Minions

20 May 2012

Kenapa Jadi Cikgu Best?

Assalamualaikum


Amaran kepada pesakit asma, lelah, epilipsi dan seangkatan dengannya, sila jangan masuk ke blog ini! Kawasan ini dipenuhi habuk, kuman, bakteria, sawang dan telah menjadi sarang tikus sejak sebulan yang lalu. Sila tanggung sendiri akibatnya sekiranya anda masih bergedil. Eh! Berdegil.


Oemjayy! Dah sebulan kot tak jenguk blog ni.  Ada yang rindu tak? Ada? Ada? Lalala.. Baru sebulan tinggal blog ni dah jadi sedikit sewel meroyan sorang-sorang. Takpa, sila abaikan ayat-ayat gedik kat atas. Meh fokus tajuk yang sebenar-benarnya. Sama topik macam yang khatib berkhutbah jumaat haritu iaitu muallim. Fahimtum ya sadiqun? Ecece speaking arab pulak.. Pasal cikgu la.. Ya aku teringin sangat nak jadi cikgu paling kejam di dunia..

Masa zaman muka suci, mulia, tak matured, no pimples, no halkum blablabla (zaman awal persekolahan), time tu jeles gila dengan cikgu wooo. Why why why? Heee.. Biasa la, budak-budak. Memang target gila la bila beso nanti nak jadi cikgu sebab kan.. kan.. kan..


1. Boleh duduk time perhimpunan.
  • Penat woh berdiri masa perhimpunan! Tambah-tambah kalau perhimpunan tengah panas terik! Gila ahhh.. Memang setiap kali perhimpunan berharap gila hujan turun.  Ayat feveret yang ditunggu-tunggu time perhimpunan ialah "Semua murid boleh duduk" dan "Majlis bersurai".. Ayat paling dibenci pulak "Semua murid diminta tunggu" yang diucap selepas perkataan "Majlis bersurai".... Cis cis cisdele..

2. Boleh makan special dekat kantin. 
  • Dulu-dulu kalau tengok bahagian lauk-lauk cikgu tu kan, meleleh-leleh air liur. Dah la ayam dia besar-besar. Boleh cedok sendiri, murah pulak tu! Dengan cikgu baik ja makcik kantin ni tapi bila dengan student.. Mau ku lempar pinggan nasi yang sikit tu ke mukanya. Garang gila kot..

3. Boleh buat soalan peksa susaaaaaaaaaah sangat. 
  • Weeeee, i love this part sooo much. Dulu-dulu selalu merungut soalan periksa susah, takda dalam silibus blablabla.. So nanti bila jadi cikgu, akan kubuat soalan tahap dewa untuk para pelajar. Muahahaha.. Plus kasi soalan yang diorang tak belajar lagi. Lagi syiok sehari sebelum peksa kasi kat diorang soalan spot yang salah! Perghh!!!

4. Boleh kasi kerja skolah banyak-banyak. 
  • Kalau boleh, sampai pengsan pun takpa. Memang dulu tak puas hati gila bila cikgu bagi kerja banyaaaaak sangat. Sampai 3-4 pagi pun kena berjaga lagi. Maka dengan itu, akanku sediakan kerja sekolah "menulis karangan sepanjang 7 kaki 8 inci" sebanyak 12 topik yang berbeza dan perlu dihantar esok.. Apa yang lagi menarik kan, bila tengok semua murid dah siap maka keluarlah ayat ini "Saya tak jadi la nak kutip kerja kamu hari ni" [trollface]

5. Boleh bagi markah peksa sikit ja. 
  • Selalu berlaku ketidakpuashatian di sini sebab orang lain dapat markah banyak kenapa aku sikit ja? So nanti memang aku nak kasi kat para students aku markah peksa ciput ja. Sebarang rayuan tidak dilayan. KFC dinner plate mungkin boleh dipertimbangkan. Huhu. Yang paling penting, tulisan buruk pun nak tolak markah. Muahahahaha #rasa macam ada tanduk dikepala.


6. Boleh buat spotcheck 5 kali sehari!
  • Bangga sekejap sebab masa kat skolah dulu tak pernah kena rampas lagi barang-barang 'haram' aku. MP3, henset, laptop.. Gua pro la bab-bab sorok benda ni. Gua pun bawak dulu. Modus operandi semua dah pro la. Dalam bantal, buat lubang dalam kamus, atas siling, bawah locker, dalam tiang katil and macam-macam lagi. So nanti bila aku jadi cikgu mesti kena kantoi punya la. Dan barang-barang tu semua akan jadi hakmilik kekalku. Weee~ #Cikgu-cikgu sila takenote ya dark area ni..

