Minions

24 April 2016

Korea Autumn/Winter Trip 2015 Day 9 : Ewha Woman University, Namdaemun Market, Korea National University

Assalamualaikum
30th November 2015 | Monday 

Ewha Woman University yang tersangatlah sungguh begitu amat cantik nian. RIP my tatabahasa.

Hampa ingat dak ceq ada ceghita ada tourist dari China ni mulut dia takdak insurance sikit sampai hati kata muka ceq macam India. Ni ha baca kat entry >INI<. So amoi ni mintak tolong. Since weolls sama-sama tingkat empat hostel yang takdak lift, dia mintak tolong angkat beg dia turun bawah. Dah la demand nak pukul 10am. Adeh seb baik tentatif MD harini memang free and easy. Tolong pi laaaa dapat pahala. Walaupun beliau kutuk titewww. Sobs. Beg dia seriously berat gila dalam 30-40 kilo camtu. Weh hang seludup oppa Korea ka apa! Ok lepas dia naik bas, baru la boleh keluaq berjalan dengan tenang. 

Ewha Woman University (Edae)

Direction : Ewha Woman University Exit 3 - Walk 300m

Day 9 ni decided untuk melawat universitiaq. Ha tudia bahasa Kedah dia. Since dulu takdak peluang ngaji obersiaq, ni la masa dia. Acah-acah bawak buku langgaq gadis Korea pastu tersentuh tangan pastu cinta pandang pertama. Dusshhhh perasan! Dah la badan besaq! Langgang minah Korea sekeping papan tu kompem dia masuk ICU. Anyway, jom melawat Ewha Woman University atau singkatannya Edae. Don't worry. Laki pon boleh masuk. Yang penting, iman kena kuat. Hah camtuhhh! Tundukkan pandangan noh. Jangan tudukkan gadis Korea itu pulak. Duhh hambarnya. Seriously orang depa ni segak-segak. Muka ori tak ori lain cerita. Layanla gambaq university tour ni.

Excitednya! Excitednya! Excitednya!
A very nice day indeed. Mana nak cari tulang rusuk ni? Blerghhhh. Lemak hang tebai memang la tak nampak tulang rusuk.
The famous landmark of Edae. Kiri kanan tu cermin ya. Boleh nampak orang study dalam tu. Nak masuk tak sure pulak boleh ka tak.
Ni view dari atas lepas habis terbakaq lemak menapak tangga ni.
Weh kalau dapat belajaq kat universiti macam ni memang kompem tak ponteng kelas. Kelas pukul 10, lepas subuh dah baring-baring atas rumput tu.
Macam Harriaq Potteaq punya bangunan kan. Hogwarts! Haa mula lah berfantasi.
Wei adik manis awat jalan laju ngattt. Lambat pi kelas lettew.
Ok dalam ni mesti kelas Professor McGonagall dok ajaq Transfiguration. (Abaikan fantasy Harry Potter ceq)
Mungkin bawah tanah tu Professor Snape punya kelas Potion? Who knows.
Laluan nak pi Kelas Herbology Professor Sprout.
Komfem! Ni jalan nak pi rumah Hagrid.
See? Kan dah kata rumah Hagrid. Eh ka rumah Conjuring tu? Erkk
Hampa ingat University kat Korea ada patung-patung naga atap melengkung macam tokong tu ka? Dak weh bangunan dia Western semua.
Kebun abah MD pon kalau letak bangku batu lawa macam ni jugak. Herhh
Dah-dah jom jalan turun. Ni laluan tepi bangunan cermin tu.
Lagi lawa weh!
Ish memana orang pi mesti ada ja nak jalan couple-couple ni. Haram tau dak! Ha tudiaaaa
Tu haaa bangun landmark cermin tadi. 
Ada church kat atas tu.
OK kesimpulannya kalau ceq pompuan ceq nak mengaji sini.

Nampak gambaq macam cerah elok ja kan. Padahal sejuk dia tu ha macam nak pi bakaq rumput kering tu bagi panas satu universiti. Tapi matahari dia terik. Kalau perempuan kulit sensetip tu mohon pakai vaseline. Yang kulit badak macam MD, well, serlahkan kebadakkanmu. Eleh bajet macho padahal lari kejap masuk Information Center dia sebab sejuk. Nothing much to see there. Bought hot cappuccino 500KRW from the vending machine.

Ya vending machine diorang ada ayaq panas. Well suam ja sebenaqnya. Genggam la tin tu kasi panas badan.

