Minions

09 January 2016

Korea Trip 2015 | Day 4 (Part 1) : Seongsan Ilchulbong, Seopjikoji

Assalamualaikum
25th November 2015 | Wednesday

Yeorobun Happy New Year! Dah hari ke-9 bulan Januari hoi baru nak wish. Biasa la MD ni penghuni Marikh so lambat la sikit celebrate. Kuang kuang kuang terbaik punya alasan. Ok sambung cerita Korea. baru day-4 hoi! Semua 10 hari bila nak habis ni?

Day 4 kita santai-santai ja tengok alam semulajadian. Eh macam salah ja tatabahasa?

Lepas check out, bukak ja pintu guesthouse tu wosshhh angin lalu nyanyi lagu rindu. Resah di kalbu kian shahdu. Weh lagu apa ni eh? Dramatic gila padahal nak habaq kata sejuk ja pon. Freaking cold sebab hujan! Aiseh. But sokayyy. Kita positive ja k. Jangan nak down bila cuaca tak menyebelahi kita sebab nanti spoil habis mood travel. Chill and enjoy.

Gelap, sejuk dan basah

Sempat beli instant rice 2100KRW dengan payung 11000KRW dekat mart. Payung Rm42 hoi! Kalis puting beliung ka apa? Bolehla simpan pakai masa nak kahwin nanti sebab mahai kan. Apapun mari mari proceed, dari Seogwipo MD ambik bas 701 direct ke first destination for today, Seongsan Maembong Ilchulbong. Dekat sejam setengah jugak la. Dan MD spend setengah jam dalam bas tu dok usha ja perempuan Korea sebelah ni dok mekap punyala lama. Daripada beast jadi beauty. Lol kidding. Tak ada motif kan?


Seongsan Ilchulbong (UNESCO World Heritage)

Direction : From guesthouse left 65m - Right 50m - Bus stop next to GS25 - Direct bus no 701 to Ilchulbongibgu (1hours 32min)

Basically tempat ni kawah hasil letupan gunung berapi. Asyik tengok kawah ja kan. Semalam pon tengok kawah jugak kat Sangumburi. Takpa la senang nanti kat Malaysia kalau rindu-rindu Jeju bolehla tenung kawah mak dekat rumah tu buat pengubat rindu duka lara dan nestapa. Haaa centuhh. Tiket masuk 2000KRW ya tuan-tuan dan puan-puan.


Semua orang berbungkus plastik. Payung tak digalakkan sebab berapa minit ja pakai inshaAllah patah. Angin laut 100 kilometer per saat. Over tak?
Ramai pulak umat manusia. Paling ramai dari negara dotdot. Karang sebut jadi racist pulak. Sesungguhnya mereka sangatlah bising dan mengganggu ketenteraman awam. Hmmmmm
Feeling weh nak photoshoot kawen sini.
Tepi dia ada laut. Selalunya ada show makcik-makcik Korea (Hanyeo) scuba diving tangkap hidupan laut kat sini. Tapi since cuaca tak elok tak ada lerrr. Kang dilambung ombak pulak makcik-makcik tu.
Macam sama ja dengan gambaq atas? Tak kira nak letak jugak. :P
Ok angle lain sikit. Kalaulah suhu tak 5 darjah memang dah turun berbikini dah tepi tu. Lols
OK mulakan pendakian naik bukit.
Kalau ikutkan hati nak patah balik ja. Semput weh. Rasa nak mengesot ja naik.
Dekat sini la my tripod terbalik jatuh sebab angin kuat. Got scratch. Dush dush rasa nak tampar diri sendiri gedik nak bertripod bagai walaupun tau angin kuat 
Kalau ada batu-batu ceni ada la nampak orang berhenti sembah pulak.
Sikit lagi.
Makin tinggi view pon makin lawaa.
Dan sampailah ke puncak! Horrayyyy. Cobaan guna panorama
To be honest. Atas dia x ada apa sangat. Macam ni la kawahnya. Makan gulai kawah lagi bes. Tetiba. Takpala at least terbakar jugak lemak 3 kilo kan. Feww
Lepas puas selfie atas ni meh la kita turun. Tangga belah turun elok sikit. Tak la hazabedah sangat.
Nampak tak baju oren tu. Kuatnya tok sami panjat bukit. Plus guna DSLR k! Ceq pon tak mampu. Sobs
Never get bored looking at the sea.
Bye Seongsan Ilchulbong aka Sunrise Peak.
And this is how it looks masa pergi summer 2014. Dan dikala summer ini semua pakat nak pakai pakaian sependek yang boleh. Adehhh seksa nengoknya.

Habis berdrama Suster Ngesot kat Ilchulbong ni. Seriously I fell down / almost fell down few times. Licin wehh. Dah la badan besaq jatuh pon komfem kedebuk boing boing boibg bergegar Pulau Jeju. Sebaik my sis yang pregnant tu tak ikut. Huish cannot imagine.

Btw, lapaq hoi. Sejuk-sejuk ni serious kebuluruan kelaparan dan ketatasusilaan. Eh. So before move to next destination sempat grab Shrimp Burger dekat Lotteria cost 3400KRW ala carte. Burger sahaja RM13 dan marilah kita berhuhuhuhu. Benci betul bila convert. Hakikatnya nilai dia kat sana macam RM3.40 ja la.


