Minions

03 May 2016

Korea Autumn/Winter Trip 2015 Day 10 : Ewha Woman University, Return to Malaysia

Assalamualaikum
1st December 2015 | Tuesday 

Dah nak balik hoi.  Lepas ni nak tulih apa pulak kat blog T__T

Akhirnya, hari last kat South Korea. Sumpah tak puas! Kalau boleh nak sebulan weh baru puas pusing-pusing siap sempat pergi clinic plastic surgery renovate muka lagi kasi macam retis-retis nuh. Eh harommm! Lagipun, duit ada duit? Cuti ada cuti? Kalau tarak toksah sembang. Ok fine sedaq diri.

10th day tak ada apa sangat. But it was a very hectic day. Bangun pukul 7.30am. Subuh semayang dak? Ofkos la weh subuh 4.30am. Harusla sambung balik tidoq lepas tu. Anyway tak mandi tak apa, mintak izin Zharif nak balik. Since dah google jarak ke nearest subway macam dekat ja, decided to jalan ja lah. So tak payah susahkan dia. Thank you for your hospitality brother! Lain kali belanja lagi na. Hahaha. 

Beliau bagi gambar Instax sebab tak tahu nak bagi souvenir apa. Thanks bro!

Sampai hostel kelam kabut baq hang kemaih beg semua. Check out hour pukul 11am. Walaupun heater shower tu tak berapa panas lagi pon main terjah ja. Keras kejung kauuu. Alhamdulillah settle pukul 10.45am. Since flight pukul 4.30pm, tinggal beg dekat receptionist dan kita pi berjalan dulu! Menyempat eh. 


Ewha Woman University (Edae)

Sebenaqnya semalam pi Edae ada aim satu beg ni. Since kalut nak pi jumpa Zharif tak terbeli pulak. Pastu fulus pon dah kering. Sebaik dah aktifkan Maybank International Withdrawal. Google k? So MD withdraw 30000KRW. Dalam RM150 jugak la.

Sampai Edae tak terus shopping. Shopping dengan makan, ofkos la makan lagi penting! Badak kan? Lol. Again, repeat Alchon but different menu which is garlic menu cost 4300KRW. Masuk ja restoren tu waiter dah cam kot muka MD terus tanya cheese no meat? Awww malu titewww. Eh siapa tak cam kastemer pelahap makan free banchan tu tak ingat dunia. Anyway hang salahhhhh sebab ceq nak menu lain harini booo! Haha. Sedap weh serious sampai sekarang teringat lagi. Gambaq? Yilekkkk porahhhh. Tak menyempat sebab memang kalut sangat. Makan extra laju tak sempat mengunyah dah. Even flight 4pm, nak catch airport bus pukul 12pm. Also grabbed JUICY strawberry banana 3800KRW sebab Zharif punya semalam macam sedap. Nak mintak kat dia malu. Dah la dia dah belanja satu pastu nak mintak lagi yang dia punya satgi kasut jugak makannya.

Semalam jumpa dekat area Korea University. Ni jumpa kat Edae pulak. Hampa pi nanti cuba la.
Manjakan dirimu dengan belaian lembut strawberry pisang yang menyentuh kalbu. Wey ayat apa ni?

Ok focus. Grab that backpack. Eleh ingat senang ka nak focus. Niat nak beli satu backpack 10000KRW terbeli jugak sling bag 10000KRW plus another 5 pasang stokin 5000KRW. So total ada 10 stokin sekarang. Motif banyak-banyak? Nafsu semua tu. Adeh. Dah jom balik. Oh bought an earphone 5000KRW dekat subway station sebab haritu hilang kan masa kat Jeju. Flight 6 jam nanti nak buat apaaaaa kalau takdak earphone. Nak kira berapa ketulan awan?


Return To Malaysia

Let's make it short. Alhamdulillah sempat catch up Airport limousine priced 15000KRW pukul 12.45pm depan Toyoko-Inn Hotel. Nama ja limousine jangan berangan naik kereta panjang tu. Bas ja weh tapi selesa la. Sampai airport pukul 2pm. Laju kot drebar tu drift siap kena pakai seatbelt dalam bas. Ya! Pakai seatbelt ya! Ko ghase? 

Airport Limousine gambaq google.

So sampai airport settle with luggage drop semua and bought Lotteria Shrimp Burger Set 5400KRW buat bekal. Serik dah masa datang haritu kebuloq gila terpaksa beli in flight meal yang mahal bagaikan hidang dalam pinggan bertatah permata. Oh and, dah 2 kali sampai Korea dua-dua tak jumpa surau Airport. Apani ada hijab ka apa tak jumpa surau. Sobss. Semayang ja la kat mana boleh. Flight a bit delay. 4.40pm dan annyeong South Korea. Till we meet again.

Pukul 4.40pm dah nak senja kat Korea.
2 seat sebelah ceq takdak orang weh! Bukan setakat sebelah ni ja. Sampai ke row tengah nu takdak orang nak duduk. Nampak sangat forever alone. Tapi takpa. Ceq suka boleh baring siap aerobik terus.

Sampai Malaysia pukul 10 lebih dan... Sadaqallahul'azim. Tamatlah sudah Korea Autumn/Winter Trip 2015! *lap ayaq mata


------ End of Korea Trip 2015-----




Total Spend Day 10

  • Alchon Garlic Albap : 4300KRW
  • JUICY Strawberry banana : 3800KRW
  • Backpack : 10000KRW
  • Sling Bag : 10000KRW
  • 5 Socks : 5000KRW
  • Earphone : 5000KRW
  • Airport bus : 15000KRW
  • Shrimp burger set Lotteria : 5400KRW
Total spend day 10 : 58500KRW

Total spend from previous day(s) : 555560KRW
Overall total spend : 614060KRW




Total Budget for Korea Trip 2015


  • Total spend from day 1-10 : 614060KRW (RM2367.20)
  • Flight KLIA-Busan (RM199 ticket + RM24 fee) : RM223
  • Flight Incheon-KLIA (RM367 ticket + RM89 luggage) : RM456
  • Flight Busan-Jeju : RM82.63
  • Flight Jeju-Seoul : RM85.31
  • Food KLIA-Busan (RM19 nasi dagang + RM4 water) : RM23
GRAND TOTAL KOREA TRIP 2015 : RM3232.14



And that's it. I finally answer the most popular question yang orang selalu tanya which is total budget. Ekceli lepas kira total spend ni I was shocked jugak like whattttt? Bila masa aku belanja sebanyak ni! Ekceli ni budget bagi orang yang tak berhemah macam MD. InshaAllah next entry MD akan membuat pembentangan budget 2015 secara live beserta perbahasan blablabla ok stop! Dah hujung entry pon merapu lagi. Nanti MD buat entry khas pasal budget, and kita boleh tengok berapa ja sebenaqnya yang kita perlu untuk trip ni. So this is not the end muahahaha. Bye!

Enjoyed? Annoyed? Drop a comment below

 

Copyright © 2016 | Designed by Mr Doctor

Best viewed with Google Chrome