Fakta Lelaki Korea

30 December 2015

Assalamualaikum



Definition "Suamiku Encik Perfect 10" gadis-gadis kpopers zaman sekarang [credit image to google]


Miyane folks coz my travel entry tertangguh lagi.. Muahaha.. Malas malas malas.. Belum tahun baru lagi so nanti la azam nak rajin sikit.. But now, jom sembang ringan-ringan dulu about jejantan Korea.. Haa tudia macam adik-adik skolah kpopers dok bergossip ja.. Hahaha.. But this is based on my observation masa dekat korea haritu.. So let's gone!

FAKTA JEJANTAN KOREA!


1. Specky

Baru-baru ni MD pergi Korea tu I managed to not wearing my earphones at all along the journey.. Baru lah alert and boleh tengok sekeliling kan.. And what I noticed masa dalam train tu ramai Korean male pakai glasses.. Even some without lens pon.. Two theories that I can conclude, firstly, sebab fashion.. Dulu spek mata bulat centu ugly betty ja pakai.. Sekarang fashion pulak.. That's why I never understand fashion.. And second theory is mungkin mata diorang memang rosak betul sebab 24/7 mengadap phone.. Tapi orang Malaysia suka mengadap phone jugak kan? Hmmmm

Apa motif pakai spek takda lens? Cucuk mata tu karang.. [credit image to google]


2. Hair bang style

Banyak fashion rambut diorang mesti sikat depan.. Kalau tengok dalam drama, lagu semua artist-artist dia pun macam tu kan.. Diorang ni mudah betul terikut-ikut.. Cuba la sikat tepi kan hensem.. Hahaha.. Somehow kalau dari belakang nampak besar kepala diorang.. Lol sukahati aku ja mengumpat.. Tapi yang tu ok lagi.. Some of them memang buat bowl cut terus.. Bulat! 


Bow cut.. Kalau kat Malaysia macam Temenggung Jugah Anak Barieng dulu-dulu tu.. [credit image to google]


3. Tall

My height is 175cm, kalau dekat Malaysia macam tinggi jugak la.. Or standard at least.. Somehow dekat sana rasa macam a lot of them taller than me.. Padahal Asian jugak.. Baka baik mungkin? Tetiba.. Ka ada jugak plastik surgery untuk panjangkan kaki? Muahahaha

Ni kalau perhimpunan sekolah mesti kena berdiri blakang sekali ni [credit image to google]


4. Skinny

Orang dekat sana pandai kan jaga badan.. Lelaki perempuan sama ja.. Jelous betul.. Ada ja yang chubby-chubby sikit tapi jarang la.. Yang sado pon macam tak ada sangat.. Unless dalam drama korang tu la.. Kat Malaysia ni haaa, bersepah semua nak jadi abang sado..

Jarang ya nampak yang berisi macam ni.. Mana dia beli baju centu kat Korea? Susah betul nak caru baju besar.. [credit image to google]


5. Hygienic

Rasanya memang nature diorang pembersih kan.. Tengok ja la bandar diorang.. Tak adanya puntung-puntung rokok buang merata macam kita ni.... But the main reason I said diorang pembersih is by looking at how diorang sesuka suki masuk toilet awam gosok gigi bagai when the time has come.. Kalau kita maybe segan jugak lah kat toilet LRT tu nak gosok gigi.. Kang kena kejar dengan mop makcik cleaner pulak.. But but but! Diorang basuh berak guna tisu.. Eww eww ewww 

Nak gosok gigi ka nak melawa? [credit image to google]


6. Skin cautious

Ada sekali when I woke up pepagi buat ni dengar macam orang dok tampar-tampar muka.. Ala bunyi macam orang dok pakai bedak sejuk tu.. The noise coming from the bed above me which belong to a Korean.. Mesti korang boleh teka kan dia buat apa? Seawal pagi lagi dah dok pakai produk-produk dia untuk dapatkan wajah yang halus mulus giteww.. Kita wudhuk ja sebagai penyeri.. Haaa gituhhh.. Plus lelaki diorang pon masuk jugak kedai Nature Republic, Etude, Face shop bagai tu.. Kalau dekat Malaysia, dah dipandang sesuatu dah oleh orang ramai..

Hatta G-dragon Big Bang yang swag tu pon duta produk kulit..  [credit image to google]


7. Fashionista

Seriously, I really envy of their fashion sense.. Lawa-lawa kot baju diorang.. Bila tengok dekat kedai harga macam beratus jugak.. Bapak kaya! Ya Allah masa pergi winter tu rasa buruk gila winter coat MD compared dengan diorang (hakikatnya memang MD punya bundle pon).. Ahhh tak payah nak kufur nikmat bagai.. Ada winter coat tu dah cukup baik dah.. Sapa suruh saiz XXL.. Duhhh.. Tapi diorang tak ada la berseluar pink bagai macam dalam lagu-lagu diorang tu.. Tu pelik sangat tu wekkk..

Kalau muka helok pakai kain buruk pon helok.. [credit image to google]


8. Romantic

Not sure if all of them jenis mat bunga ni.. Tapi kalau dalam train tu mesti kalau couple-couple ni mesti nak ja peluk bagai.. Kononnya nak panaskan badan la kot sebab sejuk kan.. Haaa meh sini peluk MD kompem rasa macam Teddy Bear.. Pastu dok perbetulkan rambut awek la.. Jalan nak pegang tangan ja.. Then sibuk ja nak dating dekat Nami Island jugak sampai penuh ferry tu.. Hahaha stress tau banyak couple dekat sana.. But tak kisahlah.. Kita ada agama.. Jangan tiru aksi ini kalau belum bernikah.. Pesanan penaja ya.. 

