Melukis Doodle Itu Haram... ◕__◕

28 January 2012

Assalamualaikum...

Sob sob sob.. So korang dah baca kan title entry ni.. Melukis doodle itu haram hukumnya.. MD pernah dengar pasal ni dalam ceramah radio sebelum ni.. Dan tadi pulak terbaca entry INI..

Ianya berdasarkan hadis ini :
 "Manusia yang paling pedih seksaannya di hari Kiamat, ialah yang meniru Allah menciptakan makhluk (pelukis, penggambar adalah peniru Allah dalam menciptakan makhlukNya" (HR. Bukhari dan Muslim) 




Sedih, takut semuada ada.. So dah tak boleh la melukis lepas ni??
 Maknanya MD kena bersara la dari dunia doodling..So salah la apa yang MD buat selama ni??
Untuk dapatkan kepastian.. MD tanya la soalan ni dekat orang yang lebih tahu.. Ustaz Azhar Idrus.. MD tanya di page beliau.. Tapi yang menjawabnya bukan UAI.. Tapi anak murid beliau bernama Fainor Mufakirin.. Beliau memang banyak membantu menjawab persoalan yang diajukan di blog UAI.. Boleh tengok blog beliau di SINI.. <-- Follow lah beliau.. Banyak info yang berguna..

So korang ready untuk tengok jawapannya?? 
*Ekceli nak printscreen.. Tp my netbook ni kecik.. Bila bukak kat komputer.. link my question yang I save dah tak boleh bukak.. Hmmm.. So.. I just write the conclusion ja la*


Melukis doodle tidak mengapa.. Harus untuk tujuan berdakwah.. Tapi haram untuk tujuan komersial dan mempersendakan agama.. <-- Diterangkan oleh saudari Fainor Mufakirin






P/s : Sama-samalah kita cuba mencari keredhaan-Nya.. Wallahua'alam..

43 comments:

  1. sedih bilaa dapat tahu kan ? mula2 stop , start balikk .. bila da bosan stopp terus .. haha (saya laa tu )
    lain orang lain pendapat .. mcm2 orang kata .. tak tahu nak dengar yang mana satu ..hmm

    ReplyDelete
  2. saye penah tanya kat ustazah..kalau setakat lukis2 kartun 2d camni boleh,cuma haram kalau jadi penggambar..kire cam kita create satu bende yg 3d dan menyerupai ciptaanNya.mcm rantai owl dan patung figura..
    *x sedap kan bunyik ayat ni?haha

    :)

    ReplyDelete
  3. ow, begitu...terkejut tgok tajuk tadi..

    ReplyDelete
  4. betul ckp mira tu,selagi doodle kite x menyerupai manusia ianya dibolehkan dan doodle tu 2d..so dont worry :D

    ReplyDelete
  5. yeayyy... tq for info yg berguna ni...

    ReplyDelete
  6. ada gak isu ne kuar.. tp selagi gambar yang kita buat tidak cukup sifat dan tidak menyerupai yang asal serta tidak mendatangkan kekaguman orang lain rasanya tidak haram.. wallhualam.. sya tidak mahir dalam bab agama ne tp banyak gak bmembaca hal2 agama:).. tp semua bergantung pada niat kita.. CINTA Allah, DIA yang satu!!

    ReplyDelete
  7. oh begitu...thanks for the info doktor ;)

    ReplyDelete
  8. Tu la.. Risau jugak.. Maknanya kalau lukisan tu ok ja la.. tq for response..

    ReplyDelete
  9. n hadi penah tgk komen UAI sndiri ..

    dia ckp,, melukis xper,, utk tujuan suka2,, asalkan lukisan itu bukan utk dijual dan ingin mencari keuntungan ..

    waallahu a'alam .. itu jawapan beliau .. =)

    ReplyDelete
  10. dah lama dah sy dengar fasal isu nih..sebelum sy terlibat dgn doodle lagi..tpi ada pendapat cakap kalau lukisan tuh tak sempurna sifat macam ciptaanNYA tak per..WALLAHU A'lam..

    ReplyDelete
  11. pernah jugak baca. walaupon doodle saya tak cantik dan comel. -,-' huh , bersama-samalah berdakwah . btw,first time disini dan tersgt terkejut sebab terlalu kreatif. :)

    ReplyDelete
  12. pernah dengar pasal hadis kat atas tu.. tapi kalau tujuannye dakwah baguslah kan.. lagi pun belom pernah ag tengok doodle yg bukan2.. mesti lega perasaan kan?

