10 Benda Yang Sebenarnya Lebih Kotor Dari Tandas Anda!

07 April 2013

Assalamualaikum


Mari bergeli-geli di entry ini..
Kat bawah ni benda-benda yang kita tak expect, lebih kotor dari toilet seat.
Yeah you read it right!
Dirtier than your toilet!

LET THE COUNTDOWN BEGIN!


10. AIS! Ya, ais yang korang hisap-hisap bila air dah habis tu. Ais yang diblend buat ais blended tu. Ais yang ditambah susu buat ais kacang tu. Kajian di USA mendapati 70% ais yang dihidangkan di restoran makanan segera sebenarnya lebih kotor daripada air tandas restoran itu sendiri! Tapi ini di USA kan, rasanya orang kita pembersih. Guna air suling, bukan air paip. I hope.


Jangan tanya benda apa atas ais kacang tu! Cream! Kot..

9. Lantai tandas.Well ini obvious. Selalu memang la lantai tandas tu hitam berdaki berpasir segala kan sebab orang pijak situ. Lantai tandas awam mengandungi kira-kira 2 million bakteria per square inch. Padahal dekat toilet duduk anda tu cuma ada 50k per square inch.

8. Office desks! Percaya atau tidak meja kerja anda tu lebih kotor dari tandas. Tambah-tambah yang berhabuk, berkelapuk, berlumut segala tu. At least mangkuk tandas dicuci dengan sabun kan. Meja anda? Jawab sendiri. Secara purata meja kerja 400 kali ganda lebih banyak bakteria dari tandas. Virus parainfluenza ditemui di 33% permukaan office anda.

7. KEYBOARD! Cuba tenung keyboard anda. Cuba tengok celah-celah huruf-huruf tu. Bersih bersinar? 10% office staffs tak pernah cuci keyboard sendiri. Terasa tak? Jadi masih masuk akal kalau keyboard anda sebenarnya mengandungi 200 kali ganda bakteria berbanding mangkuk tandas. Ok berhenti tulis blog.


6. Hello? Hello? It's Mr Doctor's Speaking. And Mr Doctor says, your CELL PHONE is actually dirtier than a toilet. Masa makan pegang henpon, masa uh uh pegang henpon, lepas korek hidung pun pegang henpon. Hasilnya? Telefon bimbin mengandungi 10 kali ganda lebih bakteria daripada toilet seat anda. Dan ianya lebih bahaya kerana bersentuhan dengan mulut. Di Uganda, seorang lelaki dilaporkan dijangkiti ebola selepas mencuri henpon. Amekau!

5. Menu restoren. Agak-agak menu gerai-gerai mamak yang dah tinggal sebelah ja tu dah berapa ramai orang pegang? Ada ka orang basuh tangan sebelum pegang menu? Tak kan, makanan pon tak pesan lagi  dah kalut nak basuh tangan. Mengandungi lebih 100 kali ganda bakteria daripada toilet seat. Tapi kebanyakannya tak bahaya. Cuma kadang-kadang membolehkan jangkitan sistem pernafasan.

4. Chopping board. Still expected. Sebab kita tahu daging mentah memang mengandungi banyak bakteria. Ya la dah tak masak lagi. Jadi bakterianya adalah more than 200 kali ganda daripada toilet seat yang putih berseri tu. Marilah beramai-ramai potong daging atas mangkuk tandas. Ada berani?


3. Masih lagi dalam carta geli-geli ya tuan-tuan. Di tempat ke-3 ialah, berus gigi anda! Ya, anda punya, bukan saya punya. Lepas beristinjak kita buat apa? FLUSH! Pandai tuan-tuan semua. Dan apabila flush bakteria boleh travel sejauh 6 kaki dalam wap air tu. 2 jam you dia berlegar-legar. Dan kebanyakan bakteria ini seterusnya dijumpa di? Ya berus gigi. Bagi yang shower dengan toilet sekali tu pandai-pandai la cover berus gigi anda. 

2. Ada karpet dekat rumah? Pernah basuh karpet tu? Setahun sekali pon susah kan. Kalau pergi ketuk dekat luar rumah tu mau jerebu 1 Malaysia. Ketahuilah wahai manusia, dengan purata 200000 ketul bakteria per square inch, karpet anda sebenarnya 4000 kali ganda lebih kotor daripada mangkuk jamban!  Sel kulit mati kita yang berbillion-billion kita hasilkan tu la yang membantu menjaga periuk nasik para bakteria. 

