Assalamualaikum
Pernah sampai sini dak?
Third time pergi Seoul, dengan tak dirancang sebab menang contest. End up mereput dekat guesthouse sebab macam dah tak tahu nak pergi mana. Ha tepuk! Last-last dapat idea dengan stalk Instagram student-student Malaysia dekat Korea. Ya la mana lagi nak cari expert kalau bukan depa kan. Depa ni sambai belacan pon dah macam ewww geli tau uolls sebab sibuk kebuloq kimchi. Haha mau kena lempang kalau depa baca. Anyway, gigih la iolls stalk ibarat stalk bakal jodoh, screenshot bagai and finally dapat 3 tempat ni yang ceq rasa kurang popular dalam kalangan tourist Malaysia. Cekidout.
Seodaemun Prison
Direction :Dongnimmun Station, Exit 5.
Ya melawat penjara weh! Punya la takdak gheja dah hahaha. Hampa pernah pi penjara Sungai Buloh? Kot la pernah kena tahan ka eh? Tak pernah? Ni la masanya nak masuk penjara. Lol. Dah la bayaq 3000won nak masuk penjara. Ko mampu? Siap pakcik juai tiket tu tanya dari mana sebab macam tak banyak foreigner datang sini. Biasa budak-budak sekolah/universitas diorang ja buat lawatan. Tapi tempat ni bagi ceq cantik dan unik. Hoho bukan sebab ceq dari Law background tau. Ekceli ni bekas penjara, which kalau baca sejarah dia macam tempat pejuang Korea ditahan masa Jepun jajah dulu. Siap ada tempat gantung sampai mati lagi which I found creeeepy.
Dia punya penjara tu boleh kompius dengan universiti.
Ni macam lawatan budak sekolah menengah. Gigihla main dalam kolam beku tu.
Feelinglah cari wifi dekat penjara.
Signature Seodaemun Prison, bendera Korea besaq ni ha.
Sorae Ecology Park
Direction :Soraepogu Station (Ada 1 Exit ja). Lepas keluar Station ambik kanan and jalan sampai hujung akan jumpa pasar ikan. Ambik kiri dan jalan sampai habis pasar ikan tu. Jalan depan sikit lepas penghujung pasar ikan tu and akan nampak terowong belah kanan. Masuk terowong tu dan akan nampak rumput tinggi-tinggi on the other side so ikut path tu dan akan sampai ke Sorae Park. (Total dalam 2km)
Ok kalau hampa mai Seoul ceq recommend sangat day trip ke Incheon. 1 jam 45 minit ya dari center Seoul. Yang ni macam juling bijik mata tengok bebudak Korea tu post gambaq kat Instagram sebab macam lawa gilos. Windmill dekat tengah-tengah padang rumput. Ya jangan ingat Incheon ada airport ja. Tempat ni free of charge ya. Tapi ketahuilah kena jalan dekat 2km dari subway station nak ke sini. Berbaloi demi banyak like di Insta ehhh. I’m pretty much alone here selain ada orang dok shooting video clip lagu. Tak tahulah artist ka apa tapi lagu rap-rap gitewww. And lecah sikit ya. Set dalam kepala, kasut kotoq takpa demi Instagram! Demi Instagram hahahaha. Mohon Malaysia buat windmill dekat tengah-tengah bendang kita jugak. Kompem jadi port bebudak wechat.
Sanggup jalan jauh demi tiga ketul ni.
Tetiba baju terblend-in dengan rumput.
Nak panjat ka panjatlah. Tapi takleh masuk. Boleh mengendap kot tingkap ja.
Ada bangunan pelik ni sebelah Sorae Park tu. Bangunan apa eh?
Songwol-dong Fairy Tale Village & China Town
Direction :Incheon Station, Exit 2. (Incheon Station ya bukan Incheon International Airport Station). Jalan terus 200m dan ambik kanan. Akan nampak tiang-tiang comel dengan patung panda tu betul la tu.
Songwol-dong Fairy Tale Village
Actually ni dekat Incheon jugak. Kira sekali harung dengan windmill park kat atas ni. Fairytale village dengan Chinatown ni sebelah menyebelah okay. Depa hias kampung depa macam tadika permata gitchewww. Tempat ni macam syok nak posing-posing sebenaqnya tapi bila pi sorang jadi segan pulak iolls. Yang paling penting, ada wifi laju ya. Boleh la nak buat live dekat Insta or Facebook tunjuk dekat orang kampung muehehehe.
Kemain kedai juai roti dia.
Ada kedai-kedai souvenir jugak jual benda comel-comel.