7. Boleh kejutkan kacau student yang tidur dalam kelas.
  • Weee, yang ni memang sakit hati la kalau kena. Tambah-tambah bila cikgu terus tanya soalan time kita tidur tu. Dah la dok mamai lagi, kawan pulak tak tolong langsung. Cam haremm. Kalau cikgu sergah or rotan meja then aku yang mamai ni termelatah pulak.. Lagi la 1000X malu.. Isk isk isk.. Next time, when i'm a teacher, water gun terus aku bawak masuk kelas tembak student. Muahahaha.
Serious nak tembak student tidur guna ni.. hehe

8. Boleh masuk bilik komputer selalu.
  • Zaman skolah dulu bilik ni la yang paling heaven skali. Aircond kooott.. Plus masa cikgu mengajar boleh senyap-senyap main game kat komputer. Tapi cikgu pun kedekut. Selalu ja taknak bawak ke bilik ni sebab student tak fokus. So kalau aku jadi cikgu, aku nak masuk sepanjang hari and main game puas-puas kat depan tapi bila nampak ja student bukak game.. PIAPPP! Rotan dipunggung. Hehe. Game korang hanyalah microsoft word dan powerpoint sahaja.

    ********************************************************


    Heee. Seriously, ni semua hanyalah angan-angan budak yang belum akil baligh. Ekceli semua ni kes nak balas dendam ja sebab dulu takleh protest dengan cikgu. So kita balas dekat generasi akan datang. Muahahaha (Gelak Kejam). Tapi sekarang, bila fikir-fikir balik, memang betul apa yang cikgu buat selama ni. Betapa teruknya diri aku dulu. Cikgu cuma nak yang terbaik untuk students dia. Bila dapat result peksa kurang baik, barulah timbul penyesalan tu dalam diri. Sob sob sob..

    Ya Allah, nakalnya aku dulu. So ingat adik-adik, mintak ampun kat semua cikgu sebelum tinggalkan zaman persekolahan. Mintak halal semua ilmu yang diberikan. Jangan pernah sakitkan hati cikgu-cikgu. Nanti diri sendiri yang akan menyesal tau. Tuhan Maha Adil. Kalau cikgu tak redha dengan kita, setinggi mana pun kejayaan kita ilmu tu tetap tak berkat. Nanti mesti ada ja yang kurang. Macam yang pernah cikgu MD pernah cerita (Tadi 'aku' sekarang 'MD'.. Haha, saja nak feeling-feeling tadi) 
    Ada seorang pensyarah ni, gaji mahal, tapi selalu macam takda duit ja. Tak tau duit tu semua pi mana. Tau-tau ja dah habis. Bila diingatkan semula, mungkin ini balasan sebab dia pernah tampar muka gurunya suatu ketika dahulu. Tengok, walaupun dah berjaya, masih ada yang kurang apabila hilang keberkatan belajar.

    Okla, sebelum mengundur diri, MD nak ucapkan SELAMAT HARI GURU (walaupun dah agak lambat) buat both of my parents, both of my sisters, dan tentunya semua guru yang pernah mengajar MD selama ini. Dan tak lupa jugak dengan para guru di luar sana yang terbaca entry ni. Tolong jangan ambik hati dengan ayat-ayat di atas. Hanyalah impian kanak-kanak terencat akal yang kurang matang dalam berfikir..

    Oh! BTW, my mom dah pencen baru-baru ni. Ini merupakan faktor terbaru kenapa aku nak jadi cikgu; boleh dapat hadiah banyak O____O

     Bismillahirahmanirahim.. Ya kita makan dulu..

     Nampak cam banyak tak?

    Tadaaa... ni pun ada lagi dalam keta.. 100 lebih kot!

     Bekas yang kusangkakan murahan.. Rupanya jenama Tupperware original 

    Yang paling mahal.. Lukisan daripada pelukis Salleh Dawam? Sape tu? =_=

    Paling menyentuh hati.. Hadiah persendirian daripada seorang student.. Mula-mula bukak pembalut nampak kotak tu tertulis "rempah kari babas".. Rasa macam nak gelak tapi bila tengok hadiahnya (Apollo, cekelet, dan bunga telur yang dipotong bawahnya), baru la tau yang hadiah ni daripada student yang kurang berkemampuan.. Tapi usaha jugak nak bagi hadiah kat my mom.. Wuuuu.. Touching kot T.T

    Pembalut saja sama tinggi dengan sofa.. Penat tau nak angkut pergi buang =__=



    Enjoyed? Annoyed? Drop a comment below

    27 comments:

    YaYaNsMuM a.k.a YM said...

    huhu...same la, jeles ngan cikgu time dolu2, huhuhu....byknyer hadiahhhh!best!

    Awan Nina said...

    bukan main jeles kat cikgu..
    haha

    NIZAM said...

    kejamnye skolah kau. skolah aku perhimpunan boleh duduk siap sembang2 cuma jgn bising sudah. lagi bagus time tu la bwk buku sbb nk copy homework ngn member. hehehe.

    selamat hari guru.

