Hari Asyura ni ramai orang tau pasal bubur dia ja kan. Tapi tak ramai yang berpuasa pada hari ni sedangkan berpuasa pada 10 Muharam pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid. Hari ini dianggap hari yang besar dalam sejarah Islam kerana :
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
- Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakerawala.
- Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
- Allah menjadikan Siti Hawa.
- Allah menjadikan Syurga.
- Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
- Taubat Nabi Adam diterima Allah.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada pembakaran api Raja Zamrud.
- Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
- Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyidina Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyidina Hussain ra.
*Sori post entry ni lambat. Dah karang sehari sebelum Hari Asyura ni tapi keadaan internet menghalang pulak. Sekarang pun dah 6.30. So, selamat berbuka bagi yang berpuasa. Bagi yang tidak sempat tunggu la setahun lagi ya! Fakta di atas tak tau nak kredit kat sapa. Banyak sumber. Kepada tuan penulis asal, mintak halal ya ilmu tu. MD just nak kongsi dengan orang ramai. Bukan nak jual ke hape. Kesahihan fakta di atas wallahualam. Ok bai,
thanks share..:)
ReplyDeleteselamat berbuka...
nice share..slamat berpuasa =]
ReplyDelete