Minions

22 April 2016

Korea Autumn/Winter Trip 2015 Day 8 : K-pop Tour, Itaewon

Assalamualaikum
29th November 2015 | Sunday 

Ohohoi! K-pop haters janganlah lari. Entry ni balance. Sesuai untuk semua golongan haters atau lovers. Haha. Takdak pon fefeeling k-pop sangat. In fact, serba salah rasa nak tulih entry hari kelapan ni. Tanya la sebab apa tanya la tanya la...

K-pop Tour

Jual pepero ka jual rupa. Cuba la boh muka ceq ni! Baru padan perisa coklat sama ngan warna kulit ceq. Mesti hampa loya baca kan.

Well, actually my 8th day was spend for a k-pop tour. Ya k-pop. Yang laki dia mekap siap lukis tajam kat hujung mata tu lagi on point dari gigirls kat luaq sana. Hahahaha. Yeah, dalam 10 hari trip Korea tu sempat jugak MD selit k-pop tour ni. Tapi! After much consideration, I think it's the best to discard that part in detail from this entry. You know, it doesn't bring any benefit in any ways. Yes, kalau ikutkan nak sangat tulis for my own memory tapi takut nanti hampa terikut-ikut pulak. Eh hang pi boleh? Errrr. Emmm. Errr. I cannot control myself ok! 

Found this along the journey. Cohmells.
Macam nak kutip bawak balik rumah ja. Tapi nanti malaikat rezeki tak masuk rumah pulak ada patung. Erkk
Rajin betoi la depa dok buat menatang ni banyak-banyak.
Yang EXO bawah tu nak ambik gambaq bukan main susah lagi sebab asyik penuh ja dengan gadis-gadis fanatik peluk takmau lepas. Oppa-oppa exo tu takmau kat hampa aih! Hahaha. Lawak ja noh.
Turn ceq pulak menggedik bila nampak SNSD punya. Like OMG OMG OMG saranghae. Ceh dua kali lima ja. Baling selipar mau?
The king i guess? Oppak hang hijau.

Let me tell you about my concern. I've seen enough. Fanatic fans who eagerly wait for hours depan entertainment company just to catch a glimpse of their peberet artist. Chance 1 dalam 9999 kot. Pastu yang menggedik posing sakan depan company tu sampai kena tegur dengan pak guard. Adeh Iolls yang sebangsa ni yang rasa malu. Ya la dah terjerit sana terpekik sini memang la kena marah ya adik-kakak sekalian. And tu tak masuk lagi yang habis beratus beli souvenir kpop bagai. Hmmmm. So kesimpulannya, ceq rasa better xpayah include la my kpop tour tu semua sebab takmau encourage hampa semua berkpop jugak. Ceq sayang hampa tau dak. Sayang orang islam and melayu kita ni. Haaaa camtuhhhhh. 


Btw look what I found. Rent a bike guys! Guna T-money. 1000won untuk 30 minit rasanya. Memang cari pasal la kan winter-winter nak kayuh basikal. Keras kejung lubang hidung ko!

Itaewon

Direction : #Exit3 – Straight 100m – Right 160m – Left 200m to the mosque

So after seharian buat benda-benda tak berfaedah, I went to Itaewon. Itaewon ada masjid. Kembali ke pangkal jalan ya tuan-tuan. Banyak sangat melagha pagi tadi. Oh and sepanjang the kpop tour siang tadi I didn't spend a penny langsung! Mak pesan jangan habiskan duit beli benda merapu. Makan takpa. Hahaha I should blame my mom for making me fat lol.

Anyway, Itaewon is a syurga to makanan halal! Itaewon Station Exit 3 guys. Maaf gambaq-gambaq tak lawa. Ya la perut dah bunyi siap high pitch tahap lagu Ziana Zain dah boleh lagi nak ambik gambaq memang herot petot habih la. Kebuloq gila dari pagi tak makan hoi.










