Korea Trip 2015 | Day 1 : Departure, Busan Station, China Town,Seomyeon, Gwangalli Beach

17 December 2015

Assalamualaikum
22nd November 2015 | Sunday

Warning : Bebelan lagi banyak dari gambaq dalam entry first day ni.

Introduction

Tuan-tuan dan puan-puan, sebelum kita berlepas ke Bumi Kimchi, there are a few things I would like to clear up.

Traveler Type : Backpacker la uolls. Sangatlah berjimat-cermat serta kedekut duit. Hatta masa pergi pon tak ambik luggage. MD guna yang free 7kg AirAsia tu ja. Bayangkanlah bila tuan punya badan baju semua XXL nak sumbat dalam beg tu. Spender pon kena catu ya. Musim sejuk pulak kan. So demi jimat kg beg MD pakai baju beberapa lapis plus winter coat tebal tu siap2 masa naik flight dari Malaysia. Hahahaha gilosss. And tak guna pakej or tour guide or whatever *play lagu lagu I Will Survive.


Bag ni lah yang disumbat segala kelengkapan manusia bersaiz gergasi untuk survive 10 hari dekat sana. 

Travel pax : Solo. Forever alone baq hang. Supposed to be with my sis. Dah beli tiket pon dengan beliau since bulan 3. Tup tup dapat tahu she's pregnant for her first child, and at the time bulan 11 tu, dah 6 bulan lebih. So she's not going. AirAsia pulak tak boleh tukaq nama dekat tiket. So flight pergi balik Korea tu memang seat kosong ja la sebelah MD. Mengangkang sakan la atas flight. Kalau lenguh bukan setakat melunjur, nak aerobik pon boleh.

Sometimes, you need to be alone to reunite with yourself.

Currency : Since dalam entry akan cerita sekali dengan budget semua, nak explain siap-siap la currency kat sana. Masa tukaq haritu dapat 1000won=RM3.85. Mahal gilos ok. Sedih tengok duit ringgit Malaysia. Sesedih masa Baymax tembak tangan dia untuk selamatkan Hiro dalam cerita Big Hero 6 tu. Dah jangan merapu kita proceed kepada hari kejadian. Action!


Departure KUL-PUS

Pukul 3.30am, pepagi buta bertolak dari Gombak ke KLIA2. Flight pukul 8.30am. Gigih ya MD roll sushi pagi-pagi buta nak jamu kawan yang hantaqkan tu. Padahal baju tak kemas habis lagi. Pffft. Cut story short MD pon terbang. Tu pon delay. 9.15am baru terkedek-kedek nak gerak flight tu. Sebab MD ni lebih muatan mungkin? Lol. AirAsia D7512 dengan return ticket berharga RM566 (return) + RM24 processing fee + RM89 untuk 20kg bag belah balik nanti. 

Sushi air tangan seorang Mr Doctor.

My sis dah pesan, order sesiap online makanan dalam flight. Angkara kedekut dan kononnya nak simpan perut dulu melantak kat Korea nanti so abaikan pesanan tersebut. Sekali ha amekau kebuloq gila weh tak makan dari semalam. Beli on the spot Nasi Dagang rm19 dengan air mineral RM4. Nasi dagang hidang dalam pinggan bertatah berlian mungkin? Huhu makanan flight kannn mestilah kos tinggi. Bosan weh 6 jam dalam flight! Lupa transfer movie dalam phone! Take note ya lain kali. Orang sebelah MD ni sorang akak yang travel berdua dengan member dia. And one of them mengandung 6 bulan sama macam my sis yang tak jadi pergi tu! Kfoineeeeee

Rasanya macam langit kat Korea lawa sikit dari Malaysia. Ha boleh dak centu?


Gimhae International Airport (Busan)

Sampai Airport dah pukul 4pm. Settle imigresen semua terus serbu 7-Eleven Airport. Tak lain dan tak bukan nak cari susu pisang paling sedap di alam semesta homaigod homaigod sedapnya burppp. Hah centu. Niat nak beli susu pisang ja sekali terbeli perisa melon dengan strawberry sekali. So 3 botol susu ni 3900KRW. Dah start mengalir dah Korean Won haku.

Maafla, bro tak pandai nak ambik gambaq hipster flatlay bagai.

Tempat popular untuk orang Melayu kita sembahyang dekat Busan Airport, changing room! Ya bilik salin baju, tapi tak ada la bau berkepam macam kat Malaysia ni. Bersih elok ja. Warning! Jangan basahkan lantai masa nak wudhu'. Kang kena maki dengan ahjumma cleaner tu. Aku letteww. Dia maki bahasa Korea kita pon buat-buat terasa ja la. Lepas tu terus rushing keluaq. Pukul 6.00pm centu dah malam weh kat Busan! Tak menyempat nak bergambaq sangat masa day 1 ni.

