Minions

18 April 2016

Korea Autumn/Winter Trip 2015 Day 6 : Gwanghwamun Square,Gyeongbokgung, Bukchon Hanok Village, Insadong, Jeongdonggil, SeoulPlaza

Assalamualaikum
27th November 2015 | Friday 

Gyeongbokgung lake.

Pernah tak tengok gambaq orang travel oversiaq baru 2-3 hari tapi dah caption "Rindu Sambal Belacan blablabla". Gediks tak? Takda maknanya. Acah-acah perantau tegar ja. Btw in my case, memang  day 6 ni rindu gila-gila kat Malaysia. Bukan rindu makanan ka apa, rindu suhu Malaysia weh! Kuajiaq punya hostel heater bilik macam tak wujud ja. Jadi badak beku dah atas katil tu dengan fully pakai winter coat stokin bagai. Terus rindu Malaysia El Nino tersayang. Ehhhh? Tapi bila dah balik Malaysia rindu balik salji Korea. Haaa nampak tak hati manusia yang tak pernah bersyukur. Gitewww

Teruk gila the next day pukul 10am baru gerak keluaq. Tak boleh tidoq malam satu hal. Baju yang basuh semalam pulak tak kering. Sebagai backpacker sejati, baju dah la ada 2-3 helai ja tak ada spare. Terus ambik hair dryer bising tu kasi gegar satu blok sebab nak keringkan baju. Lol. Sambung misi tour Seoul. Harini pi histeria site pulak? Eh silap. Historical site. Bosan tak bosan? Tak pon sebab titeww minat sejarah. Score kot SPM. Lol riak riak riak! So geraklah kita ke Gwanghwamun Station!

Negatif 5 guys. NEGATIF!

Gwanghwamun Square

Direction :Gwanghwamun Station Exit 9

Datang Gwanghwamun Square ni sebenaqnya nak jumpa my atok. Yup, he lives in Korea. Dah lama tak jumpa beliau. Tak tahulah dia cam MD lagi ka tak. Dah janji nak jumpa beliau kat sini. Excited bebenor iolls.

Tadaaa! Meet my atok. Hahahaha sukahati ja mengaku maharaja Korea atuk sendiri. Kena pancung kang.
Ekceli King Sejong ni la yang cipta tulisan Korea (Hangul). Penat MD belajaq kat internet.
Belakang King Sejong punya statue ni jalan straight ja untuk ke Gyeongbokgung.
Tengok dekat tepi-tepi jalan tu diorang tanam salad dalam pasu? motippp? Bawak thousand island boleh makan terus dekat situ.

Gyeongbokgung

Direction : Walking distance from Gwanghwamun

The main gate Gyeongbokgung. Rege masuk is 3000KRW
Sian tengok guard dia. Keras kaku kejung. Ada pulak geng-geng dok selfie sebelah dia. Mesti guard tu stress takleh buat peace and duckface.
Masa datang tu ada guard changing ceremony. Upacara tukaq shif giteww. Tepat pukul 11am. Plan your time well guys. 
Ni bila dah masuk gate utama tu.
Kalau korang pergi belah kiri ada museum. Tak payah bayar. MD masuk jugak sini untuk panaskan badan and kutip postcard free. Do singgah!
Jom masuk.
Oh kat tepi tu jugak ada kawasan tiang macam ni. Memang posing habis acah-acah hipster. Dengan tiang pon menjadi kan.
So this is the main castle. Ke korang nampak sama ja dengan main gate tadi. Haha
Gua syak malam-malam dia bleh gerak.
The architecture. Banyak similarities dengan China kan. Plus Minangkabau bumbung lengkung. Ekekeke
So ni interior dia. Tempat raja bersembahyang. Eh silap. Bersemayam.
Jalan lagi tengok bangunan-bangunan dia.
Luas weh serioussss.
Nampak ada lorong ja semua gua redah.
Belah belakang-belakang macam kurang grand sikit bangunan dia. Maybe untuk golongan bawahan mungkin? Ni serious stok-stok rumah Juon ni.
And kawasan paling cantik dalam Gyeongbokgung  ni ialah lake dia.
Scenic betul pavilion tengah tasik tu. Hyangwonjeong Pavilion nama dia. Tetiba teringat kedai makanan Jepun Sukiya dekat Pavilion KL tu. Hahaha
What a unique building. Boleh jugak masuk situ but I decided untuk keluaq terus coz time was running out.
Masa nak keluaq tu ada guard changing ceremony lagi. Ni yang pukul 2 punya session kot. Not sure tho.
Dari kiri belakang pusing! Ya sukahati aku ja. Eh btw masa dok tengok ni ada menyembang dengan orang Amerika. She thought I'm American as well. Fuyohh muka intersional dah ceq.

Bukchon Hanok Village

Direction :From Gyeongbokgung entrance take left 245m - Cross road - Left 550m - Right to Samcheongdonggil

Bukchon Hanok Village ni dekat ja dengan Gyeongbokgung tu which is 1.3km. Erk. Jalan kaki through this Samcheongdong road tak terasa jauhnya. Cantik tempat dia.
Wouldn't mind lepaking at this place all day.
Unique. Kedai-kedai dia design bangunan tradisional.

