Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

31 December 2011

Assalamualaikum

Klik untuk join

Jumlah Follower : 1909
Negeri asal : Kedah
Done!

Segmen : Follow Blog Kamu

Assalamualaikum

Klik untuk join
Jumlah Followers : 1809
Done!

Zyraroxx : follower datang bertubi-tubi

Assalamualaikum..

Klik untuk join
Jumlah followers : 1906
Done!

Koleksi Mini Phone Straps 2011

29 December 2011

Assalamualaikum.

Sila jamu mata korang dengan keychain kat bawah ni :


Ok stoo0oop.. Lap air liur yang meleleh tu. Mesti semua orang kempunan benda ni kan. Guess what, Cik Cempaka yang gojess tu (membodek itu perlu =P ) nak kasi free dekat sesiapa yang bertuah . Katanya ada dalam belas-belas. Kenapa tak ratus-ribu? Ok jangan cepok saya k. Kissing ja.. Eh silap.. kidding ja.. ^___^

Kalau nak something dari orang, kena la buat baek ngan dia kan. Mai sini chek nak gocip sikit pasai belog kawan chek ni maih <-- chek cakap utagha.. ada yang tak paham? huhu

Blog Cik Cempaka ni nama dia Doodleliciouss.. Mmmm.. Dengar tajuk pun dah sedap kan. Tak. Bukan penuh makanan tapu penuh dengan doodle yang ala tomey-tomey. haha. Kalau nak tau betul ka korang kat blog Cik Cempaka ni, korang cek ja hampir semua entrynya ada doodles. Apa! Takda? Maka korang dah salah blog la tu. It's a simple but nice blog without those widget yang semak-samun tu. Doodle dia unique sesangat. Terserlah kecomelan lagi kecutetannya. Hehe. Enough words. Picture speaks thousands words, but doodles speaks even more. TERJAH SINI.

**Sambil buat muka kesian dan mata besaq bersinar-sinar** Akhir kata, MD harap boleh jadi anak bertuah. Uikk? Ala sama la tu. Janji bertuah. Haha. Pernah jugak terkeluar topic ni dalam family talk. Ya la, kitorang macam selalu jugak join contest2 yang melibatkan lucky person ni. Tapi bayang hadiah pun tak pernah nampak lagi.. Wuuuu.. Harap ada la rezki kat sini.. Amiin..

*updated*
Lupa pulak nak tag.. So MD nak tag mereka bagi memeriahkan lagi segment CC ni..

1. My Sis : Schakeyra
2. My Sis : Miss Minez
3. My Skandal : Cikbolat-bolat
4. My all : Followers
P/s : Harap2 ada doodle keychain untuk boy.. Dah lama mengidam dudel dari CC =_____=

Wordless Wednesday : Women and Accidents

28 December 2011



Jangan marah ya... Peace...

Jangan Tengok Kalau Takut Muntah Hijau

Assalamualaikum

Dah 4 hari tak update blog...
Bukannya dah jemu...
Bukannya takda idea...
Tapi...
Sebab benda ni la...



Dah sedia nak nak tengok???




Kalau lemah semangat jangan tengok tau...




Dah bagi warning awal2 ni...




Ok lets straight to the point...




Masih nak tengok??




Ok ok... Jom tengok...







**progressing**







TADAAA...

Curik dari Puan Google

Ok sila cuci muntah tu...
Currently telah dijangkiti chicken pox...
Atau bahasa melayunya demam campak...
Hilang habis semua mood nak blogging mahupun facebooking...
Sori ya tak dapat jenguk blog korang...
Tolong doakan MD cepat sembuh...
Dah tua2 baru nak kena...
Dah la time holiday...
Nasib2...

Tak Payah La Sembahyang Jumaat.

25 December 2011

Assalamualaikum

Satu lagi entry ajaran sesat daripada MD. Huhu. Dah, letak telipon tu. Jangan call polis pulak. Kali ni MD cuma nak cerita satu fenomena 'Orang Melayu' waktu sembahyang jumaat, based on my observation kelmarin. 

Well, kelmarin MD and family pergi Padang Besar, Perlis, saja nak shopping2 beli plushies angry bird. Waktu tengah rambang mata tu... Allahuakbar, Allahuakabar. Ok terlalai sekejap. Hari ni Jumaat. So, me and my dad rush la pergi masjid. Masa nak masuk kereta pun ada lagi orang baru sampai Padang Besar ni. Err, tak sembahyang jumaat ka pakcik oiii..
Gambar Hiasan.. Pakcik ni tak bersalah k..
Hmm, memang tak brani nak tegur. Lagipun tak berapa pasti tentang hukum sembahyang jumaat bila musafir. Rasa macam tak wajib bila seseorang bermusafir. So MD diam ja la sampai la malam pagi ni. Baru teringat nak search.

