Travelog Haji 2017 | Pengalaman Menunaikan Haji Di Usia 20-an

13 June 2018

Assalamualaikum

"Untungnya muda-muda dah pergi Haji"

Dari Malaysia sampaila ke Tanah Suci, selalu sangat dengaq ayat ni. Hakikatnya, takut sebenarnya. Kenapa takut?

Takut kalau persiapan diri tak cukup.
Takut kalau iman tak kuat.
Takut kalau hati tak sabar.
Takut kalau asyik teringat urusan dunia.
Takut kalau dosa yang ada tak tertanggung.
Takut kalau kalau beribadah tak ikhlas.
Takut kalau tak mendapat haji yang mabrur.
Takut kalau di sana sibuk nak berfacebook dan instagram...

Tapi kan, Allah tu Maha Penyayang. Dia hadirkan 3 orang adik-beradik, 2 orang abang ipar, dan seorang ibu saudara untuk sama-sama berjuang dekat Tanah suci. Dramatik kan ayat? Macam telenovela dah. Hahaha. Mula-mula mak telefon cakap surat tawaran Tabung Haji dah sampai, risau sangat hati ni sampai ingat nak tolak pon ada. Ketaq weh. Tapi bila teringat balik semua yang akan teman perjalanan dekat sana nanti, nekad jugak nak pergi. Kalau tolak kalini, tak tau bila pulak nak boleh dapat kan?

Ya, family kami semua molat molat

Kalau nak cerita semua dari A-Z, bukan setakat blog, tulis novel tebal kamus dewan bahasa pustaka pon belum tentu cukup. Cuma kalau novel mesti acah-acah jumpa bakal zaujah berpurdah masa berdoa dekat Jabal Rahmah tapi apakan daya diri ni tak laku haha. Ish apa dok merapu ni fokus! Anyway, dekat post ni just cerita pasal highlights ja masa dekat sana. Ala-ala sesi Questions and Answers gitewww. Kalau nak cerita pengalaman 40 hari macam banyak sangat. Dan prosedur semua tu tak payah la kan. Blog lain dah banyak cerita dengan detail.


Berapa umur ni? Muda sangat ni ambik pakej ka?

Ketahuilah anda pakej haji kalau swasta RM40000 hoi. Mana nak korek duit? So pergi ni memang bawah Tabung Haji. Itu pon mak dengan abah yang simpankan dari kecik. Umur? Well, masih di awal 20-an. Muda segak bergaya anak teruna berhias lagi. Tudia perasan level apa dah tu. Apapon Alhamdulillah rezeki dapat awal. Akaun TH dibukak masa tahun 2007. Sepuluh tahun kemudian giliran pon sampai. Jodoh bila ntah nak sampai. Eh?

Pasangan Arab tengah berkelah dekat tingkat atas Masjidil Haram lepas hujan. Relationship goal tak?


Apa perasaan dapat pergi Haji muda-muda

Macam yang dah tulis dekat atas. Takut tu macam first time nak pi jumpa pak mentua! Ok kahwin pon belum memandai ja. Tapi ni nak pi jadi tetamu Allah, lagilah takut. Orang cakap, muda-muda ni untung. Tenaga kuat. Yes and no. To be fair, saya obes dengan berat 100 lebih (Ehem) dan jugak ada gout. Tapi Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik dekat sana. Bagi saya, orang tua mungkin diuji dengan kekurangan fizikal, tapi penantian dia yang berpuluh-puluh tahun, dengan semangat dia yang buatkan dia sungguh-sungguh beribadat. Yang muda ni, perjalanan hidup masih panjang (InshaAllah). Tak tahu lagi masa hadapan tu macam mana.

Merayap kawasan perumahan berbukit belakang hotel.


Pengalaman paling best menunaikan haji

Dapat kawan baru. Uit ni pengalaman haji ka pengalaman masuk PLKN? Hahaha. Actually lebih tepat lagi, dapat 'family' baru. Syok jadi yang paling muda dekat sana. Semua panggil "adik". Terasa baby gitewww. Semua layan baik-baik. Siap yang belanja Starbuck pon ada. (Thanks sis Salmah!). And of course, best bila selesai ibadah Haji, best jumpa imam Mekah, and banyak lagi yang akan ditulis dekat post akan datang.

Geng Muda Maktab 83


Pengalaman paling mencabar sewaktu di sana

Okay ni mungkin pelik sikit tapi pengalaman yang saya rasa paling mencabar dekat sana ialah rasa malu melampau untuk shirtless dekat Arafah. Hahaha. Atau lebih tepat lagi, ihramless. Ok memang jadi kebiasaan masa di Arafah, Mudzalifah, dan Mina semua lelaki akan bukak ihram bahagian atas sebab terlalu sungguh begitu amat panas nian. Tudia nampak dak over di situ? Tapi saya ni penyegan sebab gemuk apatah lagi sado. Insecurities. So sepanjang tempoh tu, mungkin saya sorang ja yang kekal berihram penuh sampai berpeluh berkepam teruk. Adehhh. Saya akan ceritakan lagi pengalaman mencabar di sana dalam post lain.

Pemandangan dalam khemah di Arafah. Nampak macam cool ja ada dedaun menghijau padahal panas dalam ni.


