayang aih hahahaha. Satgi tak pasai spender terbang lekat dekat muka jiran sebelah kan. Smooth gila dia berlayar. Even masa dia start gerak pon kami tak sedar langsung. Tuptup dah kat tengah laut.


The Food

Ok dah sampai part faberet ceq. MAKAN! Seriously ataih kapai ni gheja makaaaan ja. Takdan nak lena dalam bilik dah masuk waktu makan lagi. Bab makan, Dream Cruise ni TAK CERTIFIED HALAL ya. Tapi jangan risau, ada satu restaurant ni nama The Lido, makanan yang ada semua guna bahan halal and no pork. Ada chef Melayu dekat situ explain sendiri yang ingredient yang diorang guna semua halal tapi diorang tak boleh dapat pengiktirafan Halal Restaurant tu sebab ada satu counter makanan tu jual beer. Itu ja. Tak bercampur pon. So boleh makan tanpa was-was. Dia punya buffet tu kan, dekat 100 meter panjang weh!!! Ambik la banyak mana pon.

Disclaimer, ceq tak pandai ambik gambaq makanan. Maaf gambaq so-so ja.

The Lido International buffet. Indian veggie food pon ada. Kot la hampa still tak yakin kan.

Ok dia tak mewah macam restaurant lain atas kapai ni but makanan dia heaven I tell you.

Sedappppppppppppp. Ni Malay food. Korean, Indian, Chinese, semua pon ada weh.

Abah ceq gelabah gila cakap ada babi. Ni turkey la abaih haish buat orang takut ja. 

Paling wajib sebab kat luaq mahai. Tapi ceq ada gout so, NEXT.

Seafood lagi NEXTTTTT.

Ya Allah pudding dia comels gilossss. Percayalah ceq boleh sedut 10 cawan benda ni sekali makan.

The cheese tart paling heaven nak nangis rasa huhuhu.

Seriously gambaq didn't do just on the goodness of the food. Kalau hampa nak tau ada 3 restaurants dalam ni yang free / inclusive dengan harga cruise tu. Tapi yang halal The Lido ja la. Itu pon dah lebih dari cukup sebab The Lido yang paling besaq and paling popular. 4 hari pon tak sempat nak merasa semua jenis makanan. Kalau peak hour tu jenuh jugak la nak cari seat. Tengok tadi complaint cruise ni macam takdak orang sekarang complaint orang ramai sangat pulak hoho. Anyway yang restaurant inclusive lain-lain tu kalau tak salah boleh request Halal food in advance. Kami tak cuba pon sebab hati dah tertawan dengan The Lido agitchewww.


Conclusion

Best gila habaq kat hang. Tak pernah pon dalam bucket list nak naik cruise sebab tau dah mahal. Tapi rezeki termenang contest pulak dapat 4 tiket free. (Kitorang pergi bertiga ja, me with my parents coz other family members takdak cuti). Eh Jack dalam Titanic menang tiket jugak kan. Hahaha tak habis-habis Titanic reference. Overall highly recommended! Anyway few footnotes sebelum say goodbye.


  • Jangan tanya harga sebab kitorang disponsored. Dalam receipt tulis RM7500 for all of us tapi rasanya tak sampai tara tu.
  • Kitorang tak turun jalan-jalan dekat Phuket sebab inconvenience for my elderly Mom.
  • I didn't watch any theater show sebab tak booking from first day! Demmm. Ingatkan tak penuh boleh walk in.
  • If I can only highlight satu benda yang tak best atas kapal ni, banyak tourists dari mainland China and India. Bukan nak racist. Tapi Chinese Singapore sendiri cakap they are sooo noisy and kadang-kadang cut cue ambik makanan. Hoi!


Firework masa malam last. Cooool gila!



Till next trip. Bye!

29 comments:

  1. syoknyaaaaaa dah lama pasang impian nk naik tp x naik2 jg even cruise yg keliling pepang tu pun hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kami tak pernah ada dalam bucket list pon sebab tau dah mahai.. Tup tup rezeki Alhamdulillah

      Delete
  2. bestnya...

    tapi kena rajin masuk contest sana sini lah ye..

    tak pernah lah buat cam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah dok join nya mana yg boleh.. Alhamdulillah rezeki.

      Delete
  3. Alahai bestnyer...teringat plak citer pisau cukur kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal.. Fefeeling pakai topi besaq spec hitam cari ikan besar hahahahhaha

      Delete
  4. BEstnya! serius best. nak menabung la nak naik cruisee. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe best sangat. Selalu kalau tengok iklan kadang2 bawah 1000 pon boleh dapat untuk Star Cruise. Boleh la cuba pengalaman sekali seumur hidup kan..

      Delete
  5. wah!!!! sedapnya seafood!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! eh terover pulak. tp memang cantiklah kawasan dia. rasanya kalau dah sampai sini, mata dok sibuk nak ambik gmbr...nice...boleh cantikkan feed ig nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu sedap la tp bila dah ada gout tu apa pon tak boleh hahaha. Seriously nice gila.. Ni pon semua ambik gmbaq sendiri guna tripod.. Kalaula ada geng kompem lg dasyat berposing.

      Delete
  6. Ada gout boleh je makan udang tapi kena makan dengan kulitnya sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya kaaa.. Tp kulit tu la yg spoil.. Hahaha.. Kulit udang tak sedap

      Delete
  7. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Salam perkenalan.. Nanti saya terjah ya.

      Delete
  8. syionyaa naik cruise. Paling best sponsored plak tu! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan macam tak pernah terpikiaq pon boleh travel free.. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi.

      Delete
  9. Jika ada rezeki nak sgt melancong atas kapal persiaran ni. Done follow back here...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kalau ada rezeki bolehla jalan2 atas kapal jugak

      Delete
  10. Wahhh syoknya naik cruise !! Dapat sponsor pulak makkkaiii jealous weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe janganla jelous.. InshaAllah kalau ada rezeki nanti Cik Tie boleh jugak naik

      Delete
  11. haluuu bestnya syiokk woo baca blog anda. Please be confident. Your personality sangat cheerful. Singgah comment and follow my blog sebab sebelum ni tak letak button follower. eh gigih explain. btw nice pic and nice storyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwww thank you it makes my day..ok nanti saya revisit ya.. Huhu

      Delete
  12. hi doc. salam perkenalan. maaf follower button tertinggal. huu done follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helloooo salam perkenalan.. Nanti saya revisit ya

      Delete
  13. wah best nya....i hope one day dpt naik cruise jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah amin.. Mungkin boleh try star cruise kat Malaysia huhu

      Delete
  14. Wah! bestnya naik cruise sambil makan-makan dan makan lagi.
    Ntah bila la Mrs. A dapat naik cruise keliling lautan macam Jack eh! tetiber hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh jangan macam Jack tenggelam nanti . Hahahaha

      Delete