Hasilnya :

Ada dua hadis yang berkaitan isu ni.


Hadis Nabi SAW, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka wajib atasnya mendirikan solat Jumaat kecuali dia seorang perempuan, orang musafir, hamba dan orang sakit."(HR al Daruqutni & yg lainnya)

Sabda Nabi SAW,"Solat Jumaat wajib atas setiap orang yang mendengar seruan azan."(HR Abu Daud)


So, mengikut mazhab Syafie yang menjadi pegangan kita di Malaysia, WAJIB hukumnya bersolat Jumaat jika bermusafir pada hari Jumaat, bagi :

1. Yang memulakan musafirnya bermula selepas terbit fajar subuh,
2. Yang mendengar azan untuk solat Jumaat.

Ok mungkin pokcik2 tu bertolak sebelum subuh. Tapi memang sah-sah dengar azan time tu. Lagipun, dari mata kasar MD, takda pulak halangan lain yang menyebabkan mereka tak wajib solat. Berakal? Baligh? Waras? Rasanya ya. Tapi.. tu la, leka betul bershopping. Kalau masih duduk dekat lebuh raya PLUS tu tak kata la. Mana nak cari masjid.

Satu lagi isu lain. Tak habis lagi ni.  Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9, yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"


Ayat kat atas ni terang2 tunjuk larangan Allah dekat orang islam daripada shopping2 waktu dah azan Jumaat. Ulama' bersepakat azan tu azan kedua.  Larangan ni ditujukan kepada semua sekali yang terlibat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki. Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.

Tapi yang MD tengok, selamber ja orang laki dok tawar-menawar. Yang peniaga pun tak tutup kedai, yang pembeli pun buat muka innocent ja. Hmmm, apa la nak jadi umat akhir zaman ni. Jangan ingat bila musafir ja, tak payah la sembahyang jumaat. Kepada readers, jangan melenting pulak abang2 ya. Err, kalau ada apa2 fakta yang diragui sila komen ya. Peace..


P/s : Dekat Perlis lepas sembahyang takda doa berjemaah. Tercengang jugakla bila semua orang terus bangun lepas bagi salam. Huhu. Pengalaman baru ^___^

Misteri Nama Lisa

22 December 2011

Assalamualaikum

L.I.S.A. Sedap nama tu kan? Tapi, ada satu misteri pasal nama tu yang teringin sangat MD nak tau. Korang tak caya? Cuba tengok kat bawah ni...



1. Mona LISA


Sapa yang tak pernah tengok lukisan Mona Lisa ni. **Dalam TV or megazine pun dikira ok. Merupakan karya agung Leonardo Da Vinci abad ke-15.  Orang kata lukisan ni nampak hidup dan senyuman dia nampak misteri. Ya ka? Biasa2 ja. Dah la takda kening. Huhu. Nampak sangat i'm art blind =____=



\

2. LISA Surihani

Wah. Ini pujaan hatiku. Sapa yang tak suka gadis berwajah lembut nu. **Walaupun suara dia garau sikit. Sapa yang kata dia ni tak comel or cun kompem rabun teruk. Segak gila kot. Majoriti semua jejaka malaya adore dia ni. Tapi sayang, Yusri KRU dah kebas dulu. Melepassss.



3. LYSSA Dollixious

Sapa tak kenal gadis Penang ni angkat tangan! **Bunyi cengkerik ja tinggal. Kompem mesti semua orang kenal kan. Blogger paling fofular di abad ini. Dengan lebih 37k followers tegar, she is one of the best blogger in Asia. Baru 19 yaw. But she is taken already. Hahaha. Ingat! lyssasecret.com ^___^ 

***********************************************

Hek eleh doktor mereng ni.. Apa yang misterinya? Kasi orang saspen ja..

Well, apa yang misteri kat sini semua yang nama Lisa ni top-mengetop sesangat. Er, Lyssa tu pun bunyi sama ja kan. Pergi sana sini semua orang kenal. Memang dah ditakdirkan kot yang nama Lisa tu semua hebak-hebak bangat. Huhuhu. Apa pendapat korang?

P/s : Lepas ni kena tukaq nama blog la. Maybe kena letak nama camni kot kasi glemer sikit :




Huhu.. Just kidding..

Appreciation For My 500th Follower

21 December 2011

Assalamualaikum

Firstly thanks to Siti Syafiqah for being 500th follower. Nak kata ni award pun takda apa yang boleh MD bagi. And also MD nak mintak maaf sebab dah seminggu lebih dah pun capai 500. Skarang baru nak update pasal ni. Baru 500 =_____=



Anyway, memandangkan it is for Siti Syafiqah, so MD buat yang girlie2 sikit ya. Hope you like it

.

