Minions

20 April 2016

Korea Autumn/Winter Trip 2015 Day 7 : Gangchon Rail Park, Nami Island, Dongdaemun

Assalamualaikum
28th November 2015 | Saturday 

Nami Island. Highlight of Day 7

That moment when you're so forever alone then tetiba ada kawan sudi temankan jalan-jalan dekat Korea sana. Terharu gila weh. Even a solo traveler akan rasa sunyi ngan bosan gak weh asyik dok sorang-sorang ja. So my 7th day at South Korea was accompanied by long lost schoolmate named Tieqah and her friend, John. Syok weh finally ada orang nak menyembang, ambikkan gambaq, merapu meraban dan seumpanya dengannya.

Gangchon Rail Park

Direction : Gimyujeong Station - Right

Plan for today is Nami Island. Gangchon rail bike was added in the last minute sebab Tieqah teringin nak pi. Pengaruh running man la ni. Pernah tengok episode tu yang diorang naik rail bike atas landasan kereta api lama. Ala-ala paddle car gitu kena kayuh sendiri atas railway tu. Since location dia outskirt town, memang lawa gila view dia. I was like, subhanallah! Gituhhh. Memang outside Seoul betul ni, 2 jam setengah naik subway. Tebakaq pungkoq aih dok ataih seat train yang ada heater tu.


Dalam train tu ada pokcik ni dok juai barang macam selimut la. Gloves la. Tapi maca takdak orang beli sangat. Nak pi beli pon macam segan pastu takdak keperluan. Sobs. Takleh tengok kesiann

Since it was a last minute plan, mistake happens. Kami turun dekat Gangchon Station, dah nama pon Gangchon Rail Bike kan. Rupanya salah weh. Kena turun dekat Gimyujeong. Tengok dalam map dalam 2 station gitu ja. Tapi train dia jarang-jarang sebab dah outskirt kan. So decided untuk naik teksi. Ingat dekat sekali amekau 11800KRW jugak la kena. Tak kesah la janji sampai.

Bila dah sampai tu nak beli tiket dia kata kena tunggu 30 minit lagi baru jalan. Adeh waste time lagi. Pukul 12pm baru boleh start mengayuh. Btw dia ada 2 jenis bikes. 2-seater dengan 4-seater. 2 seater cost 25000KRW per bike while 4-seater cost 35000KRW. Ofkos ambik yang 4 orang tapi share bertiga ja la. Eleh ceq sorang pon dah berat macam 2 orang. Adehhh. So i only paid 13000KRW.

Gimyujeong Station featuring John. Tenung la station tu lama-lama sebab salah tadi.
Betul-betul tepi station tu rail park ni. Masa dalam train tadi salji lebat. Bila keluaq mana pi habih salji tu? Haishhh.
Tak ramai orang sangat kat sini. Rasanya orang depa pon avoid outdoor activities sebab sejuk. Kesian tengok Tieqah ngan John dok pakai gloves heatpack semua. Iolls darah Korean so tak sejuk sangat. Panggg nak menipu pon gak-agak la. Tetiba rasa berguna pulak lemak-lemak plus kulit badak ni. Iolls Gloves pon x pakai. 
Ni waktu departure rail bike tu. Berubah ikut musim. Geram dok cari online tak jupo. So ni ha tempek sebijik!

In the mean time Tieqah dengan John hadiahkan blanket sebab dok mengadu sejuk takleh tidoq kat hostel. Eh kata darah Korean? Shadap uuu. Ya Allah terharu gila. Gomawo chinguya! Ok stop touching-touching jom kita mengayuh! Dah pukul 12 dah. Tengok orang lain berkapel-kapel naik benda ni. Kami lek ja bertiga. Rasa macam ceq ganggu orang date pulak. Dah la orang ketiga bila orang berdate ni syaitan. Aigooo

Starting point dalam khemah-khemah kenduri ni. Dia akan lepas sebijik-sebijik. Next time nak duduk belakang sekali sebab boleh kayuh lembab-lembab menikmati flora fauna. Gitewww
John duduk depan jadi drebar. Kayuh la bawak badak panda dekat belakang.
Nampak sweet couple kat depan tu? Ok kejar dia! kejar dia! Kasi langgar itu kapel!
Sebenaqnya kan. Bila dok mengayuh time winter. Angin sejuk beku tu terjah muka. Perghhh
Kesian pulak John kayuh sorang. Kami kat belakang dok selfie? Adeh miane.
So this is the view along the railway. Lawa kan.

