Assalamualaikum
27th November 2015 | Friday
Pernah tak tengok gambaq orang travel oversiaq baru 2-3 hari tapi dah caption "Rindu Sambal Belacan blablabla". Gediks tak? Takda maknanya. Acah-acah perantau tegar ja. Btw in my case, memang day 6 ni rindu gila-gila kat Malaysia. Bukan rindu makanan ka apa, rindu suhu Malaysia weh! Kuajiaq punya hostel heater bilik macam tak wujud ja. Jadi badak beku dah atas katil tu dengan fully pakai winter coat stokin bagai. Terus rindu Malaysia El Nino tersayang. Ehhhh? Tapi bila dah balik Malaysia rindu balik salji Korea. Haaa nampak tak hati manusia yang tak pernah bersyukur. Gitewww
Teruk gila the next day pukul 10am baru gerak keluaq. Tak boleh tidoq malam satu hal. Baju yang basuh semalam pulak tak kering. Sebagai backpacker sejati, baju dah la ada 2-3 helai ja tak ada spare. Terus ambik hair dryer bising tu kasi gegar satu blok sebab nak keringkan baju. Lol. Sambung misi tour Seoul. Harini pi histeria site pulak? Eh silap. Historical site. Bosan tak bosan? Tak pon sebab titeww minat sejarah. Score kot SPM. Lol riak riak riak! So geraklah kita ke Gwanghwamun Station!
Negatif 5 guys. NEGATIF!
Gwanghwamun Square
Direction :Gwanghwamun Station Exit 9
Datang Gwanghwamun Square ni sebenaqnya nak jumpa my atok. Yup, he lives in Korea. Dah lama tak jumpa beliau. Tak tahulah dia cam MD lagi ka tak. Dah janji nak jumpa beliau kat sini. Excited bebenor iolls.
Gyeongbokgung
Direction : Walking distance from Gwanghwamun
Oh kat tepi tu jugak ada kawasan tiang macam ni. Memang posing habis acah-acah hipster. Dengan tiang pon menjadi kan.
So this is the main castle. Ke korang nampak sama ja dengan main gate tadi. Haha
Ni interior dia. Tempat raja bersembahyang. Eh silap. Bersemayam.
Scenic betul pavilion tengah tasik tu. Hyangwonjeong Pavilion nama dia. Tetiba teringat kedai makanan Jepun Sukiya dekat Pavilion KL tu. Hahaha
Bukchon Hanok Village
Direction :From Gyeongbokgung entrance take left 245m - Cross road - Left 550m - Right to Samcheongdonggil
Lunch at Kim Myeong Ja Nakjimadang
Masa dok merayau-rayau ni rasa lapaq gila weh. Tak makan lagi kan. Eleh bila ja tak laqpaq. Ceq sepanjang masa lapaq tambah-tambah musim sejuk ni. Hoho. Anyway, I happened to meet this place kebetulan ja. Usha kedai-kedai area Samcheongdong ni and ada nampak satu kedai jual nakji bokkeum. Nakji bokkeum (sambal sotong) ni memang feveret student Malaysia kat sana. Its really hard to explain the direction so rujuk map bawah.

Ok yang dekat bawah box putih dengan anak panah tu is the main entrance of Gyeongbokgung. Nakjimadang tu yang dekat atas ditanda dengan pin warna kuning tu. So just follow the route.
I ordered this Nakji Bokkeum priced 9000KRW. Comes with banchan (side dishes) which are radish kimchi, taugeh, seawed, and telur masak apa ntah. And ofkos nasik
Bila makan makanan heaven macam ni kompem la bertambah nasiknya. Tapi owner dia tak charge. Beliau siap suruh tolong tulis some words dalam guestbook lagi. Happy kot foreigner masuk kedai dia haha. Anyway lepas dak kenyang-kenyang kembung perut sambung jalan ke Bukchon Hanok Village. Ekceli I didn't refer to my saved map on my phone sangat. Area Samcheongdong ni ada banyak sediakan pamphlet dekat tepi-tepi jalan so I used that map instead. Make sure to pick it up
So this is Bukchon Hanok Village. A traditional village right in the middle of Metropolitan City Seoul. Orang banyak sangat. Susah nak dapat decent picture
Yellow pin : Bukchon Hanok Village
Orange line at bottom : Anguk Station
Habis jenjalan dekat Bukchon I headed to Anguk Station. Refer to the above map. Ala tak susah pon, just follow the crowd. Tak sesat aih. Papan tanda pon ada.
Insadong
Direction :Anguk Station Exit 6 - Straight 100m - Left 200m
Insadong is reachable by foot from Bukchon walaupun jauh sikit. Haish harini kerja exercise ja. Sebaik perut dah isi sotong kurita tadi terus semangat nak menyotong. Lewl hambarnya. Just keep jalan dan jalan dan jalan.
Saw this Uncles Restaurant. Yang ada gambaq sotong tu. Usha dekat blog lain katanya this is an eatable place. Tapi since dah kenyang makan sotong tadi tak berdaya nak singgah.
