6 Essential Travel Gadgets for Photography (My Choice)

26 January 2016

Assalamualaikum

Ohaiyooo arigato kuzaimasss! Uit apa maksud dia eh? Main sebut ja sesuka hati.. Uhui sorry kalau korang dah muak baca pasal entry-entry travel related ni.. Nak buat cena idea lain takmau mai.. Takkan nak update pasal my boring daily life "yeorobun babies semuewww harini kiteww tengork tv dari pagi sampai malam penart tau lenguh punggung iolls" 

Ko ghase?

So sementara tengah rajin ni meh nak share pasal my travel gadget, with main focus on photography sebab ada yang tanya dekat komen entry Korea Travelog tu.. Walaupun hakikatnya gambaq-gambaq tak seberapa.. Adehhh.. But I'll share it anyway..

All my gadgets in one photo.. Acah-acah hipsturr la konon.. Hipstuihhhh ada la..

So here it goes.. 


1. Iphone 5s


Most of the photos you've seen dalam trip Korea tu daripada gambaq iphone.. Since MD tak pandai guna DSLR, iphone is a decent substitute.. Untuk nak ambik gambaq pemandangan kenang-kenangan boleh la.. Kalau nak gambaq pro memang mimpi la.. MD tak selfie guna iphone.. Muka tak berapa segak satu hal.. But the main issue is tak suka kamera depan sebab resolution kecik.. Nampak cantik dalam phone tapi bila print out banyak noise.. So, here are few example of photo taken via my Iphone 5s.. Some photos may have minor edit (contrast, saturation dll).. Edit guna iphone jugak..

Taken in Udo Island

Taken at Sangumburi

Taken at Gamcheon Culture Village

Taken at Gyeongbokgung

Taken at Gangchon

Taken at Dongmun Market

Taken at Cheonjeyeon

Taken at Seongsan Port

Taken at Seopjikoji

Taken at Nami Island


2. Xiaomi Yi / Xiaoyi / Yi Cam

Macam mainan kan.. Mine is white.. Cost dalam RM300 centu..

Seriously, apa nama official dia? Actually i'm still a nerd with this tiny toy camera.. Beli few months before my the trip.. Mainly for the purpose of selfie dengan shooting via tripod.. Honestly, gambaq dia "okay" ja.. Ntah MD rasa it's kinda dark.. Boleh ja edit bagi cerah anyway.. But selalu jugak lagging dekat phone.. Dengan xiaomi yi ni la MD dapat ambik gambaq muka sendiri bila travel sengsorang.. Tapi memang idok ler post dalam blog ni sebab titeww malu.. Pang sebijik mau? Nak buat cena muka tak berapa segak.. Well, here's a few example that i think appropriate to put on this blog..

Selfie at Gamcheon Culture Village

Selfie at Sangumburi

Selfie at Udo - Seongsan Ferry/i>

Selfie at Gangchon Rail Bike.. Oh boleh menimbulkan fitnah gambaq ni..

Self shoot at Udo Island

Self shoot at Udo Island


3. Tripod/monopod

Love this nikon mini tripod

Haha this two are so common.. Tapi saja nak include dalam ni.. Do you know how i managed to fit a tripod dalam my bagpack padahal hand luggage Air Asia limit 7kg ja? Well, untuk tripod tu, I bought a very small one.. Kecik ja lagi pendek dari pensel.. Ringan pulak tu.. And do you know that a monopod sebenaqnya boleh attached dengan tripod? Yup sebab usually monopod akan ada lubang dekat bawah dia untuk attached dengan tripod so jadilah a bigger tripod..

Lubang bawah monopod.. It was meant to be attached with tripod

Bila attached jadi la macam ni.. Kaki tripod tu boleh kangkang lagi fyi..

Of kos, the longer korang tarik neck monopod tu, the less stable tripod fusion korang.. Mine 2 kali terbalik dekat Jeju sebab angin kuat kan dekat Pulau.. Use it with care and cautious at your own risk.. My xiaomi got a tiny scratch on the lens.. Sedih.. So here a few photos taken using this technique..

Taken at Bukchon Hanok Village

Taken at Saryeoni Forest

Taken at Udo Island

Taken at Gyeongbokgung

Taken at Gyeongbokgung


4. Power bank

This 10k MAH baby is sufficient enough for me..

Teheee tak perlu cakap pon pasal ni.. Sebab semua orang yang nak travel memang akan bawak.. Since this thing kept my other gadgets alive, includekan ja lah dalam entry ni.. MD bawak yang 10000Mah punya so bolehlah charge 3-4 kali iphone tu.. Oh btw, tau tak masa pergi Korea haritu MD tak bawak pon adapter charger plug Korea punya.. Sebab malas nak cari plus mahal.. So what I do is using the powerbank for the first day, and lepastu bila dah check in guesthouse tanya dekat receptionist ada tak adapter.. Alhamdulillah MD dapat guna free adapter masa dekat Jeju and Seoul without having to pay for it.. Hahaha i'm a cheap prick.. Again, use this trick at your own risk..


