Facebookers Respond to Tsunami

13 April 2012

Assalamualaikum


Tak payah la intro segala bagai cerita pasal semalam yang kita semua digemparkan pasal amaran Tsunami tu. Bukak ja pesbuk, pergh! 99 peratus post pasal ni, mintak diselamatkan daripada bencana besar yang diramalkan akan berlaku tu. Tapi, ramalan manusia tak semestinya betul kan.

Namun selain daripada doa-doa mintak kita semua aman sejahtera, ada jugak manusia yang berkata begini :

Tsunami nak kena Acheh? Ha padan la muka diorang, maksiat sana sini. Ni la balasan Tuhan untuk mereka
Astaghfirullahala'zim. Ada jugak manusia berfikiran macam ni. Memang bagus kita ambil semua ni sebagai petanda dan amaran Tuhan atas kelalaian kita dalam mengerjakan suruhan-Nya. Tapi perlukah kita doakan mereka agar ditimpa bencana sebegitu? Siapakah kita?

Cuba korang kaji peta elok-elok, kasi bukak sikit minda tu..


Cuba tengok betul-betul, tengok lokasi gempa bumi tersebut. Kenapa Malaysia lebih selamat daripada ancaman Tsunami berbanding Indonesia? Ya, kerana tanah Indonesialah yang menjadi benteng kepada kita daripada bencana tersebut. Ingat kisah Tsunami 2004? Cuba bandingkan berapa banyak Indonesian dan Malaysian yang terkorban. Masih lagi mahu mengeji mereka?

Walaubagaimanapun, saya sebagai rakyat Malaysia, tersangatlah bangga walaupun Indonesia membenci Malaysia, walaupun kedutaan Malaysia di sana dilempar dengan najis, walaupun pasukan bola sepak negara kita terpaksa menaiki kereta kebal kerana bimbangkan keselamatan ketika di sana, kita rakyat Malaysia, masih mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka. Allahuakbar. Tabik spring untuk penduduk Malaysia!


Harini hanya mampu menggeleng-geleng kepala tengok status facebook. Kelmarin punya la insaf, post dan share segala doa yang ada, sembang kemas nak kembali ingat Allah. Tapi sekarang? Memandangkan amaran Tsunami ditarik balik, segala keinsafan tadi pun kena rentap sama. Everything back to normal. Ikut balik nafsu dan syaitan. 

Kelmarin 
"Ya Allah, ampunilah dosaku ini, selamatkanlah diriku, keluarga, dan sahabat handai daripada bancana ini". 

Harini 
"Yunk jom gi tengok Battleship, membew ittew cakap best gileww''

Ingatlah, amaran Tsunami memang boleh ditarik balik, Amaran Allah? Akan kekal hingga kiamat. 

"Tidaklah bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gementar kerana takut Allah melihatnya" - Kaab bin Malik RA 

15 comments:

  1. ^^,,, nice entry ..
    moga2 kita sentiasa bertaqwa kpd Allah .. terkdg lupa gak kita ni,, ngee~~

    ReplyDelete
  2. ahahaha..betul2..sy igt kawan2 sy je..tp kawan2 doktor m pon sama..

    ReplyDelete
  3. Thanx kerana mengingatkan gua. Huu~ T.T

    ReplyDelete
  4. tau xpe..time bencana, semua pakat post status insaf2, padahal kalau berdoa senyap2 lagi bagus..

    manusia, semua mahu tunjuk baik

    ^__^

    ReplyDelete
  5. we pray the best for them. no matter how much they hate malaysia and also malaysians. but we are still brothers and sisters :)

    ReplyDelete
  6. manusia akhir zaman Ncik Doktor... aieh, insaf kat diri aku jugak

    ReplyDelete
  7. tu,lahh.. manusia2. tapi takut jugak kalau kena kat malaysia..

    ReplyDelete
  8. Ironi. dan aku juga salah sorang la tu. hee. :))

    ReplyDelete
  9. betul tue...nice entry Mr Doctor Cinta...tambah sikit hihihi

    ReplyDelete
  10. yup.. betul tu..

    p/s :: nak request anime pic jga ke.. kena bgitau favorite kaler skali.. inshaAllah, hana buatkan :)

    ReplyDelete
  11. Fisha sokong semua statement MD. Bila dah kena baru nak insaf.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum dan salam sejahtera..
    senang hati lepak kat sini...byk informasi dpt.........urm..saya ada sesuatu yang mampu mengubah hidup anda.
    anda mampu menjana pendapatan lebih dr biasa...hanya 3 bulan pertama anda boleh dpt RM30 000. dan terus meningkat...anda boleh lakukan walaupun anda seorang pelajar, suri rumah,atau yang sudah bekerja....jika anda berminat, sila hubungi iesya: 0126025279.

    ReplyDelete
  13. insaf kejap, buat balik.
    sifat manusia. manusia mudah lupa. kata Dr M. eh? ye ke dia kata camtu? :D

    ReplyDelete
  14. betul la kan. kalo x de tanah indon kat situ...errr...Malaysia...xtau pe jd...huhuhuuu

    ReplyDelete
  15. ada-ada saja bencana,,ingat bumi dah tua

    ReplyDelete