Lunch at Kim Myeong Ja Nakjimadang

Masa dok merayau-rayau ni rasa lapaq gila weh. Tak makan lagi kan. Eleh bila ja tak laqpaq. Ceq sepanjang masa lapaq tambah-tambah musim sejuk ni. Hoho. Anyway, I happened to meet this place kebetulan ja. Usha kedai-kedai area Samcheongdong ni and ada nampak satu kedai jual nakji bokkeum. Nakji bokkeum (sambal sotong) ni memang feveret student Malaysia kat sana. Its really hard to explain the direction so rujuk map bawah.

 Ok yang dekat bawah box putih dengan anak panah tu is the main entrance of Gyeongbokgung. Nakjimadang tu yang dekat atas ditanda dengan pin warna kuning tu. So just follow the route. 
 Ni rupa kedai dia. Ada gambar sotong menyotong kat situ.
Yang mana eh yang dah masuk perut jadi taik dah pon. Haha
So I ordered this Nakji Bokkeum priced 9000KRW. Comes with banchan (side dishes) which are radish kimchi, taugeh, seawed, and telur masak apa ntah. And ofkos nasik
Sambal sotong dia heaven gila! Teringat lagi weh. Berpeluh makan. Dekat  Avenue K ada jugak kedai Korea named B.Bap and served this menu. But the taste. Mehhh
This is the egg i've been talking about. Xtau masak apa. Yang pasti sedap la. Dia masak dalam hotstone pot. 

Bila makan makanan heaven macam ni kompem la bertambah nasiknya. Tapi owner dia tak charge. Beliau siap suruh tolong tulis some words dalam guestbook lagi. Happy kot foreigner masuk kedai dia haha. Anyway lepas dak kenyang-kenyang kembung perut sambung jalan ke Bukchon Hanok Village. Ekceli I didn't refer to my saved map on my phone sangat. Area Samcheongdong ni ada banyak sediakan pamphlet dekat tepi-tepi jalan so I used that map instead. Make sure to pick it up

Let's continue. Ada tangga naik dari belakang kedai-kedai Samcheongdong tadi untuk ke Bukchon ni. 
Stay quiet. Residential area. Ya la tu. Bising ja ceq dok situ. Ada tourist dari satu negara tu bising betul. Tak boleh mention nanti racist.
So this is Bukchon Hanok Village. A traditional village right in the middle of Metropolitan City Seoul. Orang banyak sangat. Susah nak dapat decent picture
Ada banyak lorong-lorong kat sini. I happen to find this lorong without too many people. Baru la tak segan sangat selfie. Hoho. Won't upload it here tho.
Wondering around kawasan kejiranan rumah orang. 
Large door untuk bangsawan and small one untuk kelas bawahan. I'll take the right one walaupun bukan orang ada-ada. Muahahaha
Yellow pin : Bukchon Hanok Village
Orange line at bottom : Anguk Station

Habis jenjalan dekat Bukchon I headed to Anguk Station. Refer to the above map. Ala tak susah pon, just follow the crowd. Tak sesat aih. Papan tanda pon ada.

Insadong

Direction :Anguk Station Exit 6 - Straight 100m - Left 200m

Insadong is reachable by foot from Bukchon walaupun jauh sikit. Haish harini kerja exercise ja. Sebaik perut dah isi sotong kurita tadi terus semangat nak menyotong. Lewl hambarnya. Just keep jalan dan jalan dan jalan. 

Insadong area.
Saw this Uncles Restaurant. Yang ada gambaq sotong tu. Usha dekat blog lain katanya this is an eatable place. Tapi since dah kenyang makan sotong tadi tak berdaya nak singgah.
Tempat yang orang selalu pergi dekat Insadong ni ialah Ssamzeigil mall. Mana?
Ni dia ni.
What's unique about this place.Korang boleh ke tingkat atas sekali without even naik tangga or lift. You just need to pusing satu bangunan ni untuk ke tingkat atas tu.
Apart from being a cute place, tempat ni xdak apa sangat. Barang-barang dia banyak craft. And expensive too.
Sampai tingkat atas sekali. You may buy the plate thing untuk tulis-tulis nama and gantung sini as souvenir. Bajet traveler like me memang tak mampu la nak buat camtu. Plus takdak awek. Selalu orang tulis nama dengan kapel.
Finally something you can eat. Ddung Bbang or shit bread. Kuanghajo main-main dengan makanan eh. Apapon ceq nak 4. Haha. Spend 4000KRW here
Nak acah-acah hipster tapi out of focus pulak. Dah dah jom keluar. P/s : Ekceli ada ja tangga dekat corner bangunan ni. But ofkos semua prefer pusing-pusing bangunan unik ni
Kawasan Insadong ni ada banyaaaak souviners. Tapi not as cheap as Namdaemun. Owner can speak Malay kot. Siap kibar bendera Malaysia lagi haaa. Nampak sangat Malaysian kuat shopping.

