Minions

04 November 2011

Contest Mari Berpantun

Assalamualaikum..

Err, memandangkan idea kering kontang nak hapdet blog, join contest pun Ok gak. Lets join pal!


Kalau nak join jugak klik banner ya!!


Pantun Tradisional Lama

Merafak sembah hamba zahirkan,
Menangguk kasih semanis kiasan,
Salam muhibbah bersama hulurkan,
Pembuka madah bersulam kiasan.

Saudari ngokngek buka gelanggang,
Bertaji pantun eratkan ukhuwah,
Dalam mengisi masa nan senggang,
Isi hatiku ingin dicurah.

Kalau tak kenal maka tak cinta,
Mari berjabat beramah mesra,
Bakal menyambut hari bahagia,
Ayuh semua panjatkan doa.

Penghibur lara pantun secangkir,
Saudari Ngokngek hendak ku tuju,
Ikhlas di hati pantun kuukir,
Moga menjadi penyeri harimu.

Megah berdiri bergelar isteri,
Bunga berbisa penuh berharga,
Menggegar petala langit dan bumi,
Coretan mayamu menaung dunia.

Andainya bulan jatuh ke riba,
Itu petanda rezeki menyapa,
Medan berpantun hamba mencuba,
Siapa tahu tuah menerpa.

Anak gahara mengundur diri,
Assalamualaikum lafaz kurnia,
Usah bersedih duhai puteri,
Hari lahirmu dikenang dunia.
Pantun Moden Ngokngek

Hola semua salam sehjahtera,
Welcome to my blog brader dan sistah,
Aku meroyan tulis sastera,
Pada yang baca jangan termuntah.

Aku boring tengah blogwalking,
Sampai meleleh air liur basi,
Terjumpa pula blog happening,
Kontest berpantun aku sertai.

Si Minah Ngongek sapa tak tahu.
Hot gila-gila bak Miss American.
Birthday girl kita duduk menunggu,
Jom la pi wish bagi dia perasan.

Kutulis pantun sampai berjambang,
Susah bebenor nak join kontest ni,
Demi Minah ngokngek gagah kugebang,
Agar dia rasa terus dihargaai.

Minah ngokngek bini orang,
Puji melebih nanti kena ligan,
Syok gila baca blog dia karang,
Boleh buat semua orang gian.

Ku perah otak bagai nak gila,
Mau hadiah deezeeshop blog nak beri,
Kalau tak menang nak buat camana,
Aku merajuk lari bunuh diri.

Tangan kematu penat mengarang,
Ottaku sewel tengok komputer lama,
B'day Minah Ngokngek x sambut sorang,
Satu Malaysia menyambut sama.


Adeh.. Peliks la bila buat pantun.. Moga2 diterima.. ^__^ Join la semua. Syarat2 dia ni ja.


1. mestilah jadi follower minah ngokngek & deezeeshop blog(deezeeshop penaja hadiah)
2. buat satu entry khas bertajuk CONTEST MARI BERPANTUN berserta serangkap pantun yang ada perkataan minahngokngek (2 kerat, 4 kerat, 8 kerat....jangan sekerat dahla....hehehe)
3. copy gambar di atas dan linkkan ke entry ni
4. copy url entry korang & paste kat ruang komen entry ni
5. tarikh tutup adalah pada 5 November 2011
6. pemenang akan dipilih berdasarkan pantun yang paling best & kreatif

p/s : Minah Ngokngek anjurkan contest ni because she's gonna celebrate her birthday! Sebelum terlupa..



Enjoyed? Annoyed? Drop a comment below

0 comments:

 

Copyright © 2016 | Designed by Mr Doctor

Best viewed with Google Chrome