And tak dilupakan, sketul dudel yang dilukis khas buat Siti Syafiqah. Sori k coz MD tak pandai sangat berdoodle ni. Terima seadanya k. (Untuk Siti Syafiqah ja tau)


Buruk kan! Kalau tak suka sorry sesangat. Tangan ni cam keras semacam nak lukis. Papapun, jom terjah blog KISAH HATI<---- (klik) milik Siti Syafiqah. 

Done. Sempena follower ke 500, MD nak transform sikit la blog ni. Wait and see ya. Daaa...

Shoutbox Terbaik Selepas Shoutmix ~Bukan Cbox Ok!~

Assalamualaikum 

Well macam yang you olls nampak, shoutbox MD sudah bertukar akibat si peberet SHOUTMIX akan ditutup. Korang tak tau lagi? Tengok SINI.

Cbox
Berbanding shoutmix, Cbox ni tak berapa best la. Sebab kita kena tulis nama dengan link tu banyak kali. Paham tak? Maksudnya, kalau kita pergi blog orang lain yang ada Cbox pun kita kena isi lagi nama kita dan url. Berbeza danagan Shoutmix! Shoutmix kalau kita komen dekat blog Si Peah ni then dekat blog Si Joyah pulak korang dah tak perlu isi nama dan url lagi sekali. Dia dah automatik ditulis.

Contohnya macam ni :

SHOUTMIX


1. Korang tulis nama dan link korang di Shoutmix A. Kemudian post la komen di situ.
2. Bila korang masuk blog lain yang ada shoutmix iaitu B, korang dah tak payah isi nama dan website korang sekali lagi. Dia dah automatic fill...

CBOX

1. Korang isi nama dan website korang di Cbox A. Then post la komen korang...
2. Bila korang masuk blog si B yang ada Cbox jugak, korang kena isi sekali lagi sebab dia takdak auto fill =_____=

Kesian dekat para blogwalkers yang terpaksa isi banyak kali. Ni semua salah Shoutmix! Awat yang nak kena bayar pulak. Aduh. Anyway, ada satu shoutbox yang ala-ala shoutmix jugak. Sekali isi ja pastu yang dekat blog lai dia auto fill which is http://free-shoutbox.net/users/create <-- Klik link untuk daftar.

MD bagitau awal-awal yang free-shoutbox.net ni tak boleh design seniri macam shoutmix dan cbox. Ada pilihan tertentu ja. Korang cuba la tengok dulu. Kalau berkenan bolah la ambik. Thats all. Kalau nak tengok contoh free-shoutbox ni tengok dekat sidebar MD ok? Babai.

P/s : Terima kasih buat semua pemilik shoutbox yang telah dikidnap di atas. Err, korang boleh teka tak pemilik dia?


I'm Pregnant???

20 December 2011

Assalamualaikum

Seminggu tak update tiba-tiba dah pegnen? Biar betol.
Tak boleh ka? Kan ramai orang ingat MD pompuan.
Hehe. Takdala. Ekceli today...

A trip to Sungai Petani with my Sis Mimie. Psss, my sis dah back to blogging world after 3 months. Jom terjah SINI.

Oops, dah tersesat dari story. Well, masa pi tu, no breakfast! Only some biscuits. Akibatnya apabila tiba di bandar...

Belek-belek buku sekajap dekat Popular Bookstore then terus serbu Cool Blog. Yup, memang sedap. But I hate the benda bulat-bulat tu. Tak sejuk pun! Well then turun pulak tingkat satu and...

McDonald! Apa lagi, serbu la Prosperity burger yang sedap gila ni sampai jilat-jilat blackpaper sos yang lekat dekat wrapper tu. Huhu. Ok done. Then, terus pergi Village Mall pulak. But...
Pizza Hut! Dah lama mengidam pizza 7 cheeses yang dalam iklan tu. Lagi mau tunggu? Serbu la! Mushroom soup ja tak licin, yang lain, tak payah cuci pinggan dah. Mau terhinjut-hinjut jugak la keluar. Uik, tak habis lagi la. Mana ada desert lagi. So, Tutti fruitti! Oh yeah. Pusing-pusing keliling tu cari kedai dia. Takda pun! Dah la terik gila. Finally. 

Yogo Goyo! What the? Eleh. Sama ja macam TF tu, asal pun kedai ni nama Frutti Frutti. Maybe tukaq nama takot kena saman kot. Terasa bagai Najwa Latif sekejap. Haha. After that semayang jap dekat Tesco then singgah Fairy Cake and Bakery nak beli apa-apa yang patut untuk take away to Baling. 

Just can't ignore the blueberry ice-cream cake. Oopssy. Terbeli sudah. 3 o' clock, it's time to go home! Er, another one and a half hour trip. Some snack maybe?

Seriously, ni bukan wedges ok! Ni kopok lekor beli kat tepi jalan jek. Yummy!