Kalau karpet korang boleh terbang, kompem tertimbus rakyat malaysia dengan habuk sebelum sempat mengundi untuk PRU13.. **Tetiba


1. Akhirnya, tempat pertama, jatuh kepada! Ooooooo, who live in the pineapple under the sea? SPONGEBOB SQUAREPANT! Tahukah anda makhluk kuning itu, yang terdapat di dapur-dapur anda, 200000 kali ganda lebih kotor dari toilet seat anda! Dengan kira-kira 10000000 (kira sendiri) bakteria per square inch. Bakteria ini boleh menyebabkan gullen-barre syndrom yang akhirnya akan mengakibatkan kelumpuhan. Tukarlah span anda sekarang.

Tak. Tak comel! Ini kotor! Sangat kotor!


So, ngeri tak? Hoho. Ekceli ada banyak lagi yang boleh diletakkan dalam list ni. Contohnya, DUIT, SULTAN SULU KHAKTUIH.. Dan, politik mungkin? Haha semua kotor. 








Related entry :
Top 5 Carta Dosa Blogger

22 comments:

  1. hahah kelakar la entry ni even penuh dgn info yg osem.. btw sy berhenti minum neskepe jap masa baca tadi :D

    ReplyDelete
  2. lepas ni , mesti akan jdi terlebih hygiene la :P

    ReplyDelete
  3. sape punye kajian ni ?? hahaaaa

    ok tenkiu bgtau XD

    ReplyDelete
  4. perghhh dasat~!!

    ok,,pasni nak potong daging,sayor,ayam sumer kat mgkuk tndas..wakaka~

    ReplyDelete
  5. errrkkk!!!kena tukaq span....tukaq berus gg...eh, tiap2 bulan tukaq berus gg

    ReplyDelete
  6. oh no.. akan lebih berhati-hati agi.. noce info.. ^_^

    ReplyDelete
  7. hahaha . tapi cell phone tu pentingg ! erkkk

    ReplyDelete
  8. whoaaa.. Tq for sharing. Info yg sangat berguna. Sungguh 'unsangkarable' betul hihi. :p

    ReplyDelete
  9. betul2 memang semua tu saya setuju...

    ReplyDelete
  10. erkk...ayaikkk...ohh...nasiblah barangan kebersihan diri sy simpan tempat lain not inte the shower room or toilet...hehehe...


    p/s : hem,no 7 tu yg dalam kebimbangan..hehehe...dan yg paling kritikal ialah tanda awam!!

    ReplyDelete
  11. reaksi muka berubah-ubah bila baca entry ni .. Gelii ! huhuuu . kena cari cover berus gigi . seb baik takdak karpet kat umah . keyboard ? omg , omg !!

    ReplyDelete
  12. pergghh ..
    sungguh tak ku sangka tak ku duga sebegini fakta yg tidak ku ketahuan.
    hehe

    ReplyDelete
  13. Heyy cantek sangat blog ! kawaaii gtew~ Jeless jeles! wuuu btw tq for sharing. keyboard & meja sy akan bersinar slps ini ! demikian tekad seorang puteri hahah :p

    ReplyDelete
  14. kihkih........ nice entry =)

    ReplyDelete
  15. bagus info no.. emm.. karpet kat umah deno ni pun vakum seminggu sekali je.. lepas ni deno nak kena vakum hari2 kot.. alamak.. pengsan deno

    ReplyDelete
  16. haha. hebat nampaknya mangkuk tandas taklah kotor sangat jika nak dibandingkan dengan yang lain. gitu MD ? :P

    ReplyDelete
  17. x ble nak terima hakikat spongebob squearpant yg comei lote tue menang tempat pertama. Hahaha (0_*) Good Info.

    ReplyDelete
  18. eh geli pulak nak makan ABC ! hahaha .

    ramai org tak perasan kan . senanye benda yg dorang anggap tak kotor tu , lebih kotor lagi . haha .

    ReplyDelete
  19. wow owesome . ad btulnya juga kan ^_^
    teruskan berblogging .

    ReplyDelete
  20. alamak,,n3 ni dah bc la!haha

    ReplyDelete