Pengalaman pelik-pelik di sana

Ok ni antara soalan yang paling panas bila balik Malaysia. Ya lah dah puas baca dalam Majalah Mastika kata ada jemaah tak nampak Ka'abah la, tak jumpa pintu masjid la, nampak jin la, apa-apa ja la. Ok Alhamdulillah saya tak lalui semua tu. Tapi ada jugak cerita menarik yang boleh saya kongsikan. Ada orang yang saya kenal ni, tolong tolakkan kerusi roda ja untuk makcik yang dah tak larat dan pergi haji sorang-sorang. Makcik tu bagi sampul "saguhati" sebab tolong dia. Tau apa dalam tu? RM1000 lah ya. K menyesal tak tolong sekali. Haaaa nampak dak niat tak betul di situ. Huhu.

Kalau tengok macam tersangatla padat kan? Tapi masa tawaf tu ada ja ruang untuk kita.


Dapat cium hajarul aswad tak?

Satu lagi soalan paling popular bila orang pergi Mekah. Bukan untuk riak, tapi ada cerita untuk dikongsikan. Ya, Alhamdulillah dapat peluang cium hajarul aswad. Tapi pengalaman tu buatkan saya down dan sedih. Kenapa? Ok semua orang nak cium batu tu kan? Tapi orang bertolak-tolak dasyat sangat. Ada yang sesak nafas. Ada yang disiku. Ada yang gunakan anak kecil sebab nak pergi kedepan. Ada yang guna perempuan. Kita mungkin berlembut, tapi orang lain tak peduli. Sampaikan lepas saya dapat turn cium tu, jubah habis basah dengan peluh dan semua butang dah terbukak. Nasihat saya, kalau sampai kita akan menyakiti orang lain untuk ibadat sunat tu, mungkin lebih baik gantikan dengan ibadat lain.

Gambar depan pintu Ka'abah. Diambil masa tengah cuba cari ruang nak cium Hajarul Aswad.


Betul ka makanan jemaah Haji tak sedap?

Ok untuk jawab "tak" rasanya sangatlah tak bersyukur setelah 40 hari survive di sana dengan makanan yang disediakan Tabung Haji / Muasassah ni. Pernah jugak sembang dengan chef kami and dia cakap kekadang tidur 3 jam ja. Terima kasih chef! Tapi sejujurnya, memang makanan di sana kurang sikit dari segi rasa. Ramai yang tak habiskan makanan dan end up buang ja. Tapi faham-faham ja la, dalam puluhan ribu jemaah Malaysia ni berapa ramai darah tinggi, berapa ramai kencing manis, berapa ramai tak tahan pedas. So makanan yang dimasak tu nak bagi sesuai untuk semua. Feelinglah kan nak butter prawn macam dekat rumah kan? Hoho. Dekat sinilah segala sambal bilis, sambal tempe, sambal hitam pahang dan serunding jadi penyelemat. SERIOUSLY!

Makanan selang-seli ayam daging ikan. Dapnya ayammmm.


Total berapa belanja hangus?

Cewah belanja hangus feeling macam belanja kawen ja. Mungkin pengalaman saya tak sama macam orang lain. Selain RM10000 duit bayaran Tabung Haji tu, saya belanja lebih kurang 1000 riyal lagi sepanjang 40 hari dekat sana. Tapi tapi tapi... Saya ada abang kakak yang selalu belanja macam-macam. Breakfast pon depa beli. Kita ni adik bongsu ready perut ja muehehehe. Dan saya tak beli pon souvenir sangat. Jubah untuk diri sendiri pon takdak. Banyak belanja beli jus, roti, biskut, starbuck, kfc..... senang cerita semua makanan lah! Hahaha. Mungkin orang lain kebanyakan belanja lebih 2000 riyal.

Lori buah yang hari-hari ada depan hotel. Sapa tak tergoda hoi?


Ada sakit-sakit tak dekat sana?

Alhamdulillah sakit teruk tu tak ada. Untuk pengetahuan, seawal 2-3 hari dekat sana ramai jemaah yang dah batuk-batuk. Kalau sembahyang jemaah tu, lepas bagi salam ja terus bersahut-sahut bunyi uhuk uhuk uhuk. (Macam tu ka bunyi batuk?). Hahaha. Batuk memang susah nak elak. Selain dari tu, saya just ada sakit kepala sikit sebab panas dan ada macam nak jadi gout sikit sebab makan daging. Tapi Alhamdulillah sangat, rehat sikit dan makan panadol, everything's fine. Tapi abang saya kena demam teruk. Kakak saya ada jangkitan mata. Yang penting semua selamat pergi dan balik dan tak ada apa-apa yang serious.

Masa nak pergi Maghrib ni ada signboard depan hotel cakap ada ribut pasir. Depa tak bagi turun bawah kita naik tingkat atas sekali hotel snap gambar ni.


Mungkin sampai sini dulu kot. Panjang sangat satgi hampa lena pulak. InshaAllah akan sambung lagi cerita-cerita dekat sana.  Antara yang bakal ditulis:

1. Cerita pasal Pakcik Bawang dekat Mekah.
2. Cerita pasal misi mencari imam Masjidil Haram.
3. Cerita pasal attitude jemaah Haji Malaysia.

And banyak lagilah. Moga penulis ni ada semangat rajin sikit nak menulis macam semangat yang berkobar-kobar nak tidoq bila nampak katil.



P/s: Maaf kalau penulisan ni macam skema sikit. Huhu. Biasa menulis campoq-campoq habih segala bahasa ditambah sikit dengan perangai loqlaq merapu semua tu. Tapi nak cerita pasal haji ni, tapis-tapis bagi sesuai dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ehhh tua dan muda lahhhh! Dushhh.

2 comments:

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Αѕѕαℓαмυ’αℓαιкυм
    seronok nya

    ReplyDelete