This is what happen when orang pekan pergi ke bandar. Haha. Semua rasa nak beli. So, Apa kaitannya dengan pregnant pulak ni? Marapu la kau. Well..

Orang pregnant = Kuat makan
Aku = Kuat makan
Aku = Orang pregnant?

Apa-apa ja lah.

P/s : Perasan tak cam takda motif ja pi bandar. Ekceli part other than food dah di-cut. Kredit to Sis Mimie yang banyak sponser food ni. Hehe. Okbai.

Shoutmix Akan Ditutup!!!

11 December 2011

Assalamualaikum

Bagi pengguna shoutmix, pasti kita sedih bila dapat tau yang perkhidmatan free shoutmix yang kita guna selama ni akan diSTOPkan. Ulang sekali lagi, STOP. Kalau korang nak guna jugak, kena la bayar. Sumber? Korang ada perasan tak benda ni :

Perasan x ada important notice tu. Cuba klik. Pastu korang baca la artikel dia yang menyayat hati. Huhu.

Ok berita yang sangat menyedihkan buat blogwalker macam MD. Perkhidmatan free akan ditamatkan pada 1 Januari 2012. Lepas ni boleh guna benda ni pulak :

Atau korang nak Shoutmix yang berbayar?

Tutorial Letak Iklan Dengan Button Close

Assalamualaikum.

Ramai orang cakap letak iklan dalam blog ni semak. MD seniri pun setuju dengan statement tu. Tambah-tambah kalau iklan floating dekat sidebar tu cover sidebar sampai takleh tekan. Mau tak hangin satu badan. So kat sini MD nak ajar camna nak letak iklan dengan button CLOSE supaya orang yang takmau klik boleh tutup camni :


1. Log in > Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript  (lebih baik add a gadget bahagian atas header)

2. Ok sekarang copy code di bawah ni dan paste di ruangan tu :



<style type='text/css'>

#topbar{
position:absolute;
margin: 0px -23px;
padding: 0px;
width: 130px;
visibility: hidden;
z-index: 100;
}
</style>
<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Floating Top Bar script- &#169; Dynamic Drive (www.dynamicdrive.com)
* Sliding routine by Roy Whittle (http://www.javascript-fx.com/)
* This notice must stay intact for legal use.
* Visit http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/
var persistclose=0 //set to 0 or 1. 1 means once the bar is manually closed, it will remain closed for browser session
var startX = 30 //set x offset of bar in pixels
var startY = 5 //set y offset of bar in pixels
var verticalpos="fromtop" //enter "fromtop" or "frombottom"
function iecompattest(){
return (document.compatMode && document.compatMode!="BackCompat")? document.documentElement : document.body
}
function get_cookie(Name) {
var search = Name + "="
var returnvalue = "";
if (document.cookie.length > 0) {
offset = document.cookie.indexOf(search)
if (offset != -1) {
offset += search.length
end = document.cookie.indexOf(";", offset);
if (end == -1) end = document.cookie.length;
returnvalue=unescape(document.cookie.substring(offset, end))
}
}
return returnvalue;
}
function closebar(){
if (persistclose)
document.cookie="remainclosed=1"
document.getElementById("topbar").style.visibility="hidden"
}
function staticbar(){
barheight=document.getElementById("topbar").offsetHeight
var ns = (navigator.appName.indexOf("Netscape") != -1) || window.opera;
var d = document;
function ml(id){
var el=d.getElementById(id);
if (!persistclose || persistclose && get_cookie("remainclosed")=="")
el.style.visibility="visible"
if(d.layers)el.style=el;
el.sP=function(x,y){this.style.right=x+"px";this.style.top=y+"px";};
el.x = startX;
if (verticalpos=="fromtop")
el.y = startY;
else{
el.y = ns ? pageYOffset + innerHeight : iecompattest().scrollTop + iecompattest().clientHeight;
el.y -= startY;
}
return el;
}
window.stayTopRight=function(){
if (verticalpos=="fromtop"){
var pY = ns ? pageYOffset : iecompattest().scrollTop;
ftlObj.y += (pY + startY - ftlObj.y)/8;
}
else{
var pY = ns ? pageYOffset + innerHeight - barheight: iecompattest().scrollTop + iecompattest().clientHeight - barheight;
ftlObj.y += (pY - startY - ftlObj.y)/8;
}
ftlObj.sP(ftlObj.x, ftlObj.y);
setTimeout("stayTopRight()", 10);
}
ftlObj = ml("topbar");
stayTopRight();
}
if (window.addEventListener)
window.addEventListener("load", staticbar, false)
else if (window.attachEvent)
window.attachEvent("onload", staticbar)
else if (document.getElementById)
window.onload=staticbar
</script>
<div id="topbar">
<a href="" onclick="closebar(); return false"><img src="http://2.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/TBkBOhhQYwI/AAAAAAAABGg/lW2a6h4cpbo/s320/close.png" border="0" /></a>
<a href="http://www.korangpunyalink"target="_blank"
onclick="
window.open(&quot;http://www.korangpunyalink&quot;);
window.open(&quot;http://www.korangpunyalink&quot;);
window.open(&quot;http://www.korangpunyalink&quot;);