 Macam bunga harum sundal malam cerita Maya Karin tu ja? [credit image to google]


9. Sleep in underwear

Haaaaaa fact apakah ini.. Perlu ka letak fact ni dekat sini? Hahaha.. Tidur dengan spender ja weh.. Tapi masa ni summer 2014 trip so logic lah kan sebab panas.. Since im staying dalam dorm dekat Korea dulu pemandangan kurang sopan macam ni la selalu MD tengok.. Haha.. Mungkin kat Malaysia dekat asrama tu pon ada ja bebudak laki buat ceni.. Since im from sekolah agama so terkejut sikit la.. Aurat tu bro! Pusat hingga lutut! Faham pulak dia kan.. Ok next..

Teeeet jangan bayang yang bukan bukan.. [credit image to google]


10. Typical Korean face

Typical.. Faham tak typical tu macam mana? Species mata kecik nak tengok dunia pon tak puas tu.. Haha.. Smart ja sebenaqnya.. But bukan yang macam kita selalu tengok dalam tv tu la.. Ya la muka orang mana sama kan? Plus bedah lagi.. Ehhh??? Mungkin kalau gadis-gadis Korean lover ni tengok nampak semua hensem la kot.. Me tengok tanpa perasaan tu nampak biasa ja.. Haha.. Mohon jangan bash saya.. 

Tak adanya nak nampak yang wajah gini kat tepi jalan [credit image to google]


11. 0.00001 peratus ja peluang korang nak kahwin dengan diorang

Hahaha.. Tak baik MD cakap macam ni.. Punah harapan korang.. Ahhh kalau ada jodoh ada la kan.. Tengok ramai pulak profile k-popers ni cita-cita nak kahwin dengan Korean man semua tu.. Ya lah.. Selitkan dalam doa harian korang tu moga ada jodoh.. Selamat bersaing dengan gadis-gadis Korea super gorjes mekap 3 inci tu..







Well, jangan lupa baca entry my Korean trip..

Prologue : Korea Trip 2014 and 2015
Day 1 : Departure, Busan Station, China Town, Seomyeon, Gwangalli Beach
Day 2 : Gamcheon Culture Village, BIFF, Jeju, Dongmun market




One more teaser for Day 3 in Jeju before I update full entry tomorrow inshaAllah..


16 comments:

  1. scya pun suka pakai spek xde lens jugak.
    tp sekarang dah kena ada lens T.T

    bila tengok reality show korea pun nampak la deme mmg jaga bab2 kulit ni.
    tu pasal kot deme punya skin lg lembut halus mulus drpd gegel mcm scya sobs~

    ReplyDelete
  2. Kesemua yang di atas adalah punca zyra langsung tak minat korea, apatah lagi jejantannya. Tak tough, tak jantan, tak berbulu di muka, tak mcm lelaki hahahaha haters gonna hate, wekk

    ReplyDelete
  3. berbuih baca entry nii kat adik2 . ahahahha, bestt. betul2, hampir semua betulll, besttt, aaaa TOP , GD , Lee Min Ho T___T . handsomeenyaa, nak kawin ngan korea T_T hahaha. terima kasih kerana kongsi :D

    ReplyDelete
  4. SS dah terbayang yang bukan2 kat pic 9... Matikkk laaaaa... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  5. Fakta 2, 4 dan 6 tu ada penerangannya lol. In Korea they have a very specific standard of beauty; milky white small face and skinny body. Kalau kita orang melayu standard dolu-dolu nak hidung mancung bak seludang, pinggang ramping bak kerengga. Kat korea nak muka kecik. Sebab tu diorang banyak prefer style rambut bang ke depan untuk mengecikkan keluasan muka. hoho..

    Syoknya berjalan.. Jauh perjalanan, luas permandangan orang kata.

    ReplyDelete
  6. part temenggung jugah tu lawak.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..hahaha kelakar betul entry ni. Alhamdulillah saya dapat ilmu baru :) Terima kasih kerana berkongsi :D

    ReplyDelete
  8. dulu hantu kpop zaman sekolah , masa tu kpop baru nak terkenal di malaysia haha skrg tak dah . minat beat lagu dia je

    ReplyDelete
  9. kalo sumer nak kawen dgn lelaki hensem kacak mcm kpoppers tuuh, abes yg x hensem x chantek saper nak abg doc kann., kannns ;p

    ReplyDelete
  10. hahaha.. sebaik bukan minah kpopers..

    part panjangkan kaki tu. nak jugaklah kalau hado.. boleh lawan tinggi dengan MD..

    ReplyDelete
  11. to be truth, 89% true!! walaupun sy a little bit k-popped. bhahaha

    ReplyDelete
  12. wahh...banyaknyaa gula-gula....

    hahahaha..x ske k-kpop sangat.. sbb semuaa rupa x asli...

    ReplyDelete
  13. 2 gambo atas tu laki ke pompuan?

    ReplyDelete
  14. hahahhahahhahh adoylah MD! apsal la fakta ni semua lawak2 belaka?
    alhamdulillah saya tak pernah ada impian nak kawen ngan jejaka korea...apa dah pupus sangat ke lelaki sejati tanah Malaysia ni?
    xpe2..pilihan masing2 kan? nak wat camne...

    ReplyDelete
  15. suka part skin cautious tu ;-)

    ReplyDelete
  16. Xmau laki Korea xbest xjantan kahkahkah

    ReplyDelete