Assalamualaikum
Warning!!!
**Entry ini mengandungi kandungan 18SX! Kepada yang belum baligh sila dapatkan bimbingan daripada ibu bapa anda. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul setelah membaca entry ini. Ini adalah kisah benar yang dilalui sendiri.
Pagi yang sungguh hening, terasa berat sekali hatiku meninggalkan gebarku ini. Namun, mentari telah tinggi di langit biru yang utug berdiri tanpa bertiang itu. Panahan yang sangat menyilaukan. Digagahkan juga mata kuyuku dibuka. Menggaru-garu badan yang tidak gatal, aku melangkah perlahan masuk ke bilik mandi yang terletak di penjuru kamar. Ah! Pasti dingin sekali.
Masuk di bilik air, memijak saja lantai yang sejuk itu, bulu romaku berdiri. Ditanggalkan baju, seluar dan disangkut di penyidai yang ada di situ bersama tualaku. Krik krik.. Aku terpana. Sesuatu benda sedang bergerak di dalam bilik mandi ini. Yang pasti aku bukan sendirian. Pintu masih tertutup rapat. Mataku lantas terpandang lembaga yang tadinya bersembunyi di balik pintu...
Opocottt mak!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Aku menjerit sekuat hati. Namun suaraku seakan terlekat di kerongkong menjadikan suasana sunyi seketika. Lembaga itu memandangku, Sekujur tubuh seksi yang mungkin menambat hatinya. Aku tergamam memandang lembaga itu. Kami bertentangan mata. Dia dalam keadaan tanpa seurat benang. Aku tidak dapat bertahan lagi. Kemudian...
Cut!!!
Wei wei wei. Apa yang korang bayang ha? Jangan noty noty, tak baik. Aku dan lembaga itu, tidak buat apa-apa ya. Nak buat apa lagi? Lari la bila nampak seekor biawak sebesar betis aku ada dalam bilik air tu. Ya, biawak. Ekceli aku tak terus lari pun. Pelan-pelan aku bukak pintu. Tetiba dia bergerak dan time tu la aku terus lari menjerit-jerit dalam rumah. Aisehh. Habis hilang kejantanan aku.
Lebih kurang spesies hitam camni la. |
Kurang hasam kau biawak. Korang boleh bayang tak? Seekor biawak panjat masuk ke dalam bilik air melalui lubang jamban di mana saluran paip tersebut hampir 5 kaki tinggi! Seriously tak boleh bayang, adakah dia mengintai aku ber-ehem selama ini dari bawah sana? Hampeh betul. Tercalar kehormatan aku ni.
Mujur abah ada tangkap biawak tersebut. Ewwww. Pakai guni ok! Bukannya naked hand. Ekceli aku pun bukannya takut sampai macam tu sekali, cuma terkejut beruk kot bila duduk bersama biawak di dalam bilik air yang tertutup. Fuh, lega dah ditangkap. Harap-harap jangan la ada lagi tetamu yang tak diundang datang lagi. Sekian.
Teringat kisah seorang pelancong lelaki di Pulau Komodo, Indonesia yang telah diratah hidup-hidup oleh biawak gergasi di pulau tersebut. Brrrrr.. Meremang bulu roma.
Komodo Island Indonesia :
haha..biawak2..dia pernah masuk tau rmh dila..duduk dlm atap..disebabkan dia berat,hbs runtuh atapku..huhu
ReplyDeletehuhuhuh...gatal betul biawak tu..huhuhuh
ReplyDeletetak sangka disebabkan dia minat kat MD, sampai.. sampai dia sanggup masuk nak mandi dgn.. dgn MD sekali. hehe
ReplyDeleteini dah terbukti MD bukan dicari di alam maya sahaja, malah di alam realiti juga..heee~
dia nak suruh MD buat doodle kat dia ler tu.. hehe ^_^
eeee..x suka biawak..bahayanya..huhu..
ReplyDeleteigtkan td nk suspen nmpak lipas..haha..XD
wahh... jumpa biawak dekat bilik mandi memang meremang bulu roma... ngee~
ReplyDeletehaha .. saspen skjap !
ReplyDeletenasib baik kat Malaysia takde biawak komodo..huuuu, takuuuuttt...
ReplyDeletePeh! kebetulan semalam pun gua dikejutkan oleh seekor cicak yang luar biasa saiznya. Tak la sebesar biawak seperti yang diceritakan namun tetap agak mengejutkan. Nasib baik gua macho dan mengekalkan posisi gua dengan stabil. Masa tu gua nak berus gigi, cicak tu pulak lekat dekat dinding. Gua rasa cicak tu terkejut melihat kehenseman gua dan melarikan diri ke port beliau bersembunyi.
ReplyDeleteGua saspek cicak itu masih ada didalam bilik air. Cuma gua tak tahu dia sembunyi mana. Hmmm.
besarnya!
ReplyDeletetadi dah tekan pangkah dah...pastu masuk balik...rasa2nya MD bukan org mcm tu..bersangka baik..heheh...daha agak dah...bukan 18sx pown...hahaha...
ReplyDeleteerk , biawak makan orang kah ? seram . .
ReplyDeleteehehe.. hilang sedih baca entry ni..
ReplyDeletewaaaaaaaaaa... md..bikin kak ima lup dup..lup dup..saje..ahahah..
ReplyDeleteseyes! akak geli dgn biawak!
hahahahhahaahha !!! ap lahhhh . isi pertama cukup mengghairah kan tetiba kua biawak . muahaha !
ReplyDeleteBiawak... oh Biawak.... bikin kejutan....
ReplyDeletehahahaha..starting macam siot je..hahaha
ReplyDeletebiawak pun bhya...huhuhuuu
ReplyDeletehahaha.. rasa macam da komen. tapi tak ada plak komennya..hehe.
ReplyDeleteP/S : apa yang dimaksudkan dengan ber'ehem2' tu? hahahahaha
biar betul ada biawak.aiseyh ni kalau sy yg kna,mau pengsan jadinye.tapi mmg betul biawak besar bleh makan org.tu yg bahayanya.muahahaha
ReplyDelete