"><img style="cursor: pointer; width: 136px; height; 143px;" src="http://i.imgur.com/cPrvO.png"/></a></div>


PETUNJUK :

**Warna Merah : Pastekan LINK CHURPCHURP korang di sini..
**Warna Biru : Pastekan LINK BUTTON korang di sini.. (freebies ambik kat SINI)

3. Lepas korang dah gantikan perkataan yang dihighlight di atas.. Cuba preview dan test button anda..


4. Kalau takda apa-apa masalah boleh save.


Sekarang, korang boleh la enjoy dengan button korang yang dah tak semak tu. Kalau tak faham jugak sila komen ya. Tak pun tanya terus dekat page MD. Kalau korang masih tak faham pasal apa tu ChurpChurp dan says.my dan kat mana nak daftar boleh klik SINI.

Temuramah Eksklusif Bersama Mr Doctor

Assalamualaikum


I was tagged! This time from Cik Pikah. Masa untuk menjawab soalan. Jom tengok rules.

  • You must post these rules. Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
  • Answer the question the tagger set for you their post. And create eleven new questions for people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag back.
  • No stuff in the tagging section about "You are tagged if you are reading this" You legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have tagged 11 people

Ok. Now I have to reveal 11 things about myself. So :
  • I'm an arachnophobian (takut, geli dan gerun terhadap labah-labah)
  • Chubby sangat. Tinggi 173cm.
  • The youngest in my family. So anak mak la kan.
  • Love to eat, eat and eat. Especially nasik ngan sup ayam ngan sambal kicap. Mmmm. So good.
  • Addicted to Harry Potter. Have completed the collection of all Harry Potter novels (Malay version) but VCD collection still lack of the final episode. The Part II.
  • Live in Baling, Kedah. Don't tell me you haven't heard of it. Ada dalam sejarah kot.
  • Not a doctor yet. Inshaallah soon. Trying so hard to achieve it. Pray for me ya.
  • Hate kids. Don't ask me why! It just I hate their attitude. Nama pun budak kan. Entah, tak suka la.
  • Dying kalau tak jumpa internet. Walaupun takda motive langsung nak bukak.
  • The son of pasangan cikgu. So tak boleh la buat perangai. Nanti orang cakap "Ceh! Anak cikgu pun perangai camtu. Ada hati nak ajar orang lain."
  • Orang cakap bibir I macam Angelina Jolie / Kilafairy. Entah la. Huhu

Ok enough! Just 11 things about me. Time to answer Cik Pikah's questions.

Sapa nama your first crush?
Disebabkan muka tak hensem lagi tak comel, MD tak kapel ya so tak pernah la crush. Sad huh?

Digi.celcom.maxis.which one you prefer?
Digi surely out coz lambat sangat pencawang dia dipasang kat my hometown ni. Currently use maxis. Celcom pun guna gak kadang-kadang.

What do you think about fixie?
Not interested. Tanyalah pasal ferrari ka. Baru best.

Apa pendapat hampa pasal cinta?
Bila seseorang tu boleh terima tentang siapa diri kita, dan buta untuk melihat segala kelemahan dan kekurangan kita, then that is love.

Apa jenama jam yang hampa suka sangat sangat?
G-shock pasar malam. Tak pakai jam mahal-mahal. I'm careless.

Tell me bout your bestfriend.
Kalau boy it would be Incik Paaq kot. Just wanna tell you that he has the same size as me. Chubby yaw! Kalau girl pulak it would be Cik Pendek. She's really understanding.

Who is the most lovely person you ever met?
Perhaps my mom. I always think why did she love me. Ya la kan, what do i have to make her proud dan boleh diceritakan kat kawan-kawan dia. I don't think I have one. But she loves me dearly for who I am.

Tell me moment paling best between anda dan yang tersayang.*tak kiqa la family ka best friend ka lover ka.
With my mom ok. My sweetest moment is when my mom suapkan nasik bila bangun sahur dari start belajar puasa masa tadika, sampaila darjah 6. Semua mak suap. Bangun sahur just nganga ja. Waa rindunya.