    ReplyDelete
  13. pergh nasib baik.dah la baru nak menjengah ke dunia doodling..tetibe kua fatwa gni tekezut eden..hehe

    ReplyDelete
  14. ramai dah orang yang terlibat dengan doodling semua ni...
    blog ni juga penuh dengan doodle...
    cantik
    mesti guna ps kan

    ReplyDelete
  15. singgah sini :)

    tujuan komersial tu maknanya jual ke ? maaf sy kurg faham . .

    btw nice blog :))

    singgah blog saya jika sudi :)
    sonatadecember.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. dah lama musykil pasal nie. thanks yea for the info.

    ReplyDelete
  17. comel2 doodle kat sini. suka!

    ReplyDelete
  18. saya pon sentap bila tgk tajuk tp naseb la da bca sampai abes.

    cam mne plak pelukis2 kt tepi jalan tu ye.. hmmmm...

    ReplyDelete
  19. asalkn tidak menyerupai ciptaan.. :) rasanya tiada manusia serupa dengan doodle.. eheh :D

    ReplyDelete
  20. nasib baik...memng merungsingkan..tapi selagi ia tak menghina agama dan sekutukan Allah dan rasulullah..ia masih lagi tak haram..thankz for the info...

    http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rama-rama-sungguh-cantik.html

    apa pendapat ustaz rock?

    ReplyDelete
  21. entri ni dipromote di blog ben ashaari tuu... tp entri ni mmng berguna..
    klu boleh utk setiap lukisan yg kita buat selitkan mesej dan pengajaran yg hndak disampaikan...

    ReplyDelete
  22. comelnya dodle2 kat atas tu :) bak satu

    ReplyDelete
  23. Wow! nice cartoon.. nice entri wehh.. ;D

    ReplyDelete
  24. fuhhh , so bole melukis doodle lgi la ni? Nasib baik >.< .

    ReplyDelete
  25. haram ? em , saya ada dengar pasal bnda ni. saya rasa boleh but tidak melukis secara sempurna. i mean, ada mata, telinga, mulut tapi tiada hidung kah atau salah-satu tu tiada. maybe boleh. sebab saya memang ada terbaca pasal ni. just perkongsian ~ kalau salah betulkan .

    ReplyDelete
  26. klu tujuan utk berdakwah , insyaAllah dibolehkan :) papepun tnya lah yg pakar . btw nice doodle here :)

    ReplyDelete
  27. Salam :D

    Menjenguk & memfollow dari blog En. Ben Ashaari :D

    Saya baru je terbaca artikel pasal perkara ni harini, jadi tak terkejut sangatlah baca tajuknya (berdebar sikit tapi, kot ada hukum yang lain lak kan).

    & saya suka mendoodle jugak :DDD Doodle kat sini comel2! Saya akan letak Mr MD pada sidebar saya, insyaAllah. Teruskan berdoodle! :D

    ReplyDelete
  28. eima pun pernah dengar kawan eima cerita pasal benda nih.

    ReplyDelete
  29. hahaa, comel je doodle tu yg "er, sori2 ko tak haram" :D

    tp camana kalau lukis doodle pompuan ,tudung terpendek ke... tu kira mmpersendakan agama ke?huhuu

    btw, comel blog walaupn hijau :D

    ReplyDelete
  30. tQ MD...terkejut Qaseh bila dpt tau...

    Mmg dulu was2 jgk...tapi belum sempat bertanya pd yg arif...alhamdulillah...sekurang2nya kami semua tak sesat jln..tQ byk2...

    Anyway follow awk yer...

    Cian doodle awk tu...heheh

    ReplyDelete
  31. Ustaz cakap, lukis kartun takpe. Sebab kartun tak sempurna :) tak tahu la.. nak haramkan, takut.. nak halalkan pun takut. sebab tak tahu mana betul

    ReplyDelete
  32. huhu..mesti rmai yg tkjut nie..1st time bca title pon dah timbul rsa ingin tahu..tx 4 sharing..

    ReplyDelete
  33. banyak isu tentang ni..pelbagai di ungkah kan..tp jawapan memang terbaik..=)

    ReplyDelete
  34. tajuk pun memang menarik minat

    terbang dari blog abg ben gak.hihii

    ReplyDelete
  35. uisshhhh buat suspen aje....

    ReplyDelete
  36. alif pun penah tanya ustaz satu masa dulu... melukis boleh asalkan tidak menyekutukan Allah dan tiada unsur2 penyembahan atau pujaan...

    lebih bagus sekiranya lukisan itu bermotifkan dakwah dan islamiah..

    ReplyDelete
  37. MD nak tanya bole ? habis kalau yang wat doodle then dy jual tu ? mean tujuan komersial la kan ?

    ReplyDelete
  38. is ada baca dari ustaz azhar idrus punya jawapan, psai lukis kartun xtutup aurat... lebih kurang doodle kot no... hukumnya haram

    rujuk link ni

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=360612330635936&set=a.360612250635944.86815.100000615173931&type=1&theater

    ReplyDelete