Lepas kayuh dalam 2 km macam tu akan sampai dekat pitstop dia. Rehat jap. Haish geram pulak orang belakang asyik nak rapat ja. Kalau boleh nak kayuh slow-slow bagi santai ja tengok pemandangan tapi bila orang belakang rapat terpaksa la tekan minyak. Huh. But it was fun tho. Siap masuk terowong-terowong yang akan pasang lagu-lagu macam disco dah. gambaq tarak sebab gelap.

Ekceli masa dok mengayuh dalam terowong tu teringat cerita yang baca dekat blog lain. This lady masa dalam terowong tu dia punya rail bike tak boleh gerak. Kayuh sekuat hati pon taknak gerak. Macam ada benda block. Benda apakah? Sampai orang belakang kena tolong tolak. Adoi. Tapi masa kami kat situ ceq diam ja la. Satgi dok berceghita ketaq pulak member. Haha. Alhamdulillah nothing happened.

Ni masa dekat pitstop tu. Bila berhenti tu gigih tau lari cari toilet. Musim sejuk ni pundi kencing longgar sikit. Selesai kat toilet sambung bergambaq.
Ni la kawasa rehat tu. Payung-payung tutup takmau sambut kami ka apa? Ingat kami takdak duit ka? Tapi memang duit dah tak banyak pon. Sobss. Anyway boleh beli kopi ngan snacks makan kat sini.
View kawasan rehat tu.

Masa kat sini beli topokki 3000KRW sebab lapaq sangat. Ingatkan nak makan sambil mengayuh. Rupanya no more sesi mengayuh ya. Semua kena sambung perjalanan naik train. What the? Tak puas lagi mengayuh wehh! Dah la bayaq mahai. Apapon redha ja la. Baca dalam blog lain cakap rail bike tu dalam 7km centu. Not sure kena naik train after pitstop sebab winter ka ataupun memang dia dah ubah sistem centu.

Bahahahaha lawak tengok gambaq ni. Ni masa nak naik train tu. Saja snap gambaq. Semua tengok kamera baqhang. Macam family photo dah. Btw ni gerabak indoor. Semua berhimpit dalam ni sebab ada heater kot.
Kami? Well kami kulit tebai. Dok kat open area. Baru feeling. Choo Choo!
Haaaaaa kapel buat pa tu! Habih sweet la tu pakai coat sama? Haha nampak tak sifat dengki di situ.
Ketaq jugak letak iphone kat monopod terjulur keluaq macam ni. Tapi takpa dapat gambaq lawa. Tieqah makan angin betoi noh hang.
Ni lepas dah sampai. Tu la train yang kami naik. Kena menapak sikit pergi dekat bas untuk bawak ke station Gimyujeong balik. Free ja.
Guess who's tak puas hati with the short ride?

Ok la overall it was fun. Cuma rasa mahai la bila bayaq dekat RM100 (bahagi 3) tapi pendek ja ride dia. Oh well. Let's move on. Nak pi Nami Island pulak. Punya la excited nak pi pulau signature Korea ni. End up tertinggal monopod dengan gloves dalam shuttle bus tu. Careless gila. Sebaik mak takdak kat sini. Tidak kompem kena beletiaq dah. Dah dah jom la pi Nami Island.