Ni dia ni.
After Insadong, dan senja pon berlabuh. Perghh ayat. Singgah jap daiso dekat station Anguk beli hot pack 2000KRW sebab esok nak tour outside Seoul area. Takut beku pulak. Then beli hand moisturizer 1000KRW sebab tangan dah kering berkerak dah. Taknak upload sini takut korang pengsan. Haha. And also shaver 1000KRW sebab dah berjambang kat sini. Perlukah mention? Korean dah la muka bersih baby face. Susah nak blend in dengan jambang ni. Lol. Anyway next I went to Seoul Station. Saja nak usha-usha.
Deoksugung Gate, Jeongdonggil, Seoul Cityhall
Direction : City Hall Station Exit 5
Dekat Seoul Station ni ada Deoksungung. Another major castle other than Gyeongbokgung. Katanya sini lagi cantik. Takpa la lain kali la ceq datang. One is enough. Bukannya boleh kawen dengan anak raja pon kalau melawat semua castle. Giteww. Dekat dalam ni ada Secret Garden kalau tak salah. Mesti lawa kan.
So instead of masuk dalam. I'll just walk along the stone wall. Kalau betul-betul musim fall cantik kawasan ni dengan daun-daun luruh. Sekarang semua pokok dah botak. Btw kawasan ni dipanggil Jeongdonggil
Ke mana tu bang maghrib-maghrib ni?
At Deoksugung Front Gate just cross the street untuk ke Seoul Cityhall. Nothing much to do here. Kalau winter ada ice rink depan ni.
So yeah. That's the wrap of day 6. Historical places not that bad isn't it? Cantik kot. I enjoyed myself so much traveling through time of the past dynasty. Skemanya! Haha.Btw masa balik tu baru pukul 6 camtu kot. Dah gelap dah. Before balik hostel singgah beli nasik instant 2100KRW, banana uyu 1300KRW, and orange juice 2900KRW. Nampak tak banyak habis duit untuk food? Next entry i'll share on how to save on food especially part nasik dengan susu pisang tu. Stay tuned!
Total Spend Day 6
-----End of Day 6-----
Total Spend Day 6
- Gyeongbokgung tix : 3000KRW
- Nakji Bokkeum at Nakjimadang : 9000KRW
- 4 dung breads : 4000KRW
- Hot pack : 2000KRW
- Hand moisturizer : 1000KRW
- Shaver : 1000KRW
- Instant rice : 2100KRW
- Banana uyu : 1300KRW
- Orange juice : 2900KRW
Total spend day 6 : 26300KRW
Total spend from previous day(s) :382500KRW
Overall total spend : 407800KRW
Teaser for Day 7

Cantik-cantik bangunan kat situ. Even senibina klasik, tapi masih terjaga cantik, kemas & bersih.
ReplyDeleteUiiii, takutnyaaa nak makan sotong tu. Besar sangat!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteFor booking and reservation, do contact us via;-
1) Whatsapp at +61 402 966 473 or
2) Email reservation@amnahome.com
Hubungi AmnaHome.com atau Amna Home (Face book)
Terima kasih kerana lawat blog saya, Telah follow anda juga. Ramainya peminat..
ReplyDeletebestnya dpt pegi korean village tu!
ReplyDeleteaduh sedapnya tengok gambar sotong tu, dahla sotong kurita merah yg mahal tu
@Nurul ShahiraTrue! Prefer jalan2 tempat macam ni rather than bandar besar..
ReplyDelete@Ana FatihahHahaha.. Ni bukan yang sotong gerak-gerak lagi masa makan tu.. So its fine.. Sedap!
ReplyDelete@Muhammad Khairuddin LimThank you tuan untuk details ni.. Dah usha tadi and the price is good! Murah jugak
ReplyDelete@Muhammad Khairuddin LimHaha peminat apa nya.. blog tuan lagi meletop kot.. Ramai true reader.. Apapun terima kasih jejak sini..
ReplyDelete@Mazni MunawarKalau mengidam boleh makan dekat Kedai B.bap dekat Avenue K or Nu Central.. Boleh la rasa dia.. Huhu
ReplyDeleteBest...baca pun dah rasa bestnya.. Xyah pegi lah cmni Hahah
ReplyDeleteHaish mana boleh.. kena pergi jugak.. huhu
Deletesysuka tmpt2 bersejarah mcm istana tu... otomatik dlm kepala tingat drama2 klasik korea
ReplyDeleteKannnnn.. especially tengok geng2 perempuan pakai hanbok jalan dalam istana tu.. kalau iolls pakai sorang2 nanti org ingat org gila.. huhu
Deleteuntuk banana uyu & nasi tu, Tips from another blog yang saya baca, kalau nk murah, beli dekat kedai2 yang biasa dan bukan convenient store.. I dont know yet, but will try beli dekat kedai biasa once arrive there this Nov. Insyallh.
ReplyDeleteYup that's true!
Delete