After Insadong, dan senja pon berlabuh. Perghh ayat. Singgah jap daiso dekat station Anguk beli hot pack 2000KRW sebab esok nak tour outside Seoul area. Takut beku pulak. Then beli hand moisturizer 1000KRW sebab tangan dah kering berkerak dah. Taknak upload sini takut korang pengsan. Haha. And also shaver 1000KRW sebab dah berjambang kat sini. Perlukah mention? Korean dah la muka bersih baby face. Susah nak blend in dengan jambang ni. Lol. Anyway next I went to Seoul Station. Saja nak usha-usha.

Deoksugung Gate, Jeongdonggil, Seoul Cityhall

Direction : City Hall Station Exit 5

Dekat Seoul Station ni ada Deoksungung. Another major castle other than Gyeongbokgung. Katanya sini lagi cantik. Takpa la lain kali la ceq datang. One is enough. Bukannya boleh kawen dengan anak raja pon kalau melawat semua castle. Giteww. Dekat dalam ni ada Secret Garden kalau tak salah. Mesti lawa kan. 

Deoksugung main gate
So instead of masuk dalam. I'll just walk along the stone wall. Kalau betul-betul musim fall cantik kawasan ni dengan daun-daun luruh. Sekarang semua pokok dah botak. Btw kawasan ni dipanggil Jeongdonggil
Ntah. Tak ada motif pon gambaq ni. Layan ja la
Ke mana tu bang maghrib-maghrib ni?
Almost dark. Let's head back. Kalau ke depan lagi banyak coffee shop. Tapi dah sengkek la.
At Deoksugung Front Gate just cross the street untuk ke Seoul Cityhall. Nothing much to do here. Kalau winter ada ice rink depan ni.


So yeah. That's the wrap of day 6. Historical places not that bad isn't it? Cantik kot. I enjoyed myself so much traveling through time of the past dynasty. Skemanya! Haha.Btw masa balik tu baru pukul 6 camtu kot. Dah gelap dah. Before balik hostel singgah beli nasik instant 2100KRW, banana uyu 1300KRW, and orange juice 2900KRW. Nampak tak banyak habis duit untuk food? Next entry i'll share on how to save on food especially part nasik dengan susu pisang tu. Stay tuned!




-----End of Day 6-----



Total Spend Day 6

  • Gyeongbokgung tix : 3000KRW
  • Nakji Bokkeum at Nakjimadang : 9000KRW
  • 4 dung breads : 4000KRW
  • Hot pack : 2000KRW
  • Hand moisturizer : 1000KRW
  • Shaver : 1000KRW
  • Instant rice : 2100KRW
  • Banana uyu : 1300KRW
  • Orange juice : 2900KRW
Total spend day 6 : 26300KRW

Total spend from previous day(s) :382500KRW
Overall total spend : 407800KRW





Teaser for Day 7


Hogwarts Express anyone?


Enjoyed? Annoyed? Drop a comment below

12 comments:

Nurul Shahira said...

Cantik-cantik bangunan kat situ. Even senibina klasik, tapi masih terjaga cantik, kemas & bersih.

Ana Fatihah said...

Uiiii, takutnyaaa nak makan sotong tu. Besar sangat!

Muhammad Khairuddin Lim said...

Salam,

For booking and reservation, do contact us via;-
1) Whatsapp at +61 402 966 473 or
2) Email reservation@amnahome.com

Hubungi AmnaHome.com atau Amna Home (Face book)

Muhammad Khairuddin Lim said...

Terima kasih kerana lawat blog saya, Telah follow anda juga. Ramainya peminat..

Mazni Munawar said...

bestnya dpt pegi korean village tu!
aduh sedapnya tengok gambar sotong tu, dahla sotong kurita merah yg mahal tu

Mr. Doctor said...

@Nurul ShahiraTrue! Prefer jalan2 tempat macam ni rather than bandar besar..

Mr. Doctor said...

@Ana FatihahHahaha.. Ni bukan yang sotong gerak-gerak lagi masa makan tu.. So its fine.. Sedap!

Mr. Doctor said...

@Muhammad Khairuddin LimThank you tuan untuk details ni.. Dah usha tadi and the price is good! Murah jugak

Mr. Doctor said...

@Muhammad Khairuddin LimHaha peminat apa nya.. blog tuan lagi meletop kot.. Ramai true reader.. Apapun terima kasih jejak sini..

Mr. Doctor said...

@Mazni MunawarKalau mengidam boleh makan dekat Kedai B.bap dekat Avenue K or Nu Central.. Boleh la rasa dia.. Huhu

ct cheery said...

Best...baca pun dah rasa bestnya.. Xyah pegi lah cmni Hahah

dear anies said...

sysuka tmpt2 bersejarah mcm istana tu... otomatik dlm kepala tingat drama2 klasik korea

 

Copyright © 2016 | Designed by Mr Doctor

Best viewed with Google Chrome