Minions

31 December 2015

Korea 2015 | Day 3 : Saryeoni Forest, Sangumburi Crater, Cheonjeyeon Falls


Assalamualaikum
24th November 2015 | Tuesday

Highlight day 3. Taman rumput yang kalau kat Malaysia orang bagi makan kambing sajoh.

Nak pusing Jeju harini hoi! Mari mari mari. Tapi masalahnya, pulau ni paling sesuai untuk mereka yang nak honeymoon. Me? Forever alone bawak perut ja. Whatever. Survey siap-siap nanti bila bawak bini tak sesat dah. Camtuh!

Decent free breakfast.

Breakfast Rainbow in Jeju Guesthouse ni sangat best ya. cereal ada, roti pon ada. Plus susu, coffee or tea. Me of course semua benda nak melantak. Orang Melayu kan. Suka benda free. MD siap celup-celup roti tu dalam telur (pon free) then goreng jadi French Toast. Siap bungkus uolls buat bekalan nak makan jap lagi. Kampung sangat kan perangai.

Btw, I checked out from this guesthouse untuk bermalam dekat Seogwipo pulak. Pulau Jeju ni ada dua major cities, Seogwipo dengan Jeju City. Jeju City ni yang dekat dengan airport di bahagian utara. Seogwipo pulak belah selatan, which many tourist spots bundled there. So tentatifnya MD stay Jeju City satu malam, then Seogwipo satu malam, finally back tu Jeju City for another night sebab nak catch early flight the next morning. Ada paham?

Grab this Caffe Bene Caramel Macchiato and small mineral water for 1600KRW and 500KRW. Rasa OK la tapi harg kalau convert, still not worth for my budget. 

So untuk Jeju MD guna private limousine untuk tour. Hah berangan eh? Naik bas sajoh! Bas option yang paling murah untuk solo traveler. Kalau ramai-ramai boleh la sewa kereta/teksi. Tapi bas diorang sharp ya! Salute tabik spring toink toink toink. Tak la buang masa.



Saryeoni Forest

DirectionTake bus no 710-1 / 720-1 in front of Jeju Cityhall  to Saryeoni Supgil (31min/17stations) – Walk back 100m – Left

Kebun kat rumah bukan main susah nak pergi. Hutan oversea jugak yang dicarinya.

Gigih kan nak masuk hutan. Padahal masa sekolah dulu ahli setia PBSM sebab tak suka physical activity masuk hutan camping bagai. Actually masa first time datang dulu pernah lalu depan Saryeoni Forest ni but tak singgah pon. Masa tu nampak hutan ni cantik betul. Macam hutan Jurrasic Park gitew. So kali ni wajib singgah! sebab dia tepi jalan ja on the way nak ke tourist spot lain ke Jeju.

Untuk ke sini ambik bas 710-1 atau 720-1. Guesthouse yang MD duduk ni dekat dengan Jeju Cityhall which is tempat perhentian majority of intercity buses. So MD tunggu dekat bus stop depan cityhall tu ja la. If you're not sure tempat nak ambik bus semua tu. Tanya ja guesthouse owner tu.

Ni la ghupe hutannya. Belakang tu toilet.
Tak macam hutan Jurrasic Park tu ka? Cuba bayang tetiba Indominous Rex tu keluar kot celah-celah pokok tu. Kompem happy tengok makhluk gemuk depan dia tu.
Tapi bila masuk lagi dalam pokok-pokok dia banyak dah botak
I love autumn leaves. Do you? Ka macam ladang getah ja?
Rasanya kalau jalan depan lagi tu boleh sampai Narnia ni.
Masa jalan tu tetiba ada segerombolan students Uni rasanya buat lawatan. Terus MD masuk ikut trail yang isolated sikit. Yang gambar atas ni jalan utama.
Bila masuk trail kecik-kecik ni susah memang tak jumpa orang sangat la. Baru boleh blend dengan nature. Haaa gituuuhh
Pastu MD decide untuk melencong sikit dari trail tu sebab kononnya nak adventurous sikit la. Teka MD jumpa apa?
Sekali tengok macam runtuhan tapak binaan. Ala-ala Borobodur gitu. 
Sekali tersedar KUBUR hoiiii! Dalam hutan! Aku sorang-sorang! Serious masa tu siap ada effect angin bertiup bagai plus burung gagak jerit-jerit dari atas pokok. Seram weh. 
Terus kembali ke pangkal jalan. Bila dah nampak tempat-tempat rehat macam ni lega sikit sebab dah masuk jalan utama ni.
Macam abandoned place pulak tengok gambar-gambar MD ni. Ada ja orang sebenarnya.
Buat sup cendawan pon perghhh
Dah la cukup-cukupla main dekat hutan. Kang ada benda ikut balik pulak. Gulp.
Oh kalau kasut dah kotor boleh cuci dekat sini.
Dia tembak angin ja. Bersih cuci dan murni.