5. Pendrive

Guess what.. I lost mine masa kat Jeju haritu.. Man im sooo careless..

Applicable to those yang suka ambik gambaq beribu.. MD haritu bawak ja pendrive masa pergi Korea kot nak transfer gambaq.. Haremmm tak guna pon sebab memory phone banyak lagi.. Sampai sekarang ada lagi dalam phone ni tak transfer2 lagi.. Maybe sebab MD bukan spesies selfie doplohpatjam kot.. So sesiapa yang kaki selfie tu, jangan lupa bawak pendrive untuk transfer gambaq in case of memory full.. Usually guesthouse memang ada PC.. Kalau takdak nasib lerrr.. Alah google drive, dropbox semua tu ada.. Don't worry sangat.. MD bawak spare ja..


6. Cables



Benda wajib kot no need to explain much lah.. Takdak benda ni tak berchargelah gadget korang.. 

So that's it guys.. This is how i got all the photos dalam entry-entry Korea tu.. Minta maaf la gambaq tak segak sangat.. Masa pergi tahun 2014 dulu ada bawak DSLR tapi sekadar penghias dekat leher ja lah.. Nak guna tak pandai sangat.. Asyik mode auto tu ja lah.. Sebab tu this time MD tak bawak DSLR and use phone camera / xiaoyi instead.. Boleh la setakat nak simpan tunjuk dekat cucu cicit nanti.. Hah gitewww..

So uhm, bye.. Hahaha awkward sembang bab gadget ni sebab ceq pon tak pro pon..

Korea Trip 2015 | Day 4 (Part 2) : Udo Island

22 January 2016


Assalamualaikum
25th November 2015 | Wednesday

Sambungan daripada SINI

Udo Island

Direction :Taxi from Seopjikoji to Seongsan Port (Seongsan Pohang)


Map of Udo Island [source]


Hampa pernah dengaq dak Udo Island? Talking about Korea mesti semua tau Jeju dengan Nami Island ja kan. Udo Island is part of Jeju Island itself. Kecik ja pulau dia. Udo Island maksud dia Pulau Lembu. Nampak tak map dia macam lembu? Tak nampak? Sapa tak nampak dia lembu! Kuang kuang kuang. Hakikatnya MD sendiri pon tak nampak mana rupa lembu tu. Bentuk kurap dekat lembu ada la. Ekekekeke. Anyway dari Seopjikoji tadi naik teksi and the taxi cost to Seongsan Port from Seopjikoji is 6400KRW.

Masuk sini untuk beli tiket 

Ticket cost is 5500KRW. Dia ada bagi declaration form jugak untuk korang isi. Just nak tau overnight ka tak.


Ini bukan bot nelayan. Ni bot penumpang ke Udo Island. 

Sesiapa yang sewa kereta kat Jeju boleh bawak naik kapal ni. Price tak sure. Cer google. MD pon ada Lamborgini sebijik saja malas bawak takut jatuh dalam laut. Puiiiii 

Selalu port2 bucu kapal ni couple ja conquer sebab nak fefeeling Titanic. Kesah pulak ceq. Yang penting ceq panda dan ceq comelsss. 

Yes lighthouse yang MD dok post dalam teaser sebelum ni dekat Seongsan Port ni lah. Lawa dak lawa dak lawa dak.


Ya tuan-tuan dan puan-puan, inilah ghupenye bila masuk dalam kapal tu. 

Sangatlah kejutan budaya tengok kapal diorang tak ada seat. Semua duduk bersila uolls! Well in my case duduk melunjur bagi semua orang bau stokin ceq. Muahahaha. Kalau datang berkumpulan seronoklah duduk berpuak-puak nak gossip dalam bulatan. Ala-ala usrah gitew. Anyway lepasni serious taknak dah duduk dalam ni. Bot bergoyang-goyang macam kena Tsunami ja sampai melambung-lambung lemak iolls. 

Nak bawak congkak ka dam aji ka main dalam ni pon boleh.  

Approaching Udo Island Port 

Mooooooohoohooohooooo! Oops sorry excited sampai Pulau Lembu. Automatik pulak mengemoo macam lembu gila. Mygawd is there such thing as "mengemoo"? 

Welcome to Udo Island.  

Bulatan penuh skali, bulatan separuh skali, membersih kotoran dan sel mati. Ni area center pulau lah kira. 