Dah masuk dalam subway station baru nak ambik gambaq. Cehh.


Busan Station

Direction : Busan Station #Exit 10

Keluaq dari Airport tu woooshhh angin bayu meniup lembut menyapa wajahku. Ohoi ayat apakah ini. Masa ni 12 degree celcius. Tak sejuk sangat la. Nice nice gitew. Terus naik subway dari Airport ke Busan Station. MD ambik guesthouse area situ. Alhamdulillah mekasih Korea Tourism Malaysia bagi free T-Money. Walaupun hakikatnya yang tahun lepas punya ada lagi. T-Money ni ala-ala TouchnGo kita la. Guna untuk naik lrt dekat sana. Sana panggil subway.

 
T-money dengan kupon ambik dekat Korea Plaza KL for free! (Website Korea Plaza KL)

Penyiksaan dekat subway station.

Sampai ja kat Busan Station tak check in guesthouse dulu. Merayap sekejap depan Busan Station dengan bawak beg besaq gedabak ni. Sebab nak gelap dah so better sightseeing dulu. Tak ada apa pon sebenaqnya. Saja nak usha ja. Ambik gambaq sekeping dua, and terus ke China Town nak cari Guesthouse. Subway Station diorang bawah tanah. Setiap exit tu keluar dekat lain-lain tempat. Salah exit sesatlah engko!

Busan Station. Tak masuk pulak jenguk ke dalam sebab malas. K menyesal.

Ohoi buruknya censored gitu tapi terpaksalah sebab hidung tak mancung pipi terkembung-kembung. 


China Town

Direction : Busan Station Exit 3

MD bayangkan China town ni macam pekan Cina yang meriah gila dalam filem Hollywood nu yang siap hero boleh bargayut dekat tanglung-tanglung tergantung tu. Rupanya krik krik krik ja. It's more like a foreigner town. Ada bar, club, money changer, kedai-kedai makan Chinese gitu ja. Paling tak boleh belah, ada makcik Korean 40-an ni tetiba tarik-tarik pulak tangan kite. Bukan mahram hoi cannot touch touch! "Come come drink wine a little blablabla. You so handsome blablabla" Fakenya kau makcik. Aku ada cermin la kat rumah! MD pon dengan sopannya explain yang MD tengah cari hotel yang dah book haritu. Tetiba dia tanya "Sex hotel?" Hooooooi!

Adeh hari first mai dah dapat experience macam ni. Korang jangan generalize orang Korea semua macam ni pulak. Exceptional case ja tu. Ka MD memang salah masuk port dia. Haha. Apapun lepastu MD jumpa guesthouse yang dicari-cari tu. Cube Guesthouse nama dia. 15000KRW satu malam for 6-beds sharing dorm. Roommate masa tu tourist Korea dengan China. Sepatah-sepatah English dia. Hahaha comels. Dia tanya MD dah dinner ka belum? Belum la uolls malam masih muda. Baru pukul 8 kot. Sunguh-sungguh dia cakap no dah lewat! Ya ka? Sebabtu ka aku gemuk? Oh well. Apapun lepastu mandi, main wifi kejap, pukul 8pm MD keluaq balik.

Signboard masuk China Town. Seberang sana tu Busan Station tadi. 

Ni la ghupe dia China Town dekat Busan tu.

Umat manusia pon tak berapa ramai. Tak meriah

Kalau perasan dekat second floor tu ada signboard gambaq rubix cube. Situ la Cube Guesthouse.


Seomyeon - Lotte Departmental Store

Direction : Seomyeon Station Exit 7

Homaigod tak boleh nak cerita lelebih pasal tempat ni. MD bayangkan macam mall Tesco ka apa dah berangan la nak shopping pepero dengan susu pisang banyak-banyak. Rupanya mall ala Pavilion centu. Tak jumpa pulak bahagai pasaraya dia. Kalau orang kaya nak shopping2 baju branded macam tu ok la kot. Pusing-pusing kejap, main lif 2-3 round naik turun bawah. Then chow to next destination.

Ni la Lotte Department Store tu. Gambaq google ja sebab tak ada yang snap sendiri.



