Tak Payah La Sembahyang Jumaat.

25 December 2011

Assalamualaikum

Satu lagi entry ajaran sesat daripada MD. Huhu. Dah, letak telipon tu. Jangan call polis pulak. Kali ni MD cuma nak cerita satu fenomena 'Orang Melayu' waktu sembahyang jumaat, based on my observation kelmarin. 

Well, kelmarin MD and family pergi Padang Besar, Perlis, saja nak shopping2 beli plushies angry bird. Waktu tengah rambang mata tu... Allahuakbar, Allahuakabar. Ok terlalai sekejap. Hari ni Jumaat. So, me and my dad rush la pergi masjid. Masa nak masuk kereta pun ada lagi orang baru sampai Padang Besar ni. Err, tak sembahyang jumaat ka pakcik oiii..
Gambar Hiasan.. Pakcik ni tak bersalah k..
Hmm, memang tak brani nak tegur. Lagipun tak berapa pasti tentang hukum sembahyang jumaat bila musafir. Rasa macam tak wajib bila seseorang bermusafir. So MD diam ja la sampai la malam pagi ni. Baru teringat nak search.

Hasilnya :

Ada dua hadis yang berkaitan isu ni.


Hadis Nabi SAW, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka wajib atasnya mendirikan solat Jumaat kecuali dia seorang perempuan, orang musafir, hamba dan orang sakit."(HR al Daruqutni & yg lainnya)

Sabda Nabi SAW,"Solat Jumaat wajib atas setiap orang yang mendengar seruan azan."(HR Abu Daud)


So, mengikut mazhab Syafie yang menjadi pegangan kita di Malaysia, WAJIB hukumnya bersolat Jumaat jika bermusafir pada hari Jumaat, bagi :

1. Yang memulakan musafirnya bermula selepas terbit fajar subuh,
2. Yang mendengar azan untuk solat Jumaat.

Ok mungkin pokcik2 tu bertolak sebelum subuh. Tapi memang sah-sah dengar azan time tu. Lagipun, dari mata kasar MD, takda pulak halangan lain yang menyebabkan mereka tak wajib solat. Berakal? Baligh? Waras? Rasanya ya. Tapi.. tu la, leka betul bershopping. Kalau masih duduk dekat lebuh raya PLUS tu tak kata la. Mana nak cari masjid.

Satu lagi isu lain. Tak habis lagi ni.  Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9, yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"


Ayat kat atas ni terang2 tunjuk larangan Allah dekat orang islam daripada shopping2 waktu dah azan Jumaat. Ulama' bersepakat azan tu azan kedua.  Larangan ni ditujukan kepada semua sekali yang terlibat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki. Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.

Tapi yang MD tengok, selamber ja orang laki dok tawar-menawar. Yang peniaga pun tak tutup kedai, yang pembeli pun buat muka innocent ja. Hmmm, apa la nak jadi umat akhir zaman ni. Jangan ingat bila musafir ja, tak payah la sembahyang jumaat. Kepada readers, jangan melenting pulak abang2 ya. Err, kalau ada apa2 fakta yang diragui sila komen ya. Peace..


P/s : Dekat Perlis lepas sembahyang takda doa berjemaah. Tercengang jugakla bila semua orang terus bangun lepas bagi salam. Huhu. Pengalaman baru ^___^

8 comments:

  1. pi pdang besaq tak hbaq cekbolat !

    and tengs info yg lebih jelas tntg solat jumaat ni..

    buley pkai bler dh kwin nnt kan syg? eh? hehehehhe

    ReplyDelete
  2. Saspen je Doctor ni. Ingatkan ngape tak kasi org gi solat jumaat. Rasanya ramai kot yg buat dek je bila dgr azan bukan masa solat jumaat je.

    ReplyDelete
  3. beselah manusia akhir zaman, kot lelaki terlalai, disitulah peranan perempuan bergelar isteri utk mengingatkan..^_^

    ReplyDelete
  4. susah nak komen..mgkin kalo ada keberanian, ajak ke masjid sekali?

    padang besar!shopping best..:)

    ReplyDelete
  5. x tau nak kata ape dah...kang kata org...awak pon bknnyer bagus sangat.. ^_^ kan..kan..

    ReplyDelete
  6. Tulah. Padahal solat jumaat tu wajib. Sy ada dengar yang kalau tinggalkan solat jumaat 4 kali berturut-turut, Allah tutup hati kita kan? Agaknyalah.

    Takut gak dunia dah akhir zaman ni.

    ReplyDelete
  7. CekbOlat-bOlat : Huhu... Dah pikiaq pasal kawen? Ish3x...

    LydSunshine : Tu la pasal... Yang pegi masjid pun ramai yang lepak luar sambil isap rokok.. Hampeh tol..

    Juliet_iRa~" : Tak da keberanian nak tegur.. Hanya boleh cegah kemungkaran dengan hati (Selemah-lemah iman)

    CCICute Design : Tu la.. Tak pasal2 kena maki balik.. hmmmm

    Akmal Khalidah : Nauzubillah... Orang sekarang ambik mudah ja kan...

    merahitujambu : Sesama... hehe

    ReplyDelete