Sangumburi Crater

DirectionSame bus stop – Bus no 710-1 / 720-1 to Sangumburi (9min /4stations) – Walk back 120m – Left

Literally, crater means kawah. Kawah bukan sebarang kawah. Kawah ni satu kampung kau pon muat.

Yay here we come to another favorite place of mine. Suka gila wehhh tempat ni. Some people may see this place as "rumput ja". Layan ja la gambar dekat sini. 

Harubang. Nama patung Squidward ni. Banyak betul kat Jeju ni.
Gerbang masuk. 6000KRW ya tiketnya tuan-puan sekalian
Ni lah "rumput ja" tu
Rumput dan rumput dan rumput. Seluas mata memandang.
Jangan tak tahu. Ini adalah speaker." Mr Doctor sila alihkan kenderaan BMW i8 anda sekarang". Eh eh perasan.
Dan tetiba signboard ni mucul. Ssssssssssss
Panda selfie uolls
Panda main buai apa kes? Macam nak runtuh struktur kayu tu.
Laluan tepi kawah tadi.
View atas padang rumput tu.
Ada kedai makanan ringan and souvenir jugak. Tak jenguk la pulak sebab kite dah bawak lari roti guesthouse tadi. Ehhh.
Jom balik. Segak weh tempat ni. 
Suka tengok autumn leaves.
Annyeong rumput. Mbekkkk. Macam kambing dah suka rumput.


Kkodak Kkodak Guesthouse Review

Direction : Cross road to another bus stop – Bus 720-1/710-1 to Gyuraeibgu (12min/4stations) -  Cross road to another bus stop – Bus no 781/781-1/781-2 to Jungang Rotary (39min/17stsn) - refer map

Before pergi next destination MD check in guesthouse dulu. Kkodak Kkodak Guesthouse nama dia. Untuk ke sini dari Sangumburi naik bas sama (720-1/710-1) dekat seberang jalan utama dan turun dekat  Gyuraeibgu. I skipped the bus sebab nak cepat and took a taxi instead. Driver tu dah cakap siap-siap 3000KRW so tak guna meter. Dekat stesen bas Gyuraeibgu (make sure yang ke arah Jeju. Kalau nak kepastian tanya orang) ambik bas 781/781-1/781-2 ke Jungang Rotary. Ni kawasan center Seogwipo. Banyak guesthouse area ni including my guesthouse.

Front Door. Sorry I used Korean Map. Basically from no 1 to no 5 is the direction daripada bus stop Jungang Rotary tadi ke Guesthouse.

Guesthouse ni strategic location dia. Betul-betul dalam bandar Seogwipo and dekat dengan terminal bas lama Seogwipo. Tapi facilities semua nan hado ja. Dapur pon boleh kot duduk 2 orang ja. But for me yang just nak tido, main wifi, uh uh semua tu, boleh la. I rated this guesthouse 6/10. 15000KRW for 6-bed dormitory.

Front Door. Sumber google.
Macam ni lah bilik dia. Ni pon google


Cheonjeyeon Falls

DirectionFrom guesthouse walk right 380m till end road – Right 50m – Bus no 110/120/130 to Cheonjeyeon Pokpo (30min/25Stsn) – Cross street – Walk back 40m - Right

Effect pantulan dekat air semua tu natural ya. Bukan edit. I was like, Subhanallah! Hehehe Islamik sikit.