Seopjikoji

Direction : Take taxi on the opposite bus stop to Seopjikoji

Seopjikoji. Eh macam sama ja ghupe dia dengan Seongsan Ilchulbong tadi? Ya la dah kalau winter memang la pemandangan rumput kering ja. Takkan nak expect rumput pink pulak kan?

MD ambik teksi ke sini sebab memang tak ada bas to this area. 5500KRW taxi fare for about 10 minutes ride. Tempat ni lawa serious! Katanya shooting location untuk drama apa ntah macam banyak jugak la but I couldn't care less. Huhu hambe bukenyo peminak drama koriya. Meh teropong gambar Seopjikoji meh.

Rumput ja? Well "rumput ja" ni la menjadi pojaan hatiku. Cutttt!
Bangunan tu church ya tuan puan
Bila jalan makin dekat apsal meriah semacam pulak church dia?
K confirm bukan church. Takkanla church design rumah chocolate. Dah renovate rasanya. Jadi rumah Hansel and Gretel pulekkk.
Usha punya usha macam tutup ja. Huh
Abaikan! Meh tengok laut. Suka bunga kuning-kuning tu.
Ombak dia kalau hempas kat kepala rasanya bergegar otak 3 hari.
Maafla kalau bosan tengok gambaq laut. Pulau Jeju kan? Takkan dikelilingi padang pasir pulak
Jalan sampai hujung lagi akan nampak lighthouse.
Stairway to heaven.  Heaven la sangat. Terkedek-kedek naik atas tu.
Sampai pon atas! Macam tak ramai pulak orang ke sini. Bagus! Boleh la posing melentok sikit ambik gambaq sini.
Selfie!
From the lighthouse.
Ok jom turun. Sebab ada satu lagi tempat nak cover lepas ni so tak boleh nak fefeeling lama sangat la.
Selfie lagi. Guna mom's pashmina as mafla. Hentam ja la.
Untung la sweet sweet jalan pegang tangan.
Layan pemandangan ubat hati x ada awek.
Pastu nampak lagi couple lain pulak backpackers bersama grrrrr. Travel goal ni!
Sebelum balik beli sotong bakaq ni 8000KRW. Pergggg mantapppppp!
Makcik ni sangatlah ramah.

Note that kawasan sini tak ada public transport or taxi bagai. Sebabtu la MD beli sotong ni. Nak ambik kesempatan sebenaqnya. Haha. Mintak ja tolong makcik gerai ni teleponkan taxi. Diorang akan tolong free of charge since dia dah happy korang beli sotong dia. Kalau korang nak jalan ke stesen bas terdekat pon boleh. Ada kot dalam 2.5km centu. Hoho.


P/s : Since ada orang komen kata entry MD panjang gila. So MD berhenti kat sini dulu la ya. Tak habis lagi ni day 4. Lain kali sambung lagi. Maafla tulis panjang-panjang entry sebelum ni sebab zaman sekolah dulu karangan BM memang tak pernah tak dapat A. Ekekeke. Ha riak! Riak!

Annyeong.






Teaser for Day 4 Part 2




Enjoyed? Annoyed? Drop a comment below

12 comments:

tiga lalat said...

gmbr korea yg ohsem ., mcm wak pergi sana fulakk., hehe2

tripod jatuh tercalar sikit je abg doc pon xlah sakit ati smpi mcm tertinggal kat dalam bonet kete sewa kat KK., huhu2

ct cheery said...

Owh gojes gojes gojes. Cheery pun suka tngok view laut tapi xsuka Mandi laut sbb xde bikini kihkihkih

Cheery follow MDonald hehe

Nooriah Abdullah said...

cantik gmbar2 MD tk jemu dipandang wlaaupun laut dan sewaktu dengannya tpi tk panas ke koala tu berselfie tk buka kepala tu hahaaha jgn marah MD nnt kena jualllll

Lieya Von Jay said...

tulis panjang pon okey jer MD , suka ja baca sebab lawakk.. memang tergelak sambil baca ada la... yg xnak baca tgk gmbar sudeh .. ^_^

NADIA vs BERON said...

cantiknyaaa! suka laut, very calming. suka sotong jugak haha. makan panas panas time sejuk memang umphh kan.

Yana Libra said...

best baca pengalaman jalan2 org ni :)

Melissa Muklis said...

MD buat entry macam buku sejarah pun sy baca jugak. sebab eksaited baca pasal travel ni.. almaklumlah selama hidup ni terperuk di pulau jaa.. bukan pulau jeju. pulau labuan T_T

Aisya Ahamad said...

Aah mcm selalu nmpk dlm drama korea aje. Hehe

Othman Zan said...

Assalam. Syok eh jalan2. Saya belum ada mampu nak jalan2 obersea. Terimakasih lah bawak jalan thru ur gambar.. hehe

cci said...

assalam.. weyh cantik gilosss... wuu..vieww yg meletop... tetiba rs ade kat koreop.... hahahahaha... alaa.. nape x singgah jekat umah cokolat tu.. mn tahu leh makan ke... hahahahaa.. rugi ar x singgah....jap..jap.. mana datang panda kt situ... bertukar ek.. wakakkaka....sib baik x jadi suster ngesot... klu jadi nak jugak imagine.. hahahaha..peacee

Nurul Shahira said...

Cantik gila gambar-gambar. Fuhufuhfuh. Untung MD riang-ria berjalan ke sana seperti di hari raya, hehe :p

nabila azmi said...

Samela... never get bored looking at the sea!! Subhanallah.cntik sgt :)

 

Copyright © 2016 | Designed by Mr Doctor

Best viewed with Google Chrome