Minions

15 April 2016

Korea Autumn/Winter Trip 2015 Day 5 : Seoul, Ihwa Mural Village, Naksan Park, Myeongdong, Dongdaemun Design Plaza

Assalamualaikum
26th November 2015 | Thursday 

Its Seoul time!

I'm back untuk merepek merapu meraban lagi on my experience in South Korea day 5! Masuk harini it has been 145 days since the day I stepped on the Korea Territory. Ha nampak tak betapa obsessnya sampai kira day passed tu. Kalah orang couple dok kira couple since blablabla tu. Tak boleh move on lagi weh! Rindu Korea tu kalah rindu awek. Eh pernah ka ada awek? OK hantuk kepala dekat dinding.

So pagi day 5 tu lepas bungkus-bungkus curi roti dekat dapur guesthouse (eh?), I asked the receptionist untuk call teksi ke airport. 5 minit ja terus sampai and I'm ready to leave Jeju Island. Taxi cost KRW6300 tho. That guesthouse staff siap hantar sampai ke pintu lg. Awww sho shweet. Ntah-ntah lepas keluar tu terus dia melompat happy makhluk gemuk pelahap makanan free kat kitchen diorang dah balik. Lewl. Apapun Rainbow in Jeju seriously deserves 5 stars and highly recommended. 

Departure To Seoul

Nak cerita tak bahagian stewerdess cantik dalam Jeju Air cute cun melecun? Ah skip lah. Huhu. 10.40 pagi sampailah beta ke bumi Seoul gee gee gee baby baby. Eh silap. Gimpo dulu. Belum Seoul lagi. Sampai Gimpo Airport main phone guna free wifi jap then baru gerak. Ni lah akibatnya travel solo. Ikut suka hati ja nak buat apa pon. Later I just follow the signboard and ambik train ke Dongdaemun History & Culture Park Station untuk ke Dongdaemun Hostel.

Macam biasa kalau jumpa benda ni menonggek watlek watpeace tunggu sampai hujung.
Jenuh nak masuk bawah tanah nak cari train.
Dengaq kata rating dah teruk kat Korea sampai dah nak cancel show ni. Really? Not a big fan tho.

Keluaq ja dari station homaigod sejuk gilos Seoul brrrrrrr. 0 degree kalau tak silap time tu. Apapon 12.20pm sampai hostel and receptionist takdak pulekkkk. Ni pon sama jugak spesis dengan Kkodak Kkodak Guesthouse ni owner tinggal centu ja receptionist kosong. Eh tapi takleh la marah sebab check in pukul 2 sebenaqnya. Hoho. K tak boleh buang masa. Ceq tinggai ja beg tepi receptionist tu and gerak to my first destination dekat Seoul, Ihwa Park Mural Village and Naksan Park.

Ihwa Mural Village

Direction :Hyehwa Station Exit 2 (refer HERE)

Both Ihwa Mural Village and Naksan Park located in the same area which is Hyehwa. It's basically a living area with lotsa pretty mural macam dekat Gamcheon Culture Village Busan. And dekat puncak dia pulak is where Naksan Park located. Oh talking about puncak, ofkos la tempat ni dekat hilly area. Komfem menonggek panjat bukit lagi ni. Sigh. 


Keluar Exit tu akan jumpa Uni macam ni. Jelous betul la tengok Uni diorang. Baru la fefeeling nak langgar orang buku jatuh bersepah and terus jatuh cinta. Gituhhh
Kena jalan dekat belakang-belakang area Uni tu untuk ke Ihwa Mural Village ni. Kalau jumpa kucing jantan kurang sopan ni korang on the right track.
The map. Apparently diorang suruh budak tadika ja lukis.
Macam biasa kalau dah Korea tu, memang kena mendaki. Menangis lemak-lemak dekat badan ni terseksa zahir dan batin

Btw masa dekat sini, ada nampak macam buih sabun basuh kereta tu jatuh dari langit. Hahaha serious la weh. Kadang-kadang macam kelemumur pon ada. Rupanya tu la snow shower. The first snow shower in my life. Ni lagi satu masalah. Ekceli masa tu MD pakai baju nipis ja. Ingatkan cuaca lebih kurang Jeju ja belas-belas darjah celcius. Sekali hah amekau. Menggeletaq weh. Even lari sekejap masuk tandas awam mencari kehangatan cinta di bumi Sonata. K mereng lagi. Dalam toilet hangat sikit ada heater. And cuba jugak ambik gambaq salji tu tapi tak nampak. Sedih haku. Nak cerita pon nanti orang tak percaya. Haha

