Buffered Earning / CPUV Kedua dan Ketiga Daripada Nuffnang

19 April 2013

Assalamualaikum..



Baiklah doodle di-recycle daripada entry lepas. Excited gila kot first time dapat Buffered Earning atau CPUV Nuffnang minggu lepas. And then kan kan kan.. Lepas kita jampi serapah sikit dekat Nuffnang kan kan kan.. Akhirnya kan kan kan.. PANG sekali gedik sangat. SRAIGHT TO THE POINT. Ini;


Woohoo.. Eh, Alhamdulillah. Pestime dapat Buffered Earning haritu dalam Entry Ini pon dah lompat-lompat sampai pecah bumbung rumah. Inikan pulak tiga sekaligus. Haritu dapat Maxis ja, rupa-rupanya ada lagi Project Breeze Pop Pop dengan Libresse. Ya! Libresse. Adakah Nuffnang pon ingat blog ni blog perempuan? Whatever.. Dapat ja iklan ni I was like

Oh Menarik Gila!


Tapi tengok ramai ja blogger yang dapat Buffered Earning bulan April ni kan. Ok tak boleh la nak syok sendiri. Tips? Rahsia? JAMPI SERAPAH yo! Ceh poyo. Syirik semua tu. MD tak buat apa sangat pon. Cuba tengok entry lepas pasal BE Pertama Dari Nuffnang. Perhaps itu puncanya? Apapun, Alhamdulillah. Haza fadhlu minallah.

Cerita Makcik Cleaner dengan Cikgu, Arkitek dan Doktor

15 April 2013

Assalamualaikum


Dulu masa sekolah malas gila kan kalau kena bertugas cuci kelas. Deymm. Lelaki kena sapu sampah? Tak macho doh. Cis apa punya alasan ini. Kalau kelas yang berapa kaki persegi tu pon dah malas nak mati, cuba korang bayang kerja makcik cleaner yang kerja dekat stesen lrt, shopping complex, tempat-tempat awam and lain-lain lagi tu. Gua syak makcik-makcik cleaner ni minum kacip fatimah herbaponi taj mahal bagi kuat. Uit?

Sapa pernah guna penyapu buat camni konon-konon boleh terbang? Baik mengaku!


Ala, makcik cleaner yang bila kita nak lalu ja, dia pon sibuk la nak cuci lantai, asal dia nak cuci lantai ja, kita pon sebok la nak lalu.

The thing is, kita selalu pandang rendah, remeh, or even tak pandang langsung kat diorang ni. Ya la, makcik cleaner mana pakai high heels 27 inci. Mana bawak handbag Gucci, yang Gucci Jalan Tar mungkin. Padahal hakikatnya, kerja diorang ni penting gila kot. Why? Sebab merekalah yang menyempurnakan sebahagian daripada iman! Huh?

KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Sometimes orang yang kita pandang hina tu, sebenarnya lebih mulia daripada kita. Cuba bayangkan ganjaran yang diorang dapat dengan perkerjaan diorang ni. Fakta yang ramai tidak tahu, dan mengejutkan semua orang,

RAHSIA YANG ANDA TAK TAHU, GAJI CLEANER SEBENARNYA RM4500 SEBULAN! MINIMUM!

Ya marilah berhenti kerja ramai-ramai and jadi cleaner. Nampak sangat menipunya. Kalau wang tu memang la tak sebanyak mana. Tapi ganjaran daripada Tuhan? We're talking about saham akhirat bebeh. Mudahnya begini :

Cuba bayangkan dekat laluan ni ada plastik sampah. Plastik sampah ni kadang-kadang licin and boleh menyebabkan orang jatuh. Jatuh guling-guling boing boing boing. Maka datanglah makcik cleaner sebagai hero beserta senjata penyapunya membuang sampah berkenaan. Dan makcik ni dah memudahkan urusan ramai orang yang melalui jalan berkenaan. Dan mungkin jugak menyelamatkan nyawa orang yang mungkin terjatuh sebab terpijak plastik tu. Tak ka itu pekerjaan yang mulia?

Ekceli, the point is, kita jangan ukur darjat seseorang itu dengan pekerjaannya. Kerja apa pun, kalau halal dan ikhlas, tetap mendapat ganjaran daripada Allah. Luas sangat Allah bagi jalan untuk ke syurga. Niatkan kerana Allah. Kenapa kita masih merungut dengan pekerjaan kita? Lakukan dengan ikhlas. Ianya satu tanggungjawab. Other example,

Baiklah, itu pengajaran yang lagha =_____=

Cikgu, darjatnya hampir sama dengan seorang rasul. Pekerjan yang sangat mulia. Mendidik anak bangsa. Fulamak bersajak pulak aku! Tengok kerja cikgu ni, bukankah ada hadith yang menceritakan bahawa amalan anak adam yang tidak akan putus walaupun dia mati antaranya adalah ilmu yang bermanfaat. Cuba bayangkan, apabila anak muridnya mengamalkan ilmu yang diajarnya, bertambahla pahala dia, then murid dia pulak one day become cikgu, ajar pulak dekat murid dia, and murid kepada murid pula ajar murid kepada murid kepada murid... ok dah stop buat orang pening!

