Cerita Makcik Cleaner dengan Cikgu, Arkitek dan Doktor

15 April 2013

Assalamualaikum


Dulu masa sekolah malas gila kan kalau kena bertugas cuci kelas. Deymm. Lelaki kena sapu sampah? Tak macho doh. Cis apa punya alasan ini. Kalau kelas yang berapa kaki persegi tu pon dah malas nak mati, cuba korang bayang kerja makcik cleaner yang kerja dekat stesen lrt, shopping complex, tempat-tempat awam and lain-lain lagi tu. Gua syak makcik-makcik cleaner ni minum kacip fatimah herbaponi taj mahal bagi kuat. Uit?

Sapa pernah guna penyapu buat camni konon-konon boleh terbang? Baik mengaku!


Ala, makcik cleaner yang bila kita nak lalu ja, dia pon sibuk la nak cuci lantai, asal dia nak cuci lantai ja, kita pon sebok la nak lalu.

The thing is, kita selalu pandang rendah, remeh, or even tak pandang langsung kat diorang ni. Ya la, makcik cleaner mana pakai high heels 27 inci. Mana bawak handbag Gucci, yang Gucci Jalan Tar mungkin. Padahal hakikatnya, kerja diorang ni penting gila kot. Why? Sebab merekalah yang menyempurnakan sebahagian daripada iman! Huh?

KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Sometimes orang yang kita pandang hina tu, sebenarnya lebih mulia daripada kita. Cuba bayangkan ganjaran yang diorang dapat dengan perkerjaan diorang ni. Fakta yang ramai tidak tahu, dan mengejutkan semua orang,

RAHSIA YANG ANDA TAK TAHU, GAJI CLEANER SEBENARNYA RM4500 SEBULAN! MINIMUM!

Ya marilah berhenti kerja ramai-ramai and jadi cleaner. Nampak sangat menipunya. Kalau wang tu memang la tak sebanyak mana. Tapi ganjaran daripada Tuhan? We're talking about saham akhirat bebeh. Mudahnya begini :

Cuba bayangkan dekat laluan ni ada plastik sampah. Plastik sampah ni kadang-kadang licin and boleh menyebabkan orang jatuh. Jatuh guling-guling boing boing boing. Maka datanglah makcik cleaner sebagai hero beserta senjata penyapunya membuang sampah berkenaan. Dan makcik ni dah memudahkan urusan ramai orang yang melalui jalan berkenaan. Dan mungkin jugak menyelamatkan nyawa orang yang mungkin terjatuh sebab terpijak plastik tu. Tak ka itu pekerjaan yang mulia?

Ekceli, the point is, kita jangan ukur darjat seseorang itu dengan pekerjaannya. Kerja apa pun, kalau halal dan ikhlas, tetap mendapat ganjaran daripada Allah. Luas sangat Allah bagi jalan untuk ke syurga. Niatkan kerana Allah. Kenapa kita masih merungut dengan pekerjaan kita? Lakukan dengan ikhlas. Ianya satu tanggungjawab. Other example,

Baiklah, itu pengajaran yang lagha =_____=

Cikgu, darjatnya hampir sama dengan seorang rasul. Pekerjan yang sangat mulia. Mendidik anak bangsa. Fulamak bersajak pulak aku! Tengok kerja cikgu ni, bukankah ada hadith yang menceritakan bahawa amalan anak adam yang tidak akan putus walaupun dia mati antaranya adalah ilmu yang bermanfaat. Cuba bayangkan, apabila anak muridnya mengamalkan ilmu yang diajarnya, bertambahla pahala dia, then murid dia pulak one day become cikgu, ajar pulak dekat murid dia, and murid kepada murid pula ajar murid kepada murid kepada murid... ok dah stop buat orang pening!

Comel tak Kak Ton? Pang! Caption vangang
Arkitek, kontraktor, ataupun buruh. Orang-orang yang menjayakan sesebuah binaan berdiri. Cuba bayangkan, kalau satu projek pembinaan siap dibina. Masjid contohnya. Dengan jasa kita menjayakan pembianaan masjid tersebut, dengan bilangan jemaah yang tak putus-putus dalam masjid tu, berapalah ganjaran pahala untuk mereka-mereka ni. MashaAllah. Jangan pergi bina kelab malam. Itu dah saham sebelah lain tu.

