Korea Trip 2015 | Day 4 (Part 2) : Udo Island

22 January 2016


Assalamualaikum
25th November 2015 | Wednesday

Sambungan daripada SINI

Udo Island

Direction :Taxi from Seopjikoji to Seongsan Port (Seongsan Pohang)


Map of Udo Island [source]


Hampa pernah dengaq dak Udo Island? Talking about Korea mesti semua tau Jeju dengan Nami Island ja kan. Udo Island is part of Jeju Island itself. Kecik ja pulau dia. Udo Island maksud dia Pulau Lembu. Nampak tak map dia macam lembu? Tak nampak? Sapa tak nampak dia lembu! Kuang kuang kuang. Hakikatnya MD sendiri pon tak nampak mana rupa lembu tu. Bentuk kurap dekat lembu ada la. Ekekekeke. Anyway dari Seopjikoji tadi naik teksi and the taxi cost to Seongsan Port from Seopjikoji is 6400KRW.

Masuk sini untuk beli tiket 

Ticket cost is 5500KRW. Dia ada bagi declaration form jugak untuk korang isi. Just nak tau overnight ka tak.


Ini bukan bot nelayan. Ni bot penumpang ke Udo Island. 

Sesiapa yang sewa kereta kat Jeju boleh bawak naik kapal ni. Price tak sure. Cer google. MD pon ada Lamborgini sebijik saja malas bawak takut jatuh dalam laut. Puiiiii 

Selalu port2 bucu kapal ni couple ja conquer sebab nak fefeeling Titanic. Kesah pulak ceq. Yang penting ceq panda dan ceq comelsss. 

Yes lighthouse yang MD dok post dalam teaser sebelum ni dekat Seongsan Port ni lah. Lawa dak lawa dak lawa dak.


Ya tuan-tuan dan puan-puan, inilah ghupenye bila masuk dalam kapal tu. 

Sangatlah kejutan budaya tengok kapal diorang tak ada seat. Semua duduk bersila uolls! Well in my case duduk melunjur bagi semua orang bau stokin ceq. Muahahaha. Kalau datang berkumpulan seronoklah duduk berpuak-puak nak gossip dalam bulatan. Ala-ala usrah gitew. Anyway lepasni serious taknak dah duduk dalam ni. Bot bergoyang-goyang macam kena Tsunami ja sampai melambung-lambung lemak iolls. 

Nak bawak congkak ka dam aji ka main dalam ni pon boleh.  

Approaching Udo Island Port 

Mooooooohoohooohooooo! Oops sorry excited sampai Pulau Lembu. Automatik pulak mengemoo macam lembu gila. Mygawd is there such thing as "mengemoo"? 

Welcome to Udo Island.  

Bulatan penuh skali, bulatan separuh skali, membersih kotoran dan sel mati. Ni area center pulau lah kira. 

Seriously weh, this is the place yang memang I didn't make any research at all. Tau macam mana nak pergi situ ja. Ala pulau ja kan. Pusing-pusing ja nanti kembali ke tempat asal gak. Ok kita tengok sesat ka tidek. Anyway area center tu boleh sewa kereta, atv, electric car and jugak naik bas. Yang kereta, atv semua tu kena ada International Licence ya. Bas pulak kena bayar 5000KRW kot kalau tak silap but I'm not sure where to buy the tix. Okay sambung lagu tadi. Kita silang, silang-silang bintik hitam pon hilang.


Tu nampak kereta merah tu? Yu la kereta elektriknya. Erk macam tak lepas ja saiz MD. Kang ada jugak lapisan perut atas stereng. 

Since MD tak ada arah tuju, I chosed to walk by my own. Dengan map semua tak ada. Redah ja laaaaa 

Kalau tak salah masa tu MD ambik 1st turn belah kanan masa dekat bulatan tu. Route tepi laut. I loikeee 

Jangan berangan nak connect wifi kat pulau camni. Unless kalau nak connect dengan Yang Esa inshaAllah boleh. Perghhh 

Kalau perasan bukit kat atas tu adalah Seongsan Ilchulbong yang MD dah pergi sebelum ni. Dekat ja.

Personally I love this photo. Sebab nampak signature Korea tu. Walaupun bendera dah koyak alahaaai. 

Cantik kan view dia. Fefeeling oversea sangat. Lol. Tahu tak apa nak buat bila nampak view spectacular macam ni? 