Comel tak Kak Ton? Pang! Caption vangang
Arkitek, kontraktor, ataupun buruh. Orang-orang yang menjayakan sesebuah binaan berdiri. Cuba bayangkan, kalau satu projek pembinaan siap dibina. Masjid contohnya. Dengan jasa kita menjayakan pembianaan masjid tersebut, dengan bilangan jemaah yang tak putus-putus dalam masjid tu, berapalah ganjaran pahala untuk mereka-mereka ni. MashaAllah. Jangan pergi bina kelab malam. Itu dah saham sebelah lain tu.

Dolly dolly kata ahhhh...
Doktor, atau orang utagha panggil doktot, antara insan yang paling disegani dan dihormati lagi ditabik spring toing toing toing! Kerja dia, menyelamatkan nyawa. **Ini bukan iklan nyamuk aedes tu. Apapun, InshaAllah mendapat ganjaran yang banya daripada Allah Ta'ala.


Oh panjangnya entry ni. Bagi mereka yang pekerjaan tidak tersenarai, janganlah kecewa. Cuba lagi di masa depan. Eh? Well, mahu rata punggung ni asyik duduk depan laptop nak list semua pekerjaan ni. Hadoi.

Motif ? Selamat hari Isnin! Bermulanya hari kerja..



P/s : Apsal aku mention makcik cleaner ja? Kesian pakcik-pakcik cleaner. Maaf2..

Buffered Earning / CPUV Pertama Daripada Nuffnang

14 April 2013

Assalamualaikum

**Di saat entry ini dipublish, pemilik blog sedang sibuk membaiki bumbung kediamannya yang rosak teruk akibat daripada perbuatan beliau terlompat-lompat serta terloncat-loncat kegirangan setelah mendapat tahu pihak Nuffnang menghadiahi beliau seketul Buffered Earning. P.O.Y.O**


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan se-infiniti ucapan terima kasih kepada mak, abah, serta semua supporter blog ni secara lansung mahupun tidak langsung. Tanpa anda, siapalah saya.

PANG! Dah kau kenapa?

Oh maaf, sudah kembali ke alam nyata. Emo sikit tadi. Muahahaha. Akhirnya, terbukak jugak hati pihak Nuffnang nak bagi dekat aku buffered earning ni. Kali pertama dalam sejarah hidup. Sedih kan? Yeah

 I have no idea why people sencored that. I just follow the flow. Haha.


So i've got one from Maxis. One of the widest telecomunication service in Malaysia. Do take a look tau. Cewah dah jadi promoter aku. Mohon pihak Nuffnang bagi lagi BE ni.



So, tips untuk dapatkan BE ni ialah..

Boooo, baru first time dah berlagak nak bagi tips segala. Nuffnang tersalah bagi la!

Whatever. The fact is, i got the BE about one week after :
  1. I update the survey from Nuffnang.
  2. I send my first ticket to Nuffnang, asking why i didn't get on before.
So, gudluck everybody yang masih tak dapat lagi. Never give up. Ekceli it's not about the earning. It's about the happiness for the achievement. Seriously? Nah, money is important!

10 Benda Yang Sebenarnya Lebih Kotor Dari Tandas Anda!

07 April 2013

Assalamualaikum


Mari bergeli-geli di entry ini..
Kat bawah ni benda-benda yang kita tak expect, lebih kotor dari toilet seat.
Yeah you read it right!
Dirtier than your toilet!

LET THE COUNTDOWN BEGIN!


10. AIS! Ya, ais yang korang hisap-hisap bila air dah habis tu. Ais yang diblend buat ais blended tu. Ais yang ditambah susu buat ais kacang tu. Kajian di USA mendapati 70% ais yang dihidangkan di restoran makanan segera sebenarnya lebih kotor daripada air tandas restoran itu sendiri! Tapi ini di USA kan, rasanya orang kita pembersih. Guna air suling, bukan air paip. I hope.


Jangan tanya benda apa atas ais kacang tu! Cream! Kot..

9. Lantai tandas.Well ini obvious. Selalu memang la lantai tandas tu hitam berdaki berpasir segala kan sebab orang pijak situ. Lantai tandas awam mengandungi kira-kira 2 million bakteria per square inch. Padahal dekat toilet duduk anda tu cuma ada 50k per square inch.

8. Office desks! Percaya atau tidak meja kerja anda tu lebih kotor dari tandas. Tambah-tambah yang berhabuk, berkelapuk, berlumut segala tu. At least mangkuk tandas dicuci dengan sabun kan. Meja anda? Jawab sendiri. Secara purata meja kerja 400 kali ganda lebih banyak bakteria dari tandas. Virus parainfluenza ditemui di 33% permukaan office anda.