Apa ada pada sekolah?
Sekolah rendah ka menengah? Menengah la matured sikit kan. Apa yang best kat sekolah MD is my room. Haha. Orang lain semua duduk dorm. MD dududk dekat bilik yang diubahsuai dari stor. Best gila kot. Dah la ada karpet. Bila orang sekolah luar tanya kenapa duduk bilik tu, I will proudly answer that "Biasa la, ni bilik untuk pelajar cemerlang" huhu. Duduk dengan my best friend, Syarul. Lokasi strategik untuk ponteng kelas or prep. lalala~~

Apakah perasaan ketika menulis post ini?
Happy kot sebab ada sebab nak update blog.

What do you think about the new look of this blog? (Cik Pikah's blog)
Comel tu memang comel. Tapi agak confusing la. Takleh komen pun???

Done answering. Now for the questions to be answered by mangsa tagging ialah :
  • Adakah anda marah apabila ditag untuk jawab soalan mengarut ni?
  • Terangkan tentang ciri-ciri lelaki atau wanita idaman anda.
  • Apa motif korang berblogging?
  • Apa pendapat korang bila orang kata blogging ni buang masa.
  • Apa pendapat korang bila tengok orang gemuk dekat kfc?
  • Apa pendapat korang pasal remaja yang bercouple?
  • Apa pendapat korang pasal lelaki yang berdoodle?
  • Korang suka tak tengok laki rambut panjang + bercekak?
  • Apa pendapat korang tentang k-pop?
  • Adakah anda rasa diri anda cantik/hensem?
  • Sila beri komen tentang blog mrdoctorspeaking.blogspot.com

Habis sudah. Perasan tak banyak soalan pendapat? Saja nak survey sikit alang-alang nak tanya orang kan. Hope takdala berkecil hati dengan soalan-soalan ni. Just for fun ok. Now terpaksa mencari mangsa untuk ditag.

Sorry kalau anda tidak suka ditag. Nama ni diambil secara rawak sahaja ok. Peace

Churp Churp Vs Says.my

Assalamualaikum.

Malam ni MD nak story sikit pasal 2 jenis iklan yang MD tulis kat tajuk entry tu. Ok apa Churp Churp ngan says.my tu? Apa beza dia? Kena duit ka? Macam mana boleh dapat duit. Cukup! Meh sini MD cerita satu satu ok.

************************************************************************

RINGKASAN TENTANG CHURP CHURP DAN SAYS.MY?

  • Basically, dua-dua ni ekceli syarikat pengiklanan. Lebih kurang sama ja. Tapi says.my fully Malaysia. Iklan-iklan diorang ni kita tolong promotekan dan setiap iklan yang diklik akan memberi hasil kepada  kita dalam 20 sen setiap satu. Ok la tu kan? Sebab kita tak kena keluarkan duait satu sen pun. Just letak iklan diorang kat blog dan wallahh! Dapat la earning sikit.
HALAL KA?
  • Secara basicnya kita sebenarnya mempromosikan iklan syarikat ni. Kita dibayar sebab tolong promote iklan diorang. So halal la kan. Atas usaha kita tolong promote iklan tu.
MACAM MANA NAK PROMOTE?
  • Boleh dipromote melalui blog, facebook dan twitter. Korang letak la iklan ni kat tempat yang orang nampak. Moga-moga ada la orang klik. Ada trick camna nak bagi orang tekan sekali ja tapi boleh keluar banyak link. Lagi cepat la kayo. Hehe. Klik SINI untuk belajar trick tu.
BERAPA BOLEH DAPAT?
  • Biasanya satu klik 20 sen. Cuba korang banyangkan kalau 100 orang klik. Wow! Pastu kadang-kadang ada promosi khas yang korang boleh dapat 40 sen satu klik. Untung ooo.
UNDERAGE BOLEH JOIN KA?
  • Sure boleh selagi korang ada akaun bank untuk cash out duit yang korang dah kumpul tu.
MACAM MANA NAK CASH OUT?
  • Kalau churp churp korang kena cukup RM100 dulu baru boleh cash out. Dia akan hantar melalui cek.
  • Kalu says.my korang cukup RM50 dah boleh cash out. Dia masuk terus dalam akaun bank.
MANA LAGI BAGUS CHURP CHURP KA SAYS.MY?
  • Pendapat MD, says.my lagi best. Bila klik sekali dia terus masuk duit. Kalau churp churp macam lambat sikit. Kalau korang letak dua-dua iklan serantak guna teknik satu klik keluar banyak link tu yang tutorial dia kat SINI, korang akan dapati dekat says.my akan masuk lagi banyak. MD pun tak faham kenapa jadi camni.
  • Says.my ada nilai maksima yang korang boleh dapat dalam satu iklan. Contohnya hanya RM10 saja untuk satu iklan. So boleh 50 klik ja la. Ekceli nak dapat 50 klik pun bukan senang. So tak kisah la ada nilai maksimum pun kan.
  • Churp churp banyak orang join so promosi iklan dia cepat habis. Says.my pulak masih kurang sambutan, so promosi iklan dia lambat sikit habis.
  • Says.my RM50 dah boleh cash out. So cepatla sikit. Churp churp memang lambat nak tunggu RM100.
  • Conclusionnya, kalau dua-dua ada buat banyak promotion iklan, better la kalau promote says.my punya iklan dulu. Lagi berbaloi kot.
KORANG NAK DAFTAR?
  • Untuk says.my daftar kat SINI
  • Untuk churp churp daftar kat SINI