Nami Island

Direction : Gapyeong Station - Cross Road - Bus no 33-5 to Nami Island

Just cross the street and tunggu bas kat situ. Ada jadual dia so do check out. Ada wifi sini. Dan lagi upload gambaq. Muahahaha.
Ni la gerbang nak pi Nami Island. Bayaq tix 8000KRW untuk naik ferry return.
Kalau hampa kaya boleh la naik zipline ni. Bergayut ke Nami Island dalam 30 saat centu. Berapa ratus taktau. Tak mampu la iolls.
Ni masa tunggu ferry nak pi Nami tu. Ada orang Arab ni tanya Tieqah dengan John honeymoon ka. Adeh habihtu ceq ni apa? Photograper upahan untuk photoshoot? Eh tak boleh terasa. Ceq muka bangla. Maybe depa taktau kami sebenaqnya bertiga. Lewll
Masa atas ferry nak sampai Nami. Atas ferry pon semu pakat masuk dalam cari haba. Kami dok luaq baru macho.
And the famous Nami Island street. Pokok dah botak alahai.
Nampak tak semua datang dengan couple? Nampak tak? NAMPAK TAK? NAK AWEKKK! Hahahaha
Compulsory shot acah-acah cucak belakang pokok. Dengaq kata kat Bachok Kelantan pon ada view macam ni.
I swear the scenery is much more beautiful than in this photo. Photo don't do just like seriousllyyyyyy.
Annyeong! Depa bela ayam serama kat sini. Ka itik angsa taktau?
Controversial pic of Tieqah and John.
And the forever alone me.
Sini pon ada train gak. Takpala pacik kami dah puas naik tadi.
Makan time! Kami singgah kat Baplex building ni. Ada kedai halal. Wohooo.
Surau pon ada. Semayang dulu la!
Interior Baplex hall.
Boleh dia stack buku buat tiang gitu?

Lunch at Asian Family Restaurant

Direction : Baplex building, center area of Nami Island

Dah dah lapaq kebuloq dah ni. Order Jjajangmyeon 9000KRW. Rasa? Ok ja. But not that wow! I expect since its halal certified letak la daging ka apa. Bayang pon taraak. Banyak kentang ja.
Dekat dalam tu la yang ada kedai makanan halal tu.
Sambung berjalan. John was so attached with those poems. Jarang jumpa orang minat sastera gini.
Trademark Nami Island. I never seen the drama. So macam. Mehhh. Ambik ja la gambaq. Btw kawasan ni selalu ramai orang kot. Bukan senang nak dapat solo shot.
Tasik pon dah berais. Tinggal nak tambah kordial sirap ja. Dap uuuu.
I swear most of the patung dekat sini obscene sangat. Tak proper pon nak letak dalam blog. Mesti ada ja 'benda' yang patung tu nak tayang. Is this what represent their deities? Well kita respect ja la their believe.
It was almost dark. Since jalan-jalan kat Nami Island waktu siang terlalu mainstream meh kita jenjalan time maghrib pulak. Ko hado?
Pretty spooky actually. Sebab orang dah tak ada sangat. Then all you could hear was the traditional music played through the speaker.
Celah lorong mana kami masuk. Rasanya ni chalet. Tapi takdak orang pon.
Tieqah so petite! Is it possible for people to grow smaller? Lol kidding. Jangan marah noh
Tu bendera Malaysia ka dia gantung tu? Who knows.
Dah la jom balik. Belah depan-depan ni baru nampak orang ramai sikit.
Amekau orang berebut nak naik ferry. Tolakkkkk! TolakkkkkkK!

So that's the end of my journey with Tieqah and John. We separated dekat Station Gireum. It was such a memorable day. Chinggu gomawo! So dah forever alone balik. Tapi tak balik terus. Singgah jap kat Station Dongdaemun jalan-jalan. 

Dongdaemun, Doota Mall

Direction : Dongdaemun Station Exit 8

Hahaha memang tak reti penat bila kat oversiaq. Eksaited tu lebih. So masa dekat Dongdaemun tu terjumpa satu local mart. Macam pasaraya mini giteww. Bukan yang franchise like 7E or family mart. Yang ni pasaraya biasa yang kat depan dia ada jual buah-buahan bagai.

Tengok harga banana uyu tu.

Biasa beli dekat 7E satu 1300KRW. Dekat pasaraya ni 3180KRW untuk 4 banana uyu! Murah weh. Sempat sambaq satu paket. Selama ni asyik membazir ja kat convenience store nuh. Beli paket camni baru murah. Bought 2 instant rice for 1800KRW. Ni pon murah. Biasa kat 7E 2100KRW untuk satu! Adehhh banyaknya rugi. And lastly beli serbuk instant ice peach tea 4980KRW. I tell you this peach tea memang super sedap. Festime rasa kat guesthouse jatuh cinta pandang pertama. Terus beli bawak balik.