Makan la weh! Lapaq kebuloq sangat dah dari pagi makan sotong sajohhh. Macam biasa instant sticky rice dengan sambal bilis plus ayaq oren signature Jeju. Nikmatnya makan bila lapaaaq 

Lepas makan kita buat apa? Lepas makan kita tidoq! Acah-acah ja la. Hakikatnya tengah dok usha phone. Dalam kesejukan yang keamatan lagi kemelampuan batasan. 

 
Apani! Haaaa nak habaq hujung tu jalan mati dah. Patut kereta semua dok patah balik. Cissss. 

Malas patah balik punya pasal masuklah dalam ladang celah mana ntah.

Haha jalan punya jalan nasib baik nampak balik laluan jalan tar tadi. Adeh tu la punya malas nak patah balik. MD saja ja nak test kot-kot redah kawasan ni bleh tembus kat Selayang terus ka. Eh? Dan ketahuilah anda ladang tadi tu penuh tahi kuda. Ka tahi cik bi. Omjay. 

Nak adventure sangat kan haaa masuk la kau ke segenap celah ladang ni. Ada jalan tar elok-elok berlagak taknak guna. Amekau! Anyway lepastu MD kembali ke pangkal jalan pergi semula ke bulatan center tadi. Tu pon lepas penat cuci kasut yang dah penuh dengan taik kuda. Cuci dekat air parit pulak tu. Sadis sungguh hidup.

 Now i'm taking the second junction at the roundabout. 

Do not afraid to get lost. It will open up another possibilities that you never know. 

Balai polis Udo Island. Polis oooo polis! Ceq sesat ni.

 Si kecik ni ikut kite plak. Shiuh Shiuh. Lain yang dipanggil lain yang keluaq. 

Laluan dia kampung gila weh. Sangat drama Korea tau. Nanti ada la awek cun kayuh basikal lepastu terbalik lepastu ceq sambut. Alaaaahai feeling. 

Eleh sawah padi Kedah pon lawa lagi kalau susun batu-batu gini. Gitewww 

Seriously I'm walking without clear direction. 


Tu tengok awan dia. Memang asyik hujan renyai-renyai ja sambil jalan tu. 


Tak tahulah memang dah lewat ka apa tapi tempat ni rasa "sunyi" sangat. Mana semorang? Rasa macam haunted town like seriouslehhh 

Rasanya I'm not on usual tourist track. Asyik nampak rumah terbiar ja. Bagi MD duduk pon takpa. Sanggup weh! Cuci-cuci sikit and walah!

Another abandoned house. Jangan usha lelama kang keluaq Juon pulak kat skrin tu. :P 

Even restaurant dia sepieee betul! Sesapa pernah pergi Udo Island? Memang selalu camni eh? Do enlighten me! 

Kosong kosong kosong. 

Somehow at one corner, macam tempat pelupusan ATV dengan Scooter pulak. Sayangnya! Macam nak ja pi try ja. Bubuh ja lah air lumpur tu buat minyak. 

Sampai balik ke center lepas melangkah sesusuka hati. 

Tak berani nak jalan jauh-jauh sebab last ferry during winter is 4.15pm. Kang tak jumpa jalan balik tak pasal-pasal bermalam dalam rumah kosong tu. Ntah2 kan, malam-malam memang tempat ni berhantu kot! Tu yang dia suruh balik awai. Haaaa muluttttttt! Ya Allah I haven't seen enough of this island. Only managed to explore 1% of this beautiful underrated island. Will come again for sure! Giteww for sure konon. InshaAllah. Kalau ada duit lebih and diizinkan Allah. Yes.

Annyeong Udo Island.  

Serik dah masuk duduk dalam. This time I chosed to stand outside. 15 minutes sajohhhh 

Udo lighthouse. Seems similar to the one in Seongsan right? 

Annyeong. lelambai sapu tangan. Cue lagu titanic please. Eh cop cop cop. Kang karam pulak kapal ni. K cue zikir Hafiz Hamidun ja lahhh.

Bila sampai balik Seongsan Port, jalan ke kiri towards bus stop. Naik bus no 710 to Jejusi. Make sure bus ke Jejusi ya. Sebab yang ke Seogwipo pon bus no yang sama jugak. Don't afraid to ask. Sebut "Jejusi?" macam tu pon dah ok. Get off at Donggwangyang (about 1 hour 5 minutes).