P/s : Jangan blogging untuk duit semata-mata. Niat mesti betul. Inshaallah ada la rezeki kita tu. Er, Jangan lupa klik iklan MD skali ya. ^__^

Siput Terlekat Chewing Gum

09 December 2011


Ok sekarang ni internet bukan macam siput dah. Tapi macam siput terlekat chewing gam kaler pink yang lekit-lekit tu. Got it? And one more thing, tak, Itu bukan siput babi

P/s : Siput boleh tukar jantina 2 kali seumur hidup. Peace.

Bom Terbusuk Di Dunia

08 December 2011

Assalamualaikum

Nak dijadikan cerita...

Bila balik kampung camni, parents kena pi taklimat nun 100 km dari rumah pulak. Dah la alone, hungry pulak dah! Punggah sana punggah sini, takdak pula yang boleh mengenyangkan my tummy yang boyot ni. Ala-ala masterchef tu, MD masuk dapur cuba mentransformkan nasi sejuk dalam rice cooker jadi nasik goreng.

Everything went well. Berbekalkan sotong yang my mum dah masak semalam, terhasillah nasi goreng sotong yang sedaap. Sebelum tutup api, nampak pulak telur itik kat dalam tray mak punya. Ewah! Bertambah sedap la nasi goreng aku. 

POOOOOMMMMM!!!


Waaaa... Telur tu dah busuk. Meletup kat dalam tangan masa ketuk. Busuk gila ya rabbi. Meleleh-leleh. Hijau pulak tu. Wuuu. Dengan perut tengak dok bergoncang-goncang lapaq teramat sangat, terpaksa gak la lap dulu. Lepas lap tuang sunlight cuci pinggan tu. Pastu mop pulak.



Yay! Boleh makan. Belum lagi la. Baju bau masam. Kena mandi dulu. Maybe ada hikmahnya sebab MD pun tak mandi pagi lagi. Baik sila abaikan perangai orang bujang bila mak takda kat rumah nak beletiaq. Huhu. Habis mandi, berkemban ja then terus serbu nasik. Alhamdulillah, bila lapaq semua jadi sedap.

Seriously, lepas ni benci terus dengan telur.Takmau makan dah sampai mati. Ok tipu. Telur sangat sedap tapi kali ni dia mengkhianati peminat tegar ni. Kuang hajo betul muka telur kat atas tu kan. Maybe trauma sekejap nak masuk dapur pasni. (Ada alasan nak bagi kat bakal isteri 2020 nanti. huhu)

Ok semua boleh bersurai.

Freebies!!! Doodles Boys Korean Hair Style

07 December 2011

Assalamualaikum..

A short speech only ok? MD ada buat doodle untuk ucapan Hari Asyura semalam. So, alang-alang dah buat tu kan. Boleh la share dengan korang. Lepas ambik komen ok? Kalau yang tak follow lagi tu sila la ya. Page Facebook pun dah ada. Hehe. Kuat beletiaq pulak mamat ni. Nah ambik la.









Cute tak? *Soalan mintak kena bom. Anyway, dudel dah makin comot. Macam biasa MD x pandai la nak colouring. Kalau nak yang girls punya boleh amik kat SINI ya. Ok bai.

P/s : Korang perasan tak iklan churp churp besar gedabak tu? Sori ya mengganggu. Sementara ja.

Selamat Berpuasa Di Hari Asyura

06 December 2011


Hari Asyura ni ramai orang tau pasal bubur dia ja kan. Tapi tak ramai yang berpuasa pada hari ni sedangkan berpuasa pada 10 Muharam pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid. Hari ini dianggap hari yang besar dalam sejarah Islam kerana  :

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakerawala.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada pembakaran api Raja Zamrud.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyidina Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyidina Hussain ra.
*Sori post entry ni lambat. Dah karang sehari sebelum Hari Asyura ni tapi keadaan internet menghalang pulak. Sekarang pun dah 6.30. So, selamat berbuka bagi yang berpuasa. Bagi yang tidak sempat tunggu la setahun lagi ya! Fakta di atas tak tau nak kredit kat sapa. Banyak sumber. Kepada tuan penulis asal, mintak halal ya ilmu tu. MD just nak kongsi dengan orang ramai. Bukan nak jual ke hape. Kesahihan fakta di atas wallahualam. Ok bai,

Sudah Ada Facebook Page! Jom Like Like Like!