Seriously weh, this is the place yang memang I didn't make any research at all. Tau macam mana nak pergi situ ja. Ala pulau ja kan. Pusing-pusing ja nanti kembali ke tempat asal gak. Ok kita tengok sesat ka tidek. Anyway area center tu boleh sewa kereta, atv, electric car and jugak naik bas. Yang kereta, atv semua tu kena ada International Licence ya. Bas pulak kena bayar 5000KRW kot kalau tak silap but I'm not sure where to buy the tix. Okay sambung lagu tadi. Kita silang, silang-silang bintik hitam pon hilang.


Tu nampak kereta merah tu? Yu la kereta elektriknya. Erk macam tak lepas ja saiz MD. Kang ada jugak lapisan perut atas stereng. 

Since MD tak ada arah tuju, I chosed to walk by my own. Dengan map semua tak ada. Redah ja laaaaa 

Kalau tak salah masa tu MD ambik 1st turn belah kanan masa dekat bulatan tu. Route tepi laut. I loikeee 

Jangan berangan nak connect wifi kat pulau camni. Unless kalau nak connect dengan Yang Esa inshaAllah boleh. Perghhh 

Kalau perasan bukit kat atas tu adalah Seongsan Ilchulbong yang MD dah pergi sebelum ni. Dekat ja.

Personally I love this photo. Sebab nampak signature Korea tu. Walaupun bendera dah koyak alahaaai. 

Cantik kan view dia. Fefeeling oversea sangat. Lol. Tahu tak apa nak buat bila nampak view spectacular macam ni? 

Makan la weh! Lapaq kebuloq sangat dah dari pagi makan sotong sajohhh. Macam biasa instant sticky rice dengan sambal bilis plus ayaq oren signature Jeju. Nikmatnya makan bila lapaaaq 

Lepas makan kita buat apa? Lepas makan kita tidoq! Acah-acah ja la. Hakikatnya tengah dok usha phone. Dalam kesejukan yang keamatan lagi kemelampuan batasan. 

 
Apani! Haaaa nak habaq hujung tu jalan mati dah. Patut kereta semua dok patah balik. Cissss. 

Malas patah balik punya pasal masuklah dalam ladang celah mana ntah.

Haha jalan punya jalan nasib baik nampak balik laluan jalan tar tadi. Adeh tu la punya malas nak patah balik. MD saja ja nak test kot-kot redah kawasan ni bleh tembus kat Selayang terus ka. Eh? Dan ketahuilah anda ladang tadi tu penuh tahi kuda. Ka tahi cik bi. Omjay. 

Nak adventure sangat kan haaa masuk la kau ke segenap celah ladang ni. Ada jalan tar elok-elok berlagak taknak guna. Amekau! Anyway lepastu MD kembali ke pangkal jalan pergi semula ke bulatan center tadi. Tu pon lepas penat cuci kasut yang dah penuh dengan taik kuda. Cuci dekat air parit pulak tu. Sadis sungguh hidup.

 Now i'm taking the second junction at the roundabout. 

Do not afraid to get lost. It will open up another possibilities that you never know. 

Balai polis Udo Island. Polis oooo polis! Ceq sesat ni.

 Si kecik ni ikut kite plak. Shiuh Shiuh. Lain yang dipanggil lain yang keluaq. 

Laluan dia kampung gila weh. Sangat drama Korea tau. Nanti ada la awek cun kayuh basikal lepastu terbalik lepastu ceq sambut. Alaaaahai feeling. 

Eleh sawah padi Kedah pon lawa lagi kalau susun batu-batu gini. Gitewww 

Seriously I'm walking without clear direction. 


Tu tengok awan dia. Memang asyik hujan renyai-renyai ja sambil jalan tu. 


Tak tahulah memang dah lewat ka apa tapi tempat ni rasa "sunyi" sangat. Mana semorang? Rasa macam haunted town like seriouslehhh 

Rasanya I'm not on usual tourist track. Asyik nampak rumah terbiar ja. Bagi MD duduk pon takpa. Sanggup weh! Cuci-cuci sikit and walah!

Another abandoned house. Jangan usha lelama kang keluaq Juon pulak kat skrin tu. :P 

Even restaurant dia sepieee betul! Sesapa pernah pergi Udo Island? Memang selalu camni eh? Do enlighten me! 

Kosong kosong kosong. 

Somehow at one corner, macam tempat pelupusan ATV dengan Scooter pulak. Sayangnya! Macam nak ja pi try ja. Bubuh ja lah air lumpur tu buat minyak. 

Sampai balik ke center lepas melangkah sesusuka hati. 