Lunch at Alchon

Direction : From Ewha gate walk straight 50m - Turn at 2nd right junction and walk 70m - Alchon on right

Takkan kopi ja kot alas perut. Perut melayu ni guys. Nasi mana nasik? So lunch harini dekat Alchon. Dekat ja dengan Ewha tu plus murah ok! Murah kalau tak convert la. Kalau convert kau akan merasakan azabnya makan nasik, sayoq dengan teloq berharga RM15. Ya so better tak payah nak bermatematik sangat dekat sini. Dulu masa kelas Matematik Tambahan malas tetiba dalam restoran terlebih rajin pulak kan! Ouch sentap. Well, Alchon ni member masa first trip dulu yang introduce. Basically dia serve albap ja. Adik-beradik sepupu-sepapat bibimbap. Haha ekceli taktau pon beza dia. Macam sama ja. Habaq ja kat waiter dia "no meat". Dia paham aih. Ramai Melayu suka makan sini.

Ni rupa restoren dia.
Ni menu dia. Yang MD ingat menu dia ada basic, cheese or garlic. Ada jugak perisa curry. Tapi yang curry tu taktau dia letak apa. Ah hampa pi mamak ja la kalau nak makan kari. Tak pon kalau terer tanya la dia kari tu letak apa?
My cheese Albap worth 4500KRW. Sedap weh serious full mark ceq bagi. Btw dia punya banchan (side dish) ambik sendiri. Nampak tak fish cake yang kiri tu? MD tambah berkali kali kali kali kali muahahahahhaa sedapnyaaaa

Tengah-tengah makan tu gigih la dok cari wifi. Bila boleh connect tu ada satu nombor tak kenal whatsapp. He's actually a friend of a friend yang belajar dekat Korea. Faham tak kawan kepada kawan? Tak pernah jumpa tak pernah apa. Just follow kat instagram ja sebab gambaq dia lawa-lawa. Tup tup dia ajak jumpa nak belanja makan. Ibarat gajah di hutan disusukan. Apa MD merapu ni. Huish salah banyak la ajak specialist pelahap ni makan. Onnnn! Janji nak jumpa pukul 3pm. Sekarang pukul 2pm. Ok kena bergerak pantas sebab nak shopping sikit. Sempat sambar stokin comel 5 pasang for 5000KRW dekat area Ewha street tu and pecut pergi Namdaemun Market pulak nak cari souvenirs. Oh terpaksa topup T-money lagi 10000KRW sebab dah nak habis. 

Namdaemun Market

Direction : Hoehyeon Station Exit 5

Keluar ja station terus cari bangunan oren ni. Direction tak sure. Sebab MD pon redah ja cari.
Seriously kedai yang dekat dalam ni murah compared to luar. Bought mixed souvenirs cost 30000KRW (Keychain, Nail clippers, chopstics and spoons blablabla)

Honestly, lepas balik Malaysia baru la rasa Ya Allah bazirnya. 30000KRW tu RM seratus lebih ya beli souviners untuk orang ja. Dah la orang kirim guna air liur. Adehhh. Takpa la ikhlaskan hati ja lah. Next time this shouldn't be a priority. Even ada lebih lagi haaa keychain ni. Sapa nak? And I also spend another 30000KRW for 5 T-shirt I Love Korea. Yang ni takleh komplen sebab memang beli kat diri sendiri ja 4 pasang and another for close friend ja. Tapi yang takbestnya saiz besaq punya mahaaaaal. If you guys bersaiz kecik, make sure singgah kedai yang dia bukak tengah-tengah jalan main longgok ja tu sebab murah. And that's it for souvenirs. 


Korea National University

Alamak lupa member dok tunggu! Maka berlari-larilah bergoyang perut ke Anam Station untuk jumpa member tu. Berdebaq rasa. Festime ni. Dah la lambat. Aigooo. Masa sampai tu dia dah tercegat kat station. Aduh sorry sorry sorry. Seb baik dia cool. Ka dalam hati dah mengumpat ceq? Lol. Ok jom pi makan.

Guess what? Dia bawak moto besaq dekat Korea ni. Perghh cool gila! Alahai kesian pulak kat traffic light dia kena tahan kaki sebab gajah duduk dekat belakang ni. Nak tolong tahan tinggi pulak moto dia.
Kedai yang beliau bawak ialah Nippong Naeppong dekat tingkat atas tu. Pelik kan nama dia macam nippon paint gitew. Ni pon popular dalam kalangan student Malaysia kat sana. Direction? Sorry Iolls naik motor. Google guys! Ada banyak cawangan.
The menu. Sorry guys couldn't explain much about this. Tengok menu dia macam semua seafood. But not 100% sure. Member yang orderkan.
Here it is. The cheese menu. Dengan seafood. Dah orang belanja terus rasa macam.. Makanan syurga ka ni?
So meet Zharif. Kawan kepada kawan yang sekarang dah jadi kawan. Faham tak?
Tak cukup dengan tu dia belanja jus pulak. Herhhh rasa bersalah pulak asyik belanja ja. Patut mintak deserts sekali haa. Panggg dasar tak bersyukur