Sibuk ja diorang ni nak bubuh love lock kat mana-mana. Ceq single dan lonely tau dak!
Sampai Maghrib la dok memusing area ni,
China Town
Sebelah ja dengan Fairy Tale Village kat atas. Ceq memang feeling Petaling Street tak pernah pergi, Chinatown negara orang pulak yang hegeh-hegeh nak jalan. Btw dekat Chinatown ni kalau nak makan ada jugak mandu (dumpling) udang yang ceq baca boleh makan. Patutlah beria taukey tu bukak pintu kedai dia jerit “Shrimp Dumpling” dekat ceq panggil masuk tapi apakan daya ceq ada gout. Sobs
Jalan terus hujung nu sampai balik Fairy Tale Village
Ni macam bangunan paling grand kat sini. Fefeeling cerita Jackie Chan sangat.
Ni macam dah tercampur China Town dengan Fairy Tale Village tu.
*Tips: Korang boleh buat Incheon day trip untuk cover Sorae Ecology Park, Fairy Tale Village dan China town memandangkan nak ke sini dari Center Seoul pon dah dekat 2 jam. Soraepogu Station dengan Incheon Station satu line so senang lah.
So korang pernah tak pergi tempat-tempat ni? Rare ka tak rare? Kalau pernah korang memang backpacker Korea power! Sebab tengok dalam itinerary blogger-blogger lain macam tak pernah include tempat ni.
Anyway, happy travelling.
Thanks for sharing..menarikk...windmill tu cantikk..
ReplyDeleteFairy tale village..nak pi, nak pi..
bangunan kt Sorae Park tu mcm bangunan burung walit...hehe..
Tak tahu yang no 2 tu. Lepas ni kalau repeat Korea, maybe boleh masukkan sekali dalam list.
ReplyDeletesubhanallahhh.
ReplyDeletecantik2nya doc.
suka akak..
yr pictures mmg awesome.
Yaaa, yg penjara tu memang x pernah nampak /baca, be it kat ig or blog. Kira memang rare lah Malaysian pegi situ.
ReplyDeleteGood post! We are linking to this particularly great content on our website.
ReplyDeleteKeep up the great writing.
kalu tipu org ckp pic tu amik kat belanda pun org percaya hahahaha
ReplyDeletesy lom penah smpi korea lg insya allah sy akn cuba jejaki tmpt ni 1 hari nnt
ReplyDeleteLawanya Ecology Park tu! Lagi lawa dari Haneul
ReplyDeleteWihh bagus dan sangat bermutu sekali Content ini ,akuu sukaaa ,aku suka.
ReplyDeletejangan lupa senggol kita juga ya AGEN BANDARQ
Wah, seronoknya dah tiga kali ke sana!
ReplyDeleteBoleh bawa trip lepas ni 😊
seronoknya jalan2 :)
ReplyDeleteHi so you went there during autumn kan? when is it? i am going there on early autumn 12th - 18th october. So, wondering view mcm tu dh ke or still green bcs you know summer juat ended or i would a mixture of green + yellow/brown landscape eh?
ReplyDelete@nohas tu lah cantik sangat windmill tu.. Hahaha sarang burung walit yang bising tu ka.. Pon bolehhh
ReplyDelete@Farah ha ah tempat ni pon macam jauh sikit.. Selalu dok baca itinerary orang pon tak pernah jumpa.. Sebaik ada budak korea share.
ReplyDelete@Azian Elias thank youuuu.. Bukan main susah lagi nak ambik gambaq bila solo travel hahaha
ReplyDelete@Nurul Shahira huhu macam pelik ja kan pergi oversea melawat penjara
ReplyDelete@dear anies hahahaha kannnn.. Berangan nak pi Belanda
ReplyDelete@dear anies inshaAllah sis.. MAY ALLAH EASE
ReplyDelete@Nurul Rasya alaaa tak pernah sampai haneul lagi.. Padahal yang tu yang dekat..
ReplyDelete@Farrah MF nak bawak trio serah kat student sana la yang pandai cakap korea.. Haha
ReplyDelete@Aida Farzana Mohmad Shamsuddin alhamdulillah
ReplyDelete@Azmina Yusop alaaa sorry its hard to say sebab tak pernah pergi exactly time tu
ReplyDeletenice picture. paling suka hat 3 ketui.. mmg cantik view situ.. pssst kalau xnak trip solo boleh bawak hakak sekali hahahaha.
ReplyDeleteKannnn yg tu pon favourite saya.. Hahaha nak bawak diri sendiri pon tak berapa mampu..
DeleteCantikkkk
ReplyDeleteAwww thanks ya
Delete