Along the street akan jumpa patung-patung macam ni. Adakah ini seni?
Katanya dekat sini Lee Seunggi pernah berlakon drama apa ntah. Ah kesah pulak gue. Gue minat Yoona awek dia ja. Tu pon dah clash muahahahaha
Sudah-sudah la tu dengan arca merapu ni. Aku buta seni. Lol
Kalau tengok dekat gambaq orang lain, cantik sangat diorang ambik gambaq arca-arca ni. Gambaq MD? Nan hado ja.
Suka tengok pokok-pokok autumn dia.
Finally you'll see buildings. Akan jumpa kedai-kedai cumils macam ni.
Dilarang korek hidung. Ehhh? Dilarang membuat bising. Sini kawasan kediaman ya tuan-tuan.
The signature stairs. Penuh orang dok bergambar dekat sini. Biasa jewww. 
Guys this is dinding bangunan. Sampai gitu sekali diorang conteng.

Seriously, lepas usha blog-blog lain pasal Ihwa Mural Village ni, I was shocked kenapa MD tak jumpa those beautiful mural. Rasanya sebab tak tengok maps betul-betul ni. So guys. Don't judge this place by my blog only. Ah one more thing, i'm kinda annoyed masa tu sebab orang ramai sangat and bising betul. So I just keep walking naik bukit tu without masuk lorong-lorong yang ada kiri kanan. I guess that's where those beautiful murals are hidden. Alah tetiba menyesal.

Anyway dekat area atas bukit tu ada a lot of cute buildings. So do walk here.
Tak tahu ni bangunan apa tapi cantik! I wouldn't mind living here. Eh tapi atas bukit la pulak. Kalau ada kenderaan OK la. Lagi menarik kalau ada kereta kuda acah-acah prince giteww. Mati semput kuda tu nak tarik ceq.
Tengoklah backyard dia. Kalau dekat kampung ni mesti jadi port lepak makcik-makcik bergossip sambil menyicah buah pelam.

Naksan Park

Direction :Keep on climbing the hill until see the Seoul wall. Walk along the wall towards the peak.

Bila dah mendaki tu you'll end up jumpa a road. Eh tak habis lagi tau mendaki. Just walk along the road panjat dan panjat lagi sampai jumpa Naksan Park.

Tembok besar China. No lah its Seoul wall. So dekat atas bukit tu nanti la akan jumpa Naksan Park.
This is how the peak looks like.

Dan masalah datang lagi. Iphone tetiba stuck! Mungkin effect cuaca? Dia boleh on tapi langsung tak boleh detect jari. BTW, masa tu memang my fingers pon dah keras kejung jugak la sebab snowing but tak pakai gloves. Tak tahu tak detect sebab masalah phone tu sendiri ka atau my jari yang memang keras. Jenuh jugak dok tiup tangan tu kasi panas. Adeh. Nasib baik ada kamera Xiaomi tu backup. Tapi tak boleh tengok la gambaq yang diambik tu sebab xdak screen. Adoi. So main shoot ja. Banyak yang nampak jari masa shoot. Redha ja.

Random shoot. Naksan Park punya signboard.
Cantik kawasan dia. Ni antara shoot yang tak nampak jari yang decent untuk diupload.
Tak tahu jalan tu lead ke mana. Since phone tak boleh access, I decided to patah balik.

After that MD pon balik Dongdaemun Design Plaza (DPP) untuk check in hostel. Nasib baik kali ni receptionist Dongdaemun Hostel tu dah ada. Jumlah yang dibayar KRW107500 untuk 5 nights extra small single room. OK la jangan nak demand sangat nak tuala bentuk angsa bagai dekat hujung katil ala hotel 5 stars tu. Masuk bilik main tekan-tekan phone tu sampai la finally berjaya restart. Adoi menggelabah betul. Menyesal tak bawak DSLR and depend 100% to phone. 

Myeongdong

Direction :Myeongdong Station Exit 4

Lepas phone pon dah boleh hidup, rehat pon sudah, let's continue. Pukul 5.30pm MD keluaq balik ke Myeongdong! Heart of Seoul. One of the busiest area in Seoul sebab tempat shopping kan. Usually tourist prefer stay area ni sebab since malam-malam boleh jalan-jalan. I'd stay here during 2014 trip so sekarang try la tempat lain pulak kan. 