Ni rupa dia. Gigih iolls google.

Desebabkan iolls perut dinosour. Masa berjalan balik tu sempat menyinggah makan street food oedeng (fish cake) 4 batang 2000KRW. Murah weh! Area dongdaemun ni jual pasaran gelap ka apa murah sangat ni. Maybe sebab area ni bukan major street. Sebabtu murah. Also grabbed 5 fish bread for 1000KRW! What gila murah! Kat Myeongdong mau 1 tu 1000KRW. Tapi sayangnya tak sempat ambik gambaq sebab gelojoh sangat. Lol sorrrrrehh.


Doota mall

Final destination was Doota Mall. Bukak sampai 5 pagi. Naik pusing-pusing huahhh menguap bosan. Iolls bukan kaki shopping. Ada jugak kedai souvenir yang boleh cakap melayu. In fact ada many malay tourists kat situ tapi semua kekwat takmau senyum-senyum ngan titeww. Ahh whatever. Tak beli apa pon sebab price still higher than Namdaemun. Since my hostel pon tak jauh, melenggang kangkung la balik. Sampai bilik main whatsapp ngan istagram sat then terus kroihhhh.


-----End of Day 7-----






Total Spend Day 7


  • Taxi Gangchon - Gimyujeong : 11800KRW
  • Gangchon rail bike (Share with 3) : 13000KRW
  • Topokki : 3000KRW
  • Nami Island tix : 8000KRW
  • Jjajangmyeon : 9000KRW
  • 4 banana uyu : 3180KRW
  • 2 instant rice : 1800KRW
  • Peach tea : 4980KRW
  • 4 Oedeng : 2000KRW
  • 5 fish bread : 1000KRW
Total spend day 7 : 57760KRW

Total spend from previous day(s) :407800KRW
Overall total spend : 465560KRW





Teaser for Day 8

Any Kpop fans here?

Enjoyed? Annoyed? Drop a comment below

9 comments:

NADIA vs BERON said...

Hahaha best gila ikut travelog hang sbb hang kelakar so cerita tu hidup. Dari tkde keinginan nk pergi korea rs nk pergi terus. Nnt bgtau bajet kasar keseluruhan termasuk duit masuk toilet. Lol

I'm not a fan of kpop. I'm a fan of fan. Okay okay ceq chow dulu

Siti Nurzafirah said...

haah.. tolong jadi photograhpher for John and Tieqa.. hehehe

Adeh ! nasib baik tak tertinggal Ipong dalam train tu.. kalau tak, menari-nari orang yang jumpa tu.. heee

N-S said...

nasib baik tak tertinggal henset dalam bas mau qeyau jugak la

nohas said...

rasa nak repeat korea pulak...byk tempat tak pergi..
awat ada panda..hihi..

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

seronok nya....! cantik sgt Nami island. =) Teringin nk ke korea. Insyaallah satu hari nanti =)

SarahFJ said...

Came here to visit! Cantik view dekat rail tuh. Haha aah kan bila sekali sekala boleh berborak dan ada geng untuk accompany memang best. Takdelah layan solo memanjang hehe.

Laaa jauh jugak ya beza harga kedai kombini dengan runcit biasa. Tak sempat nak usha kedai2 biasa. Nasi, susu, telur, buah beli kat kombini je memang mahal

ct cheery said...

Cari awek Sana lah dah alang2 Kat Sana...t bwk balik Malaysia yeh hehe

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

dah baca dari first day punya entry tp entry ni baru nak komen..hiks.. nami island.. ahhh

dear anies said...

tgk tmpt n train tu trs tingat running man....sy mmg gelak sakan ms tgk episode tu hahahahaha tgh taip ni pun sy dok sengih sorg2 kalu da smpi sn agk nyer da terguling2 dok gelak je

 

Copyright © 2016 | Designed by Mr Doctor

Best viewed with Google Chrome