Haaa hampa pilih ja hampa nak makan apa. Melayu arab turki india semua ada. Eh tak semua la. Satgi hampa mengidam patin tempoyak memang dia bagi makan kasut ja la jawabnya. Honestly, rasa rugilah datang Korea tapi makan dekat kedai-kedai yang ada ja dekat Malaysia. Siap ada yang pi makan ayam penyet bagai. Dheiii kat Malaysia tak pernah jumpa ka? Lainlah kalau student Malaysia yang belajaq kat sana mengidam nak makan makanan Malaysia takpa la jugak. Ni tourist yang baru sehari dua pon gigih mengidam makanan Malaysia sama. But maybe makanan Korea tak kena dengan tekak dia la kot. Tekak melayu ori betul ni. For me rugilah datang sini tak makan local cuisine. just my humble opinion.

Dinner at Eid Muslim Restaurant

Direction : Continue walk straight 150m from Mosque gate

Eid Restaurant/ Weh spoil gila kereta depan tu. Tepilah! Semak ja. Baling batu baru tau. Ntah-ntah kereta tokey. Haha
Dalam dia kecik ja. Ni pon beberapa minit sebelum BOOOM makhluk umat manusia memenuhi ruang.
Tokey/tukang masak dia memang Korean. So  memang authentic betul la.

Faham tak lepas I ordered my food, there's this honeymoon couple dari Malaysia jugak datang. And the owner suruh kami share meja. Awkward gila weh! And that's why jugak lah, takdak gambaq untuk food yang MD makan. Sempit nak berdiri angkat phone pon susah. It's Bulgogi for 10000KRW (Nasi dengan daging). I guess it's more awkward for the couple. Takleh nak sweet-sweet romantik bagai. Lol sorry. 

And as for the food, Baru pukul 7pm lebih dah left with only 3 choices from the menu. Adehh. Target samgyetang sebenaqnya which is ginseng chicken soup tapi dah habis. Restaurant ni sangat popular with Malaysian. Always full house. The couple cakap dah datang a day before masa lunch tapi padat gila so decided makan dekat Makan Restaurant. Gambar ada kat atas ya restoren tu. The lady cakap bulgogi Makan Restaurant tu lagi sedap. Who knows.


Do singgah and tell me your experience.
Habis makan, solat pulak dekat Itaewon Mosque. Ni jalan naik dia. Kena panjat bukit sikit. Jenuh jugak la bawak perut lepas makan tadi. Bergoyang-goyang boing boing boing
So ni lah dia masjid utama dekat Seoul. Allahuakbar Subhanallah Alhamdulillah! See korang dah buat pahala zikir. Huhu
Masa ambik wudhu' tu rasa air dia perghhhhhhhhh. Macam ice blended. Ice bucket challenge ka ni? Winter bhaiii!

After solat decided to balik terus. Kalau based on entry ni macam tak buat apa ja kan harini. Ekceli berjalan jauh gila kot all day cuma decided untuk tidak ditulis for good. Anyway sampai kat station DDP tu boleh lagi merayap randomly along the street sebelum masuk hostel. End up jumpa ni.

Gerbang apakah? Dongdaemun gate rasanya. 

So that's it. What a boring entry kan. Adeh. Bagi cukup syarat day 8 ja. And day 8 is where I spent money the least throughout the journey. Dah nak habis dah entry trip Korea ni. Mesti hampa pon dah bosan kan baca. Orang Kedah cakap cemuih. Ya la ya la babai.


-----End of Day 8-----




Total Spend Day 8


  • Bulgogi : 10000KRW
Total spend day 7 : 10000KRW

Total spend from previous day(s) : 465560KRW
Overall total spend : 475560KRW



Teaser for Day 9

My dream house!!!! Tapi macam rumah-rumah dalam cerita hantu la pulekkkk Conjuring blurghhhhh

Enjoyed? Annoyed? Drop a comment below

5 comments:

Anonymous said...

Annoyed..

What a presumptuous little git

nohas said...

banyaknya restoran halal...sian, mkn dgn couple tgh honeymoon..mmg awkward..hehehe..sib baik boleh habis food..hihii..

Mr. Doctor said...

@Anonymous Dear Ms/Mr Anon I'm so sorry if you felt that way.. I just want to share my experience ='(

Mr. Doctor said...

@nohas I know right! Too much awkward.. Makan tetap makan kompem habis punya.. Huhu

dear anies said...

sy pun nk angkut satu! hahahaha

 

Copyright © 2016 | Designed by Mr Doctor

Best viewed with Google Chrome