Dolly dolly kata ahhhh...
Doktor, atau orang utagha panggil doktot, antara insan yang paling disegani dan dihormati lagi ditabik spring toing toing toing! Kerja dia, menyelamatkan nyawa. **Ini bukan iklan nyamuk aedes tu. Apapun, InshaAllah mendapat ganjaran yang banya daripada Allah Ta'ala.


Oh panjangnya entry ni. Bagi mereka yang pekerjaan tidak tersenarai, janganlah kecewa. Cuba lagi di masa depan. Eh? Well, mahu rata punggung ni asyik duduk depan laptop nak list semua pekerjaan ni. Hadoi.

Motif ? Selamat hari Isnin! Bermulanya hari kerja..



P/s : Apsal aku mention makcik cleaner ja? Kesian pakcik-pakcik cleaner. Maaf2..

20 comments:

  1. pekerjaan sya tak tersenarai pon..huwaaa..ini tidak adil tidak adil bagi ku..huhuuu

    ReplyDelete
  2. kerja apa pon di kira ibadah..yang penting halal dan ikhlas kan.. =)

    ReplyDelete
  3. kalau nurse pulak doktot?hehehe..

    ReplyDelete
  4. "Alhamdulillah, terima kasih wat entry pasal makcik" hehehe

    ReplyDelete
  5. sebut pasal ganjaran membina masjid atau surau

    sebenarnya aku dah merasainya. rasa nikmat gila bila apa yang kau usahakan tu orang berpusu-pusu guna.

    even masa dhuha pun mereka menggunakan surau tu.

    aku ingat surau tu terbiar kau.

    walaupun ganjaran tu bkn wang ringgit dan bukan pahala yang aku nampak.

    aku rasa nikmat yang tak terhingga.

    tu susah nak gambarkan

    :)

    ReplyDelete
  6. makcik tu Unsung Heroooo ! hehehehe

    wahh wahhh aku bakal cikgu ni *kembang

    ReplyDelete
  7. Saya salute makcik cleaner. Orang paling rajin atas muka bumi. hee

    ReplyDelete
  8. budak lelaki sngt la malas kalau bertugas sampu sampah , sedangkan tempat diorang la paling kotor...

    ReplyDelete
  9. Md ! pensil ada soalan. apa yang perlu dibuat utk menghargai cleaner2 dekat sekolah? :D

    Kenapa tak da hari cleaner?

    ReplyDelete
  10. tak suka org yg buang sampah merata.sampah tu akan jadi saksi kelak kat akhirat..tp siapalah kita nak ubah manusia? =)

    ReplyDelete
  11. 1+1 = gwiyomi ?? bhahaha.. seriously MD dh terjebak korea =P

    ReplyDelete
  12. betul2x..
    semua sama, takde pekerjaan yang berbeza taraf..
    matlamat hanya satu, mencari rezeki yg halal..

    ReplyDelete
  13. sy setuju sangat2..kt tak boleh pandang hina pekerjaan org yg jawatannya rendah...

    setiap dari kita memberi sumbangan pd negara...:)
    sy suka baca entry nie, awk seorang yg humble..

    ReplyDelete
  14. best baca entry nie..~
    nice sharing n nice entry ! :')
    n nice doodle..

    ReplyDelete
  15. Salam kenal bloggers. Jemput join GA nina yea sis ♥

    ReplyDelete
  16. Eh. Sori. Sis pulak. Bro ler. Hehehe. Ustaz muda kan? Baru jumpa blog ni ;)

    ReplyDelete
  17. hehee ;) kalo yang jdi software engineering lak cm ne tu? takde software, takde la blog ;) hehehee

    ReplyDelete
  18. ohh...diri ini masih belum bekerja...tak tahu nak pilih apa bidang pekerjaan masa hadapan...

    ReplyDelete
  19. wah..bagus2..semua kerja yang baik dan halal semua bagus...

    ReplyDelete