Gwangalli Beach

DirectionGwangan Station Exit 5 - walk back 20m - right 700m

Gigih ya malam-malam pergi pantai. Time ni baru la mula rasa sejuknya dunia. Gloves tak bawak. Lapaq pulak tu. Nampak pulak orang jual ayam golek perghhhh! Sabaq weh sabaq. Ayam tak sembelih! Musim sejuk cepat betul perut bunyi. Tak boleh jadi. Masuk mart CnU (macam 7-Eleven), beli Peach Juice 1L 1400KRW buat alas perut. Murah k jus diorang (kalau tak convert la). Anggap macam RM1.40 gitu haaa

Kat Gwangalli beach ni port baik punya couple dok berdating, pastu orang dok bawak anjing berjalan. MD? Biasa la loser duduk kat tepi-tepi tu usha gelagat orang pastu dok merungut kenapa diri sendiri gemuk tak ada awek. Dapat wifi ok dekat pantai tu! Yes Korea memang wifi bersepah. Memang best la port lepak. Paling tak boleh belah gigih ya MD pergi ke gigi air laut tu nak pegang tengok air laut sejuk ka tak masa winter ni. Agak-agak korang?

Diamond Bridge. Lampu dia tukaq-tukaq kaler. Sendu dalam gambar tapi cantik depan-depan.

Tengah test ayaq laut tu sejuk ka dak. Tak sejuk pong. Patut tak beku

Semua berpasang-pasangan. Orang ketiga syaitan hoi! 

Usha kawasan keliling tu banyak ja kedai seafood. Tapi MD macam was-was nak masuk. Bukan takut tak halal ka apa. Takut mahai bhai. Kang makan ikan seekor kena charge beratus tak pasal-pasal tak cukup duit nak balik. Eh bagus jugak kan stay Korea forever? Haha nonono. So MD tahan la kejap lapaq tu. Dalam 10pm centu kot baru balik. 

Lotteria tu ada shrimp burger yang boleh makan. Tapi umat manusia ramai yakmat. huh

Ada 7-Eleven dekat dengan guesthouse tu. MD beli instant rice 2100KRW untuk 300g. Kalau convert dekat RM8 wehhhh! Ok tips, jangan convert ke Malaysia kalau nak makan. Kalau tak kebuloq lah kauuuu. 8 hengget kat Malaysia boleh beli nasik lauk siap teh ais lagi waaa. Pastu MD beli pepero 1200KRW. Ni pon dah dekat RM4. Haa nampak tak perangai suka convert tu. 

Balik guesthouse tengok owner guesthouse tu dengan family dia melentok baik punya dok layan drama korea pulekkkk. Dah la kawasan tv tu tepi dapur. Karang aku makan situ diorang mintak pulak makanan aku. Hah centu. Nak makan dalam dorm takut bau pulak segala serunding dengan sambal ikan bilis aku tu. Last-last lena ja la dalam kelaparan dan kebuluran yang penuh dengan penyiksaan. Dramatik tak?



Cube Guesthouse Review

Direction : Busan Station Exit 5 - Straight 29m - right 56m - left 58m - It's on left side above money changer

For the guesthouse, I would give 7 out of 10. A small but decent guesthouse. Kemudahan semua cukup. Berbaloi dengan price 15000KRW untuk satu malam. Cuma toilet ja spoil. Nak pi toilet dia kena keluaq kat area tangga nak naik tingkat dua tu. Share dengan penghuni-penghuni lain bangunan tu (bukan penghuni guesthouse semata-mata). And of course, takdak ayaq!

Common area Cube Guesthouse. Kecik ja tempatnya.

Tempat memasak and basuh baju. Ada free coffee, milk, bread, butter and jam. Nice!

Toiletnya. Spoil!

Sorry tak ada gambar dalam bilik. Stay dekat dorm kan. Tak boleh la nak shoot sesuka hati. Kang ada pulak penampakan mamat Korea separuh bogel dekat dalam gambaq tu. Ka korang suka? Lol. As a remark, its a decent place if you are in tight budget. Sebab dorm dia murah la compared dengan tempat lain. And the location is quite strategic. Dari subway station tak sampai 150m pon. Book through booking.com ya tuan-tuan dan puan-puan.


#Update : Cube Guesthouse dormitory pic from google



----- End of Day 1 ------




Psstt. Sorry Day 1 tak banyak gambaq menarik. Sampai pon dah nak gelap. MD x bawak DSLR mahupun kamera compact. Just bawak phone dengan Xiaomi Yi punya cam tu. Nak nampak apa memalam buta. 