    :))

    Nurna said...

    Amboii dasyat betul angan-angannya,, huhuhuhu,, kemain.. memang sonok jadi cikgu nie,, lebih-lebih sekolah rendah.. ^_^


    http://belognurna.blogspot.com/2012/05/kata-pendidik-untuk-bakal-pendidik.html

    Boni JLL3 said...

    sebulan tak update? lamanya!!

    Nor Zilla said...

    hahaha... macam2 ragam kat skolah kan..?

    DySha.Pink◕‿◕✿ said...

    kdg2 xpecaya ne blog sorang lelaki.. hehehe.. but nice i loike... sejuk ati tgok.. kem salam mak k, selamat hari guru..

    erm, ayah sya dulu suh amik jurusan perguruan tp xnak sb takut nti student2 jd mangsa dera.. hahaha..

    Munirah Shamsudin said...

    Banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ;~;
    Oh and lagi satu, kalau jadi cikgu bila budak sekolah cuti cikgu cuti sekali. Paling best lah en.

    Azzah said...

    banyaknya bekas guru dapat hadiah..best2..

    p/s:dah berubah beno blog dia..kalerfull

    coklat susu said...

    hahaha part yang nak buat soalan peksa tu yg best~~haahha :D

    merahitujambu said...

    mak dor cikgu rupanya..selamat hari ikgu mak!!lama x singgah sini

    AtEn nAbilA said...

    nazir nazir . nanti hang laa pulak jadik cekgu . ganti mak hang . hehe . bole dapat adiah manyak2 . wow ! keke:)

    Cik tikah said...

    dapat lukisan tuh paling best! :D

    jelah said...

    ni yg suke jdi cikgu ni...setiap thun dpt hadiah....suke3..

    Asyiqin Haulisah said...

    cikgu saya cantik. sbb tu saya jeles dgn dia. hewhewhew

    Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ-a-n-n-a-b-e-l-l-a-h-a-n-iƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ said...

    hak hak..time skolah dulu sy suke bace novel bwh meja time ckgu ngajar..haha..rindu time tuuu

    azizah :) said...

    wah.. untungnya ur mom.. banyak dapat hadiah untung kan cikgu...

    Cik Amal said...

    sama lah !! ibu kami pun cikgu jugak . .

    "comelnya.. kalau colouring lebih kemas kompem mantap ni! :)"

    kami balas komen anda kat atas ni

    "Actuallykan, kami still baru dengan doodle nih ..
    ni festime buat oww
    nnt baru nak upgrade skill . . hehe"

    Dak Fisha said...

    fisha pon dulu nak jadi cikgu jugak. hehehe. akhirnya muncul jugak yer MD. tertunggu2 gak entry MD. Hem. MD nanti fisha nak bagi MD doodle tau. just wait k :)

    Hanamiko Sakura said...

    err, saya tak ada perasaan apa pun dekat cikgu kecuali sayang dan takut.. jeles tak ada... hehe

    Badrina Ibtisam said...

    Parents sy dua2 guru, so stiap hari guru sy & adik-bradiklh paling eksaited nak bukak hadiah hahaha! xD

    Yumida said...

    byknya hadiah mama awak....mmg pekerja yg disygi nih...byk kan kisah kita ngn guru2 dulu...yg bez ms hari guru stdnt xyah blaja..yeyy..mmg hepi sakan la..

    follower ke 1683

    Nurmaisarah Azmi said...

    hehe.. cikgu jadi inspirasi untuk anak murid die jadi ckgu jugak.. nice blog. come sangat..

    follow you

    QasehSuci said...

    mmg cita2 nak jadi cikgu...tp dah jadi lain plak dah...wpun cita2 tu masih tersemat dihati...

    iyou said...

    jeles dgn cekgu =_='

    bila tgk hadiah-hadiah, rasa nak gelak pulak dulu pernah bagi hadiah sabun buku fruitale kat cikgu sempena hari guru XD

    black rose said...

    same as me..dulu shima pon budak nakal tapi tak sampai meyusahkan cikgu..

    p/s: teringat plak masa thn 1 dulu main police tan tri masa rehat bukan pi makan pon paling best beli pemadam byk2 and main tindih2.. haha:)

    Nur Zulaikha said...

    ish ish..nakalnya MD ni..hehehe..jgn buat mcm tu lg taw..ksian cikgu tu..tp yg kejutkan student tidur tu pernah kena..waktu tu cikgu nk kejut sahur..so die kejut student die dgn sembur pistol air..huhuhu..mmg sweet memory..

     

    Copyright © 2016 | Designed by Mr Doctor

    Best viewed with Google Chrome