7. KEYBOARD! Cuba tenung keyboard anda. Cuba tengok celah-celah huruf-huruf tu. Bersih bersinar? 10% office staffs tak pernah cuci keyboard sendiri. Terasa tak? Jadi masih masuk akal kalau keyboard anda sebenarnya mengandungi 200 kali ganda bakteria berbanding mangkuk tandas. Ok berhenti tulis blog.


6. Hello? Hello? It's Mr Doctor's Speaking. And Mr Doctor says, your CELL PHONE is actually dirtier than a toilet. Masa makan pegang henpon, masa uh uh pegang henpon, lepas korek hidung pun pegang henpon. Hasilnya? Telefon bimbin mengandungi 10 kali ganda lebih bakteria daripada toilet seat anda. Dan ianya lebih bahaya kerana bersentuhan dengan mulut. Di Uganda, seorang lelaki dilaporkan dijangkiti ebola selepas mencuri henpon. Amekau!

5. Menu restoren. Agak-agak menu gerai-gerai mamak yang dah tinggal sebelah ja tu dah berapa ramai orang pegang? Ada ka orang basuh tangan sebelum pegang menu? Tak kan, makanan pon tak pesan lagi  dah kalut nak basuh tangan. Mengandungi lebih 100 kali ganda bakteria daripada toilet seat. Tapi kebanyakannya tak bahaya. Cuma kadang-kadang membolehkan jangkitan sistem pernafasan.

4. Chopping board. Still expected. Sebab kita tahu daging mentah memang mengandungi banyak bakteria. Ya la dah tak masak lagi. Jadi bakterianya adalah more than 200 kali ganda daripada toilet seat yang putih berseri tu. Marilah beramai-ramai potong daging atas mangkuk tandas. Ada berani?


3. Masih lagi dalam carta geli-geli ya tuan-tuan. Di tempat ke-3 ialah, berus gigi anda! Ya, anda punya, bukan saya punya. Lepas beristinjak kita buat apa? FLUSH! Pandai tuan-tuan semua. Dan apabila flush bakteria boleh travel sejauh 6 kaki dalam wap air tu. 2 jam you dia berlegar-legar. Dan kebanyakan bakteria ini seterusnya dijumpa di? Ya berus gigi. Bagi yang shower dengan toilet sekali tu pandai-pandai la cover berus gigi anda. 

2. Ada karpet dekat rumah? Pernah basuh karpet tu? Setahun sekali pon susah kan. Kalau pergi ketuk dekat luar rumah tu mau jerebu 1 Malaysia. Ketahuilah wahai manusia, dengan purata 200000 ketul bakteria per square inch, karpet anda sebenarnya 4000 kali ganda lebih kotor daripada mangkuk jamban!  Sel kulit mati kita yang berbillion-billion kita hasilkan tu la yang membantu menjaga periuk nasik para bakteria. 

Kalau karpet korang boleh terbang, kompem tertimbus rakyat malaysia dengan habuk sebelum sempat mengundi untuk PRU13.. **Tetiba


1. Akhirnya, tempat pertama, jatuh kepada! Ooooooo, who live in the pineapple under the sea? SPONGEBOB SQUAREPANT! Tahukah anda makhluk kuning itu, yang terdapat di dapur-dapur anda, 200000 kali ganda lebih kotor dari toilet seat anda! Dengan kira-kira 10000000 (kira sendiri) bakteria per square inch. Bakteria ini boleh menyebabkan gullen-barre syndrom yang akhirnya akan mengakibatkan kelumpuhan. Tukarlah span anda sekarang.

Tak. Tak comel! Ini kotor! Sangat kotor!


So, ngeri tak? Hoho. Ekceli ada banyak lagi yang boleh diletakkan dalam list ni. Contohnya, DUIT, SULTAN SULU KHAKTUIH.. Dan, politik mungkin? Haha semua kotor. 








Related entry :
Top 5 Carta Dosa Blogger

FREEBIES : Doodle Hoodie

01 April 2013

Assalamualaikum


April Fool! Mana ada freebies pon.. Hehe..

Eh.. Apa ni.. Jangan dekat.. Arghhhh!


Erk.. Ok ok.. Tarak tipu punya.. Ini betul-betul..
Ada freebies dekat bawah.. Serious ada..
Lagipun buat apa layan budaya April Fool ni..
Korang tau kan kenapa tak boleh ikut?
Tak tahu? Gi google search..

Back to the topic..
Its FREEBIES bebeh..
Tadaaaa...


Nah ambik kau satu dozen skali.. Huhu
Buatlah apa saja.. Sesuka hati..  Ikut kreativiti..
Kecuali claim yang korang lukis sendiri..
Eh macam pantun ja.. Hihi