Tak berani nak jalan jauh-jauh sebab last ferry during winter is 4.15pm. Kang tak jumpa jalan balik tak pasal-pasal bermalam dalam rumah kosong tu. Ntah2 kan, malam-malam memang tempat ni berhantu kot! Tu yang dia suruh balik awai. Haaaa muluttttttt! Ya Allah I haven't seen enough of this island. Only managed to explore 1% of this beautiful underrated island. Will come again for sure! Giteww for sure konon. InshaAllah. Kalau ada duit lebih and diizinkan Allah. Yes.

Annyeong Udo Island.  

Serik dah masuk duduk dalam. This time I chosed to stand outside. 15 minutes sajohhhh 

Udo lighthouse. Seems similar to the one in Seongsan right? 

Annyeong. lelambai sapu tangan. Cue lagu titanic please. Eh cop cop cop. Kang karam pulak kapal ni. K cue zikir Hafiz Hamidun ja lahhh.

Bila sampai balik Seongsan Port, jalan ke kiri towards bus stop. Naik bus no 710 to Jejusi. Make sure bus ke Jejusi ya. Sebab yang ke Seogwipo pon bus no yang sama jugak. Don't afraid to ask. Sebut "Jejusi?" macam tu pon dah ok. Get off at Donggwangyang (about 1 hour 5 minutes).


Dinner at Bonjuk & Bibimbap

Direction :From Donggwangyang bus stop walk straight following the bus direction for 140m - the restaurant located next to GS25

Direction :From landmark Cityhall walk 200m to main crossroad - Take right 240m - Cross street to Bonjuk & Bibimbab

 
Map from Jeju Cityhall to Bonjuk & Bibimbap

Masa dekat Guesthouse Rainbow in Jeju, ada one staff ni ajak makan Korean noodle dekat dapur. I politely explained yang kita ni tak boleh makan sesuka hati sebab tak tau content dia. So the staff suggest makan dekat kedai ni. Boleh try bibimbab without meat. Well, why not kan? So MD pon singgah la mengikut suggestion staff tu.

Ni lah kedai dia. Nampak tak GS25 signboard hijau kat sebelah? Maaf kualiti kamera kurang cantik. 

Bonjuk & Bibimbap Cafe. Dengan Cityhall Jeju pon dah dekat 

The interior. Kosong sajoh! Well I like tempat tak crowded. Boleh menggedik selfie lagi. Pffft. 

The menu. Ada variety of porridge and bibimbap. Ada explanation dengan gambar sekali so don't worry.

Tadaaaaa. Dah sampai. It's a Maekom Nakji Dalsot Bibimbap (Spicy Octopus Hotpot Bibimbap) cost 8500KRW 

Gaul gaul gaul jadilah gini. Pardon my terrible skill of hipster photography. Mesti tak nampak menyelerakan sangat kan. Adehh.

Having a happy tummy, i headed straight back to Rainbow in Jeju Guesthouse. Keluar ja dari kedai ni just follow back jalan yang bas lalu tadi about 200m. Korang akan jumpa big crossroad yang ke Cityhall tu. Turn right 415m then another right turn for 50m to the guesthouse. I think I should include the map shouldn't I? InshaAllah later k kalau rajin. Sebab I used map in korean called Daum map.

I slept early that night. Sebab esok dah nak pergi Seoul. Seoul uolls!!! Guess what? Tengok ramalan cuaca it already started to snow. First snow in 2015! Kalau drama Korea tu kompem scene cium punya yekkk. Since I dekat Jeju, sedih gila hoi tak ada snow. Usually dia akan turun sehari dua ja so I was so sad takut tak sempat tengok. Hmmmm


 
Snow please don't stop T______T


-----End of Day 4-----




Total Spend Day 4 (Part 1 and 2) :

  • Instant rice : 2100KRW
  • Umbrella : 11000KRW
  • Seongsan Ilchulbong : 2000KRW
  • Lotteria shrimp burger : 3400KRW
  • Taxi fare (Ilchulbong-Seopjikoji) : 5500KRW
  • Grilled squib : 8000KRW
  • Taxi fare (Seopjikoji-Seongsan Port) : 6400KRW
  • Ferry to Udo Island : 5500KRW
  • Spicy Octopus Bibimbap : 8500KRW
Total spend day 4 : 52400KRW

Total spend from previous day(s) : 195300KRW
Overall total spend : 247700KRW



P/s : Somebody asked me about what camera did I use for my travel. I review it in next entry k. And also popular question about the total cost. InshaAllah I'll include it at the end of my Korea Travelog. Along with full downloadable itinerary. So stay tuned k. Oh yeah. Teaser for Day 5!



Teka oppa ni jual apa? Hey look at the food not the oppa!! And I  just realized my day-5 photos are so dull and limited.