Total Spend Day 1 :

Ringgit spent (will only be added to total expenditure at day 10th) 

  • Flight + Processing fee + Luggage : RM679
  • Nasi dagang + Mineral water : RM23

Korean Won spent :
  • Banana uyu, Strawberry uyu, Melona uyu : 3900KRW
  • Cube Guesthouse : 15000KRW
  • Peach Juice : 1400KRW
  • Instant Rice (300g) : 2100KRW
  • Pepero : 1200KRW


Total RM spent : RM702
Total KRW spent : 23600KRW




Teaser for day 2


My most favorite place in Busan. Masa first time ke Korea 2014 dulu dah datang sini. 2015 pon datang lagi! Ceq sukaaaa. Muntah pelangi tengok tempat ni.

44 comments:

  1. toilet terbalik dia tiba2 dejavu sejibik mcm wak kat jepon jugak., harhar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la macam pelik terbalik macam tu

      Delete
  2. teringin juga pi korea, cantik2 tempatnya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik.. tapi jangan judge melalui gambar-gambar post ni.. sebab first day ni mcm gloomy sikit..

      Delete
  3. adventurenye jln sorang2..mhl2 gak brg kat sane ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai ja orang suka travel sorang2 zaman sekarang.. ha ah bila convert mahal gak

      Delete
  4. teaser tu gempak. teringin nk gi busan, seoul, jejudo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu kalau pergi one day bolehla ikut entry Korea ni

      Delete
  5. tu tempat idaman ida jugakkkkk.. kalerpulll sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kennn suka kaler dia.. cuma masa pergi tu overcast sikit langit dia.. kalau biru lagi cantik

      Delete
  6. untung r dah pergi dua kali...
    kita sekali pun belum pernah...sob6
    T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki.. inshaAllah rezeki awak one day

      Delete
  7. Bestnyerr bercuti!!! K tu jer nak komen hehe

    ReplyDelete
  8. Diamond bridge tu macam Penang bRidge version lampu kelip kelap...

    Gambaq teaser day 2 cantik.. tak sabaq nak continue baca.. cepat sikit mengarang MD.. heh2

    ReplyDelete
  9. terbaik la.. travelling sengsorang pulak tu.. kalau Fiza mmg x berani la.. tp niat hati mmg nk sgt g korea.. penangan kpop punye pasal la nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel dengan geng pon best apa..say pergi sorang sebab takdak geng..

      Delete
  10. Assalamualaikum ..

    Wah!!! Dia travel sorg2 je g korea .. Qaseh punyalah teringin nak pergi .. tp x berani kalau sorg2 .. hahahah .. nice .. btw .. thanks tau jalan2 kat blog Qaseh .. jom kita BW lagi .. utk ajak kawan2 kita aktif blog semula .. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa kalau tak berani sorang travel in groups.. the experience is what important

      Delete
  11. pergi x kat tangga yg tinggi tu (maaf x igt nama) lokasi running man ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan ada tempat tu tapi tak pergi..

      Delete
  12. HAHAHAHAH ok sedih currency tu sesedih baymax tembak tangan dia?
    Awww ahahaha.
    Bestnyaaaaaa nak ikut T_T

    ReplyDelete
  13. Busan mmg cantik !

    **pdhal tgk dalam tv je

    tp serius, tgk dlm tv pun nampak cantik <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam tv cantik.. depan2 pon cantik.. tp bila ambik gmbar sendiri tak cantik.. huhu sedih

      Delete
  14. Untonglaa dah kali kedua, kita ni sekali pun tak pernah smpai lagi. :P

    ReplyDelete
  15. oh, supposed to pegi ngan kakak ye? then tak jadi, MD jejalan ni semua sorang je? wauu.. hahaha.. btw lawak lah pengalaman yang ahjumma tarik tangan tu hahahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu yang tu mmg pengalaman betul kena tarik tgn

      Delete
  16. Syioookknyaaaaaaaa weyyyyyhhhh ... nnt nak p korea ajak mr.doctor jd guide boleh x ? Heeeeeeeeee

    ReplyDelete
  17. Nanges kan tgk currency... Hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpaaaa.. meraung pon dia xkan turun.. huhh

      Delete
  18. suke..suke.. baca... nanti nak ke korea lagi la

    ReplyDelete
  19. Waaa bestnye... brp bajet pergi sana @Mr.Doctor??? Follow saya jika sudi..salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet ada dlm entry last trip korea ni..do check it out

      Delete
  20. lucu ya Allah baca pengalaman MD 1st day kat Korea neh.. ^_^ hope one day dapat pergi sana jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you..hope boleh pergi jgk nanti

      Delete
  21. Hi.. i guess my first time reading your blog.hehe
    Kelakar orangnye ye :)

    ReplyDelete
  22. omg . nk tgk mamat korea sebilik ngan u tuuu . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang korea lelaki tidur pakai underwear lah ya..

      Delete