Dinner at Bonjuk & Bibimbap

Direction :From Donggwangyang bus stop walk straight following the bus direction for 140m - the restaurant located next to GS25

Direction :From landmark Cityhall walk 200m to main crossroad - Take right 240m - Cross street to Bonjuk & Bibimbab

 
Map from Jeju Cityhall to Bonjuk & Bibimbap

Masa dekat Guesthouse Rainbow in Jeju, ada one staff ni ajak makan Korean noodle dekat dapur. I politely explained yang kita ni tak boleh makan sesuka hati sebab tak tau content dia. So the staff suggest makan dekat kedai ni. Boleh try bibimbab without meat. Well, why not kan? So MD pon singgah la mengikut suggestion staff tu.

Ni lah kedai dia. Nampak tak GS25 signboard hijau kat sebelah? Maaf kualiti kamera kurang cantik. 

Bonjuk & Bibimbap Cafe. Dengan Cityhall Jeju pon dah dekat 

The interior. Kosong sajoh! Well I like tempat tak crowded. Boleh menggedik selfie lagi. Pffft. 

The menu. Ada variety of porridge and bibimbap. Ada explanation dengan gambar sekali so don't worry.

Tadaaaaa. Dah sampai. It's a Maekom Nakji Dalsot Bibimbap (Spicy Octopus Hotpot Bibimbap) cost 8500KRW 

Gaul gaul gaul jadilah gini. Pardon my terrible skill of hipster photography. Mesti tak nampak menyelerakan sangat kan. Adehh.

Having a happy tummy, i headed straight back to Rainbow in Jeju Guesthouse. Keluar ja dari kedai ni just follow back jalan yang bas lalu tadi about 200m. Korang akan jumpa big crossroad yang ke Cityhall tu. Turn right 415m then another right turn for 50m to the guesthouse. I think I should include the map shouldn't I? InshaAllah later k kalau rajin. Sebab I used map in korean called Daum map.

I slept early that night. Sebab esok dah nak pergi Seoul. Seoul uolls!!! Guess what? Tengok ramalan cuaca it already started to snow. First snow in 2015! Kalau drama Korea tu kompem scene cium punya yekkk. Since I dekat Jeju, sedih gila hoi tak ada snow. Usually dia akan turun sehari dua ja so I was so sad takut tak sempat tengok. Hmmmm


 
Snow please don't stop T______T


-----End of Day 4-----




Total Spend Day 4 (Part 1 and 2) :

  • Instant rice : 2100KRW
  • Umbrella : 11000KRW
  • Seongsan Ilchulbong : 2000KRW
  • Lotteria shrimp burger : 3400KRW
  • Taxi fare (Ilchulbong-Seopjikoji) : 5500KRW
  • Grilled squib : 8000KRW
  • Taxi fare (Seopjikoji-Seongsan Port) : 6400KRW
  • Ferry to Udo Island : 5500KRW
  • Spicy Octopus Bibimbap : 8500KRW
Total spend day 4 : 52400KRW

Total spend from previous day(s) : 195300KRW
Overall total spend : 247700KRW



P/s : Somebody asked me about what camera did I use for my travel. I review it in next entry k. And also popular question about the total cost. InshaAllah I'll include it at the end of my Korea Travelog. Along with full downloadable itinerary. So stay tuned k. Oh yeah. Teaser for Day 5!



Teka oppa ni jual apa? Hey look at the food not the oppa!! And I  just realized my day-5 photos are so dull and limited.

16 comments:

  1. soalan extra utk MD.. hehe pergi sorg ke berdua? nice la pic. xde la dull sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang ja.. huhu. Faktor cuaca gambar jd kelam sikit

      Delete
  2. MD ! Nanti jadi tour guide kat sana boleh ? Plan nak pi sana haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish boleh sangat kalau nak sponsor.. haha

      Delete
  3. Do not afraid to get lost.. It will open up another possibilities that you never know..
    Love the quote

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know right.. sebab kita selalu gelabah bila sesat.. tp kita tak tau maybe ada better things yang kita akan encounter masa sesat tu ye dokkk

      Delete
  4. oh god! tertengok oppa tu lebih dari tengok apa yg dijual pulak....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha orang kedua yang mention pasal oppa tu

      Delete
  5. ohmaii hensemnya oppa yang jual kentang tu.. kim salam sikit hahaaha.. happy holiday MD ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dannn orang ketiga yang mention pasal oppa tu.. hahaha

      Delete
  6. GS25 haaa teringat masa kitorang borong susu byk2 kat sana. Ada lah dlm 10 botol sbb nak bwk balik malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak mahal ka? Selalu nak beli borong dekat supermarket.. huhu

      Delete
  7. mmg adventure betul ni..bestnye..pic last tu jual ape? mcm kpop idol je muka..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jual bun topping telur.. depan2 tak segak pon.. ehhh? Jeles ni hahaha

      Delete