Dekat guesthouse tak sempat rehat sangat pon terus gerak ke destinasi seterusnya. 5.30pm dah malam so tak boleh buang masa. Move move move! Next destination Cheonjeyeon Falls. Jalan yang bas guna banyak lalu sekolah-sekolah menengah. Segak baq hang budak-budak sekolah depa. Lipstick merah menyala! K fokus on the place.

Cheonjeyeon Falls, literally means Ponds of Gods. Overnya! Mungkin maksud yang nak disampaikan sebenarnya "kolam ciptaan Tuhan". Hahaha Islamik sikit. Tiket masuk 2500KRW. Meh meh tengok gambar.

OMJAYYY, birunya.
Jom berenang! 
No swimming. When swimming you can be died with heart attack. K baikkkkk.
Gua syak diorang tuang nila dalam air ni. Jom try kat sungai Klang.
Gua anaconda mungkin? Amboi mulut
Selfie skettt.
Puas selfie jalan masuk dalam sikit and you will see this. Jambatan 7 Dewa Kayangan. Amboi meletopnya. Tiru cerita 7 puteri baju layang tu ka?
Ni atas jambatan tu. Siap ada orang jual monopod atas ni. Hoho
View dekat bawah. Tinggi gila weh. And cantik. Since MD guna phone ja seriously the picture dont do just.
This is on the other side of the bridge. Macam musykil pulak. Tak ada orang pon? Boleh masuk ka dak?
Masuk ja la. Im the king!
Korea ka China?


Dah pukul 4pm macam tu MD pon balik. Patutnya ada 3 falls kat situ kalau tak salah. Since masa tak cukup MD visit yang main ja. Asyik tak cukup ja masa. Kenapa la masa tak berlalu sepantas ini masa belajaq dalam kelas dulu? Lewls


Cheonjiyeon Falls

Direction : Bus no 100 to Seomun Rotary Ibgu (29min/26Stsn) – Walk back 100m – Left

Ok jangan terkompius. Tadi Cheonjeyeon. Ni Cheonjiyeon. Pretty close huh? Boh la nama lain sikit. Kim Taeyeon Falls ka. Eh sukahati aku joh. Hahahaha. But actually kan.

SESAT!

Kalau ikut itinerary yang MD buat dah betul dah ambik bas no 100 and turun dekat Seomun Rotary Ibgu. Lepastu pusing punya pusing tak jumpa la pulekkk.


Jalan punya jalan sampai nak gelap la. Macam ada dengar-dengar bunyi waterfall tapi tak jumpa pulak. Ada hijab ka? Astaghfirullahala'zim
Taman mana pulak MD masuk ni.
Seriously ni kat taman mana dah ni.

Sampai 2-3 kali pusing tempat yang sama finally MD decided to call it a wrap. Firstly sebab dah malam. Secondly sebab banyak review cakap Cheonjeyeon lagi cantik dari Cheonjiyeon. So tak ada la rasa menyesal sangat tak pergi. Next trip maybe? Muehehehe. Anyway untuk balik ke guesthouse I just looked for wifi, google, and balik jalan kaki. Sempat beli instant rice 2100KRW dengan orange juice 1L 2000KRW. Balik dinner and krohhhh krohhh..


-----End of Day 3-----







Total Spend Day 3 :

  • Caffe Bene Caramel Macchiato : 1600KRW
  • Small mineral water : 500KRW
  • Sangumburi : 6000KRW
  • Taxi fare (Sangumburi-Gyuraeibgu) : 3000KRW
  • Kkodak Kkodak Guesthouse : 15000KRW
  • Cheonjeyeon : 2500KRW
  • Instant rice: 2100KRW
  • Orange Juice : 2000KRW
Total spend day 3 : 32700KRW

Total spend from previous day(s) : 162600KRW
Overall total spend : 195300KRW






Teaser for day 4


Jeju was so preetyyyyy


Enjoyed? Annoyed? Drop a comment below

 

Copyright © 2016 | Designed by Mr Doctor

Best viewed with Google Chrome