It's getting dark. Ingatkan nak boleh balik. Sekali dia bawak pi tour universiti dia pulak. Orang memberi sebesar tapak tangan gajah ceq menadah. In fact, I love unexpected journey. Orang sana jarang bawak motor. So si Zharif ni relax ja bawak motor dia atas tempat pejalan kaki semua. Pastu masuk terus dalam kawasan uni which majority orang lain memang berjalan ja. Diorang dengar ja bunyi press minyak tu semua ke tepi. Mesti senang nak pick up awek Korea bawak motor besaq ni kan. Haishhhhh. Btw pardon me gambaq bawah ni dah sedddih since hari dah gelap.

Korea National University. Again, Hogwarts!
Eh macam sama ja dengan bangunan Ewha tadi? Copy paste ka?
Stairway to Heaven katanyaaa. Ka hell? Tangga tinggi camni semput wehh. Well diorang panggil centu sebab area ni tersangatlah cantik bila spring sebab kiri kanan tu penuh bunga.


Ingatkan like finally boleh la balik. Si Zharif ni bawak pi rumah dia pulak. Gambaq rumah dia hampa nak tengok jugak? Haish gambaq dalam rumah takdak la. Amboih hampa pi rumah orang first time jumpa boleh pulekk nak bergambaq bagai. OK kali ni awkward gila since ada housemates dia ramai. Adehhh. Awkward tak awkward boleh pulak join depa layan movie Antman. Padahal esok nak balik Malaysia dah ni. And yes, barang satu apa pon tak kemas lagi. Since Zharif asyik suruh tidoq rumah dia, MD ikut ja la. Tak sampai hati pulak nak suruh dia hantaq pi subway station memalam ni. Adeh. Taktau la esok nak jadi apa. Apapon, lena ja la dulu. Selesanya finally tidoq ada heater yang betul-betul berfungsi. Zzzzzzzz


-----End of Day 9-----




Total Spend Day 9

  • Hot Cappuccino Vending Machine : 500KRW
  • Alchon Cheese Albap : 4500KRW
  • 5 Socks : 5000KRW
  • T-money Topup : 10000KRW
  • Mixed Souvenirs : 30000KRW
  • 5 I Love Korea T-shirts : 30000KRW
Total spend day 9 : 80000KRW

Total spend from previous day(s) : 475560KRW
Overall total spend : 555560KRW





Teaser for Day 10


Day 10 nak balik dah weh. Teaser apanya lagi?


Enjoyed? Annoyed? Drop a comment below

15 comments:

aswaleyla said...

aloooo. internt tak leh tgk gmbr.. nak tgk gamabr2 kat sana

nhhas said...

Ha ah lah... view uni depa niceee...
Ooo korea pun ada woman uni ke...
ingatkan kat arab je - princess naura /nora uni...cantikkkk ada tren lagi kt dlm... tp lelaki x blh masuk... hihihi

N-S said...

wuuuu lawanya u depa.

nohas said...

bestnya ada orang belanja makan...

Rwha U tu cantik bebeno, mmg tak kan ponteng kelas kalu U mcm ni..siap ada tempat shopping2 lg..i like..

Raihanah Ahmad said...

cantik2 view. spending tu dah sampai setengah juta krw

azaleania said...

Mana tak kurus kalo kena berjalan cenggini hari-hari kat kampus..bas shuttle xde ke lam kampus

Aisya 사구라 said...

tak sanggup nak baca gara2 cemburu

Mr. Doctor said...

@aswaleyla Tak apa lain kali datang jenguk lagi ya..

Mr. Doctor said...

@nhhas Ada baca jugak pasal uni kat arab tu nampak style gila siap ada train masuk kan?

Mr. Doctor said...

@N-S Lawa lawa lawa.. Yang komen ni pon lawa.. Huhu

Mr. Doctor said...

@nohas Tengok student diorang pon jalan laju bebenor nak ke kelas mungkin.. Penangan uni lawa.. huhu

Mr. Doctor said...

@Raihanah Ahmad Tu la terlebih belanja la pulak

Mr. Doctor said...

@azaleania Betul.. Tapi semangat ja nak jalan sebab lawa..

Mr. Doctor said...

@Aisya 사구라 Jangan macam tu sis.. Penat MD menaip.. Haha ayat mintak simpati baca

dear anies said...

punya laa cantik universiti...kalu belajar x pandai2 jg x tau laaa hehehehe

 

Copyright © 2016 | Designed by Mr Doctor

Best viewed with Google Chrome