-1 degree guyssssss.
Girls this is your syurga shopping! Guys nganga ja la. Haha kidding. Food hunting lah uolls!
Makcik bertudung spotted! Hai Malaysian! Eh kekwat eh kau tak senyum balik. Oh lupa. My face macam Bangladeshi.
This picture kinda dark. If you look closely. Ada maskot kucing kat kiri tu. Approach dia kalau korang berminat nak ke cat cafe. Ada kucing rebus kucing panggang. Eh yekkkkkkk. You guys know kan what cat cafe really is. Minum kopi sambil main dengan kucing.
Katanya tempat ni berpuaka. Girls kalau masuk tak jumpa dah jalan keluar.
Yang ni ceq suka. Daiso! Barang dia lagi banyak and comels dari Malaysia.
Bought 2 pieces of this egg bread for 4000KRW. Sebutan dia dalam Korean is Gyeranbbang. Eh korang fokus tak ni? Ka dok usha muka oppa tu ja?

Dinner at Chungmu Kimbap

Direction :From Exit 8 Myeongdong - Straight 10m - Left 280m - Chungmu Kimbab is on left side (No English Signboard)

Untuk dinner MD pilih Chungmu Kimbap ni. Dekat Myeondong, many Malaysian tourist suka makan dekat Yoogane. Since I already tried that one masa previous visit, kali ni tak try yang lain pulak. Menu dia pon ada satu which is kimbap kosong makan dengan sambal sotong, kimchi radish plus sup kosong. Pedas. Ceq suka! Price 7000KRW

Please alert the kedai kecik warna kuning ni. I guess ni pintu belakang dia.
Tu nampak ahjumma tu dok tunggu ja kastemer. Bila kastemer masuk sepantas kilat dia serve.  
Bila masuk dalam luas lagi rupanya. Not your typical hipster cafe.
After that MD singgah Seoul Global Culture & Tourism
Datang sesaja nak lepak pon boleh. Ada WIFI! Tengok geng korean ni pon dok melepak gak.
Lots of brochure, pamphlets, coupons you could choose.
Try hanbok for free. Since I'm alone and gemuk susah la nak try. Sobssss
Also locker service in case korang nak simpan barang.
Sebelum balik singgah sat beli stoberi ni. 9000KRW per pack. Masa first lalu tu dia jual 10000KRW. Rasanya makin lewat makin dia kurangkan harga.
Kpop shop area Myeongdong. Rasa macam nak rembat ja bawak balik satu rak tu. Guess what? Ramai ya anak-anak gadis Malaysian spotted kat sini.

Dongdaemun Design Plaza

Direction :Dongdaemun History & Culture Park Station Exit 1

Sebelum balik singgah jap Dongdaemun Design Plaza tu. Style jugak. Dekat ja dengan hostel.
Seriously macam kapal angkasa alien ja tengok. Cue lagu alien datang menakluki bumi. demi koko yang dicari-cari
Alah ni yang menyampah tengok semua orang jalan kapel2 ni. Ceq solo hoi janganla sweet sangat.
Jalan naik sikit dekat area tu.
Tada!!! You will meet thousands of LED roses.
Banyak gila wehhhh. Kalau ambik gambaq guna DSLR kompem cun!

Lepas pusing-pusing DDP tu I decided to call it a day. Fewww. Ekceli Dongdaemun area tak mati waktu malam. Some stall even buka sampai 5 pagi. Shopaholic memang suka lah kan. MD prefer qiamullail time tu. Hahhh camtuhhhhh. Since I have few more days here soooo. Tidoqlah! Huhu


Before that let me introduce you to the sweetest most delicious strawberries ever! Gemuk-gemuk buah dia. I swear its the best stoberi i ever tasted. Do hunt for this if you go to Korea.


-----End of Day 5-----




Total Spend Day 5 :

  • Taxi Rainbow Guesthouse - Airport : 6300KRW
  • Dongdaemun Hostel 5 Nights : 107500KRW
  • 2 Egg breads : 4000KRW
  • Chungmu Kimbap : 7000KRW
  • 1 pack strawberries : 9000KRW
Total spend day 5 : 133800KRW

Total spend from previous day(s) : 247700KRW
Overall total spend : 381500KRW




Teaser for day 6




Enjoyed? Annoyed? Drop a comment below

1 comments:

ct cheery said...

Opa hensem oiii..haha..tergoda ngan stoberi..uwaaaa

 

Copyright © 2016 | Designed by Mr Doctor

Best viewed with Google Chrome