04 December 2011

Assalamualaikum

Anak bulan belum kelihatan. Dengan ini, saya, Mr Doctor, pemilik sah kepada blog mrdoctorspeaking.blogspot.com, mengumumkan bahawa, blog ini telah memiliki facebook page pada tanggal 3 Disember 2011. (Buat kelmarin lagi, harini baru boleh pasang lepas adjust size and position dia)

Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk mengelike page ini bermula dari saat ini hinggalah pengumuman bahawa blog ini akan ditutup kelak. (Jangan harap mau tutup~hehe)

Aduhai penatla buat ayat skema ni. Err, ekceli ni bukanlah fanpage ya. Malu nak sebut fanpage coz... Blog ni ada peminat ka? MD saja ja buat kot kot la ada yang nak tau dengan cepat update blog ni. (ada ka??? =___=) Skarang kan semua orang dah ada facebook. Takmaula tertinggal dari arus pemodenan ni. Ekeke.

Okayyy. Sampai sini ja kot. Saja cewi nak kasitau korang pasal mende like like ni. BTW, like tau! Kalau korang ada pertanyaan or komen boleh gak tulis dekat sini ya. Jangan segan silu plak. ekeke


Segment Review Blog Bersama Cc

03 December 2011


Wah wah wah. Tengok banner pun comel gila ka. Petang ni MD join segment yang dianjurkan oleh Cik Cempaka or CC - Pemilik blog yang comel sangat amat terlalu begitu sekali cute melampau. Ayat takbleh blah sungguh.

Apa yang MD suka pasal blog ni?

  • Doodles dia comel sangat. Memang MD follower setia blog ni. Even blog ni dalam bloglist MD. Coz MD takmau terlepas daripada update terbaru Cc. Most entries ada doodles.
  • Cc jarang tulis entry panjang-panjang. Doodle yang Cc lukis dah well enough to express her feelings.
  • Cc jugak tak kedekut nak donatekan karya-karya dia kat orang ramai. Freebies yang dia bagi memang wonderful.
  • Blog Cc walaupun banyak pic yang menarik tapi tak berat sangat pun. MD pernah try timbang blog ni. Seriously, tak lebih langsung 100kb! So takdala berjambang berjanggut nak tunggu loading blog ni. Takda application merapu.
  • Cc ni peramah orangnya. Komen korang surely berbalas.
Okla tu. Serba ringkas pasal blog Cc. Atau nama blognya doodleliciouss. I'm so proud becoz she is my 100th follower. Still simpan printscreen dia. Ni ha :


Lalala. Suka betul. Tapi ada satu ja komen MD untuk Cc : Please buat doodle untuk laki pulak. Hehe. Mau join jugak? Klik banner untuk ke blog Cik Cempaka.

Menang Contest lagi!

29 November 2011

Assalamualaikum...

Entry ini ditulis dengan penuh rasa kesyukuran coz MD dah menang lagi contest yang MD masuk. ~lalala. Err, pelempang mau? Bukan menang pun. No 4 ja. Excited lebih. Piraaaaah.

Ah! Tak kisah la. Janji ada gak nombor tu kan. Hehe. Terlajak happy sampai terpaksa curik masa yang sudah macam berlian dah skarang ni coz sibuk sangat. BTW, nak tau contest apa yang MD dapat no 1 plus 3 tu. Ni la dia.

Dan pemenang no 4, MD dapat :

1. sijil
2. RM 10
3. Lens

Ok lepas ni mak mesti pengsan tengok anak dia yang kelabu asap ni tiba-tiba mata biru. Ekceli ni first contest yang dapat hadiah yang MD boleh guna. Sebelum ni ada masuk 2 contests dah. Alhamdulillah, semua contests yang MD masuk ada rezeki. Tapi.....

Yang ni contest first yang MD join dalam sejarah blogging. And thank god dapat no 1. And hadiahnya ialah :

Hadiah mary kay compact pro (unfilled) bernilai RM150. Sangat mahal ok! Tapi, akhirnya harus dihadiahkan kepada ibu tercinta. Takkan MD nak pakai pulak? =__=

The next contest MD join is


Yang ni pulak MD dapat saguhati ja. Dan hadiahnya ialah :


Once again... Ni hadiah orang pompuan la! Taktau mau buat apa dengan benda ni. Korang mau? Hehe.

Anyway, thanks to Allah dapat rezeki dekat dunia blogging ni. Ni bukan riak ok! Cuma nak melahirkan rasa syukur atas nikmat Allah ni. Cewah. Ok la. Mau gerak dulu. Jangan lupa, sebelum submit apa-apa contest baca bismillah dulu tau. Moga-moga rezeki datang dengan keberkatan Illahi. Daaa!

P/s : Hari Khamis ni kenduri kat